Tidak lama lagi kita akan dapat menikmati teknologi baru, iaitu air tin yang boleh berubah menjadi sejuk hanya dalam masa 2 minit tanpa perlu dimasukkan ais atau disimpan di dalam peti sejuk!
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menekan satu butang khas di bawah tin, dan secara automatik kapsul dalam tin akan melepaskan gas karbon dioksida yang menyejukkan tin sehingga -15 darjah Celcius.
Penemunya adalah Profesor Clift, yang kini bertugas di Pusat Strategi Lingkungan di Universiti Surrey.
Profesor Clift menemui cara yang mesra alam sekitar untuk mengubah tin itu menjadi sejuk - disebut: ChillCan - tanpa perlu lagi menggunakan refrigeran yang berbahaya.
Solusinya adalah menggunakan karbon dari batok kelapa yang terkandung dalam kapsul aluminium di dalam tin. Karbon tersebut akan aktif - menghantar semburan karbon dioksida bertekanan - ketika kita menekan tombolnya.
sumber: unikz.up2det.com
Interesting... Tapi cemna nak memastikan tombol tu tak ditekan sebelum waktu nya...
ReplyDeletewow. this is so cool!
ReplyDelete:) awesome klu boleh ada ... :)
ReplyDeleteBenda camni dah ada dah kt Malaysia cuma lain skit .. Ada air kopi , mocha dlm tin mcm gmbr atas tu boleh dipanaskan dalam masa 2 minit laa... tekan butang kat bawah tin tu .. Bawah tin tu akan ada satu sticker yg akan tutup tombol so sape yg bukak sticker je yg bole tkn tombol ...Dulu ada jual kt Petronas skrg dh x de kot, harga RM10.50 cmtu laa..
ReplyDeletebawah tin tu ada lubang ke dalam sket..so slagi kite tak tekan butang tu..dia takkan tertekan sendiri
ReplyDelete