Sebuah masjid khas untuk kaum gay atau homoseksual akan dibuka di Perancis bagi memudahkan golongan ini beribadah di masjid. Pengasas masjid ini bahkan berharap akan dapat melangsungkan pernikahan sesama jenis di masjid tersebut.
Pengasasnya, seorang lelaki bernama Mohammed Ludovic Lutfi Zahed yang berasal dari Algeria, namun sudah lama tinggal di Perancis berhasrat untuk mendirikan masjid tersebut sebelum hujung tahun ini. Zahed mengakui dirinya sebagai lelaki homoseksual.
Lokasi masjid ini berada di dalam kompleks biara Buddha tempatan. Tujuan Zahed membuka masjid khas kaum gay ini sebagai alternatif masjid konvensional, yang seringkali menjadi tempat ibadah dengan suasana yang dikatakan penuh intimidasi bagi lelaki gay.
"Di dalam masjid biasa, wanita perlu duduk di belakang dan mengenakan penghadang dan lelaki gay takut akan serangan lisan mahupun fizikal," tutur Zahed kepada akhbar Turki, Daily Hurriyet dan diterbitkan oleh International Business Times.
"Setelah melaksanakan ibadah Haji, saya menyedari bahawa masjid bagi kaum gay merupakan suatu yang diperlukan bagi kaum muslim yang gay, yang ingin melakukan solat," tambah lelaki yang telah pun berkahwin dengan pasangan gaynya, iaitu Qiyam al-Din yang berasal dari Afrika Selatan.
Zahed juga menceritakan serba sedikit pengalaman hidupnya kepada wartawan Daily Hurriyet . Zahed mengakui pada mulanya dia sengaja menekan perasaan homoseksualnya kerana Islam.
"Ketika saya berusia 12 tahun, saya mulai mempelajari Islam dan melakukan solat. Pertama, saya sangat terkesan oleh Salafist di Algeria, tetapi kemudian saya menjauhi mereka kerana serangan ganas yang mereka lakukan. Setelah malam pertama saya dengan lelaki, saya menyedari bahawa saya homoseksual. Saya menyedari bahawa saya menekan perasaan saya sendiri dengan bantuan Islam," terangnya.
Zahed menambah, dalam masjid khas untuk kaum gay ini, baik wanita mahupun lelaki dibenarkan untuk solat bersama tanpa adanya pemisahan tempat.
Ketika ditanya apakah perkahwinan sejenis akan dilangsungkan di masjid itu, Zahed menjawab: "Kami akan mulai dengan solat-solat Jumat, namun kami akan menganjurkan majlis pernikahan setelah itu."
sumber: blogapaaja.com
AStaghfirullah ala'zim....rsa mcm mo bnafas pun susah baca statement ni..
ReplyDeleteanu-war pasti sokong masjid ni
ReplyDeletepeghhh... gile punye orang!!!
ReplyDeleteНeуa i am fоr the first tіme hеrе.
ReplyDeleteӏ fοund thiѕ bοard and Ӏ find It tгuly uѕeful & it helped me οut much.
I hopе to giνe something bаck and аid оthers lіke you helpеd mе.
Haνe a loοκ at my ѕіte vapornine
Review my homepage :
Do you mind if I quote a couple of youг articleѕ as long as I
ReplyDeleteprovide creԁіt аnd sourcеs back
tο уouг website? Mу blog is in the exaсt ѕаme аreа of interest aѕ yours and my ѵisitorѕ would гeally benefіt frοm some of
the information yоu provide hеre. Pleаse
let me know if thіs okаy with you. Thank you!
My wеbpаge - Free Sims 2 Downloads For Pc Full Game
My blog post samsung galaxy note 2
Dunia akhir zaman. Dgn alasan kehidupan modern agama seolah2 dipermain2kan... Subahanallah Astagfirullahalazim.... Nauzubillah....
ReplyDeleteTak tau lah kat mana dia blajar, Islam boleh kahwin sesama sejenis... !!! Nabi tak mengaku umat...
ReplyDeleteAstagfirullahalazim..Nauzubillah..Ya Allah, bukakan hati hambamu ini..naik mengah baca story atas ni..
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletebolehkan saudara berikan sumber rujukan mengenai berita ini.
terima kasih.
pening pening pening dan pening
ReplyDeletekasihan...semoga allah membuka pintu hati mereka.
ReplyDeletePernikahan sesama jenis?seharusnya kan menikah dengan lawan jenis.
ReplyDelete