Monday, December 3, 2012

Pemandangan Menakjubkan Taman Bunga “Hitachi Seaside” di Jepun





Taman Hitachi Seaside atau dalam bahasa Jepun disebut sebagai 'Hitachi Kaihin' adalah sebuah taman bunga dan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Jepun. Pemandangan di taman bunga ini amatlah menakjubkan.



Info Ringkas:
  • Taman seluas 153.2 hektar ini terletak di Hitachinaka, Ibaraki, berdekatan dengan pantai Ajigura. 
  • Taman ini terkenal dengan pelbagai jenis bunga yang mekar pada musim-musim tertentu. Koleksi bunga yang paling terkenal di taman ini ialah bunga Nemophilas Biru. Nemophilas memiliki ciri khas kelopak biru lutcahaya. 
  • Ketika musim bunga, lebih dari 4.5 juta Nemophilas Biru tumbuh mekar di seluruh taman. Tempoh di mana bunga ini tumbuh mekar sering disebut dengan istilah “Nemophilia Harmony”. 
  • Selain terkenal dengan bunga Nemophilas, taman Hitachi Seaside memiliki koleksi bunga lainnya yang tidak kurang cantiknya, seperti: Daffodils dan Tulip yang mekar pada musim bunga, Nemophila dan Mawar yang mekar pada musim panas serta Kochia dan Kosmos yang mekar ketika musim luruh. 
  • Taman Hitachi Seaside sebelum ini hanya mempunyai keluasa 3.5 hektar, yang kemudiannya diperluas menjadi 153.2 hektar ketika ini. 

Lagi gambar-gambar menarik:












sumber: www.hitachikaihin.jp


Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

  1. cantiknya ciptaan Allah yang Maha Kuasa...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..indahnyer alam ciptaan Allah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails