1. Techrunch.com
Blog ini pada mulanya hanya dikendalikan oleh Michael Arrington, seorang pengacara yang juga merupakan seorang tech geek. Ketika ini, TechCrunch dikendalikan oleh beberapa editor. Topik blog ini adalah berkaitan teknologi. Pendapatan yang diperoleh TechCrunch adalah sekitar $200,000 (RM 600, 000) sebulan! Pendapatan datang terutamanya dari sumber iklan-iklan banner. Bayangkan, harga iklan selama sebulan di TechCrunch adalah $10,000! (atau lebih kurang RM 30,000!).
2. Mashable.com
Blog ini ditubuhkan oleh Pete Cashmore, seorang Konsultan Web berasal dari Scotland dan ketika ini diuruskan oleh 10 orang editor tetap. Blog dengan tag line “The Social Media Guide” ini menggunakan rangkaian social media sebagai sasarannya. Berdiri sejak tahun 2005, Mashable kini telah menghasilkan pendapatan sekitar $180,000 (atau Rm 540, 000!) sebulan! Sumber penghasilan utama blog ini adalah dari iklan banner.
3. PerezHilton.com
PerezHilton adalah blog berita selebriti yang dibuat dan dikendalikan oleh Mario Lavandeira. Namanya adalah berdasarkan selebriti terkenal Paris Hilton. Blog ini bertema hiburan dan mengusung tag line “Celebrity Juice, Not from Concentrate”. Ia berjaya memperoleh pendapatan sekitar $140,000 (RM 420, 000) setiap bulan!. Sumber pendapatan utamanya juga berasal dari iklan banner.
4. Gothamist.com
Gothamist adalah blog memaparkan pelbagai sisi lain kota New York. Dibuat dan dikendalikan oleh Jake Dobkin, blog dengan tag line “New York City News, Food, Arts and Events” ini banyak mendapat pendapatan dari iklan PPC. Setiap bulan, pendapatannya mencapai angka $80,000 (atau RM 240, 000!).
5.TimothySykes.com
Blog ini, sesuai namanya, dimiliki dan dikendalikan secara peribadi oleh Timothy Sykes, seorang usahawan dan pengurus hedge fund berasal dari Amerika Syarikat. Mengutarakan topik tentang dunia kewangan dan pelaburan, blog ini banyak mendapat pendapatan dari penjualan produk-produk affiliate pasaran kewangan. Blog ini mengusung tagline “Short Selling Penny Stocks”. Dan setiap bulan menghasilkan pendapatan sebanyak $80,000 (atau RM 240, 000!).
sumber: absoluterevo.wordpress
hu3..blog golongan yahudi jgk kn yg hebat.. so, golongan kita kt mana hebatnye plk..
ReplyDeleteblog kat malaysia..saya rasa hiburan je yang pendapat besar..kan mcm ohbulan.
ReplyDelete