Pulau Sentosa di Singapura sememangnya terkenal sebagai destinasi wajib kunjung sekiranya anda melancong ke Singapura. Ini kerana terdapat pelbagai tarikan dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Namun mungkin ramai yang tak tahu, di pulau kecil ini juga didirikan beberapa kawasan kediaman mewah yang kebanyakannya dibina di atas tanah tebus guna - dan tentunya menghadap panorama indah kota Singa.
Salah satunya adalah kawasan eksklusif Meera, di mana rumah banglo dibina menggunakan elemen semulajadi dan gabungan desain kontemporari. Paling menarik, walaupun kawasan tanah adalah terhad, namun anda akan berasa seperti berada di padang golf yang luas - terima kasih kepada penanaman rumput yang menghijau sehingga ke atas bumbung rumah! Rumah ini direka cipta oleh Guz Architects.
source: http://www.coolpicturegallery.us
tenangnya kalo dpt rmh cam ni (: indah, sejuk mata memandang lagi tu.
ReplyDeleterumah yang sangat bagus sekali ramah lingkungan.
ReplyDeletewah bagus sekalih rumah yg penuh dengan rumput hijaunya.
ReplyDelete