Skip to main content

Respek! Iran Larang Kapal Terbang Berlepas Ketika Waktu Azan





Walaupun Iran sebuah negara Syiah, namun dalam hal-hal tertentu yang melibatkan perlaksanaan syariat Islam, ia wajar dicontohi oleh negara-negara Islam lain. Terbaru Kerajaan Iran menguatkuasakan undang-undang yang melarang pesawat penerbangan berlepas ketika azan berkumandang.


Pertubuhan Penerbangan Awam Iran semalam mengumumkan perintah semua pesawat tidak dibenarkan berlepas ketika azan dilaungkan sebelum umat Islam bersolat.

Semua pesawat yang dijadualkan berlepas di Iran kini perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit sehingga azan subuh selesai.

Ketua Pertubuhan Penerbangan itu, Hamid Reza Pahlevani dipetik oleh Agensi Berita Pelajar Iran sebagai berkata, perintah itu adalah untuk membenarkan penumpang menunaikan tanggungjawab agama mereka.

Jurucakap Jawatankuasa Budaya Parlimen, Ali Taherani dipetik oleh Reuters sebagai berkata, selain daripada sekatan penerbangan, pemantauan juga dilakukan terhadap pakaian wanita yang bekerja di lapangan terbang atau syarikat penerbangan.

sumber: hmetro 

Comments

  1. bukanyer tak boleh semayang dalam kapal terbang. saja cari susah. jalau nak berjemaah pun boleh.

    ReplyDelete
  2. Itu pilihan kamu, nk bersolat dlm kapal terbang pn boleh. Yg cube disampaikan disini ialah menghormati azan dan segerakanlah solat. Nk solat kt airport ke dlm kapal terbang ke itu pilihan sendiri yer.

    ReplyDelete
  3. salah ke kalau die buat macam tu???susah apenye?kecuali la kalau tengah terbang lepastuh kalau azan kene mendarat,tu la baru menyusahkan...azan bukannye lama pon...

    ReplyDelete
  4. bagusnya tindakan yg diambil.. menunjukkan sangat menghormati azan dan memudahkan urusan untuk menunaikan solat

    ReplyDelete
  5. sekarang syiah di iran merubah dengan membenci sunny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.