Sunday, April 29, 2012

Kereta Polis Luar Negara Guna Proton Persona






Khabarnya, pihak polis di Indonesia telah menggunakan khidmat Proton Persona sebagai pelengkap kepada variasi kenderaan polis sedia ada di negara itu. Selain di Indonesia, kereta Proton Waja juga digunakan di United Kingdom sebagai sebahagian daripada kenderaan polis di sana. 


Saturday, April 28, 2012

Sindrom Lelaki Andropaus (Menopaus bagi lelaki)





Masalah andropaus ini dikenali sebagai sindrom kekurangan hormon testosterone atau testosterone deficiency syndrome (TDS). Ia agak berbeza daripada masalah menopaus yang dihadapi wanita.


Bagi lelaki, hormone testosterone masih wujud dalam badan tetapi parasnya menurun. Apabila ia berkurangan, akan timbul pelbagai simptom dan seseorang lelaki boleh mengalami masalah ini seawal lingkungan umur 40-an.

Masalah TDS ini berkaitan pelbagai masalah lain seperti obesiti, kencing manis dan peningkatan paras kolesterol dalam badan. Ia boleh menimbulkan masalah seperti osteoporosis, mati pucuk, sakit jantung dan kemurungan.

Friday, April 27, 2012

Parlimen Mesir Gubal Undang2 Benarkan Persetubuhan Dengan Mayat Isteri *Wat De Heck*







Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan. Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.


Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan.

Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan.

Thursday, April 26, 2012

Perbandingan Tinggi Nabi Adam Dengan Manusia Zaman Ini





Seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah, Nabi Adam mempunyai tubuh yang kekar dengan tinggi 60 hasta.

Sabda Rasullulah “Allah menciptakan Adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ (HR.Bukhari), hadis ini juga dicatat dalam riwayat imam Muslim dan imam Ahmad, namun dalam sanad yang berbeza.

Untuk fakta,1 hasta = 45.72 cm. maka dengan itu tinggi nabi Adam adalah 27.432 meter. Perbandingan tinggi tersebut dengan tinggi manusia zaman sekarang adalah seperti di bawah.



Wednesday, April 25, 2012

Rumah Atas Pokok Terbesar dan Tertinggi di Dunia







Rumah di atas pokok paling tinggi di dunia yang terletak di Crossville, Tennessee, Amerika Syarikat, pasti menjadikan rumah keluarga Robinson kelihatan sangat kecil. Ia begitu besar kerana pemiliknya mendakwa dia membinanya selepas diarah oleh kuasa ghaib.


Filem Disney yang diterbitkan pada 1960 mengenai keluarga yang terdampar di sebuah pulau selepas kapal mereka musnah di laut, menggambarkan rumah di atas pokok yang sungguh menarik, siap dengan kincir anginnya tersendiri. Namun rumah keluarga Robinson itu akan kelihatan kecil jika dibandingkan dengan struktur ini.

Nenek 72 Tahun Bercinta Dengan Cucu Sendiri Umur 26 Tahun




Seorang nenek berusia 72 tahun, Pearl Carter, dikhabarkan bercinta dengan cucu kandungnya sendiri yang berusia 26 tahun, Phil Bailey. Kedua-duanya juga dikatakan bakal mempunyai bayi sendiri melalui khidmat seorang ibu tumpang.


Pearl akan membayar US$ 54 ribu (RM 162 ribu) kepada wanita yang akan mengandungkan anaknya dengan Bailey. "Saya tidak peduli dengan pendapat orang. Saya mencintai Phil dan dia juga mencintai saya. Tidak lama lagi saya akan mengendong anak saya dan Phil akan menjadi ayah yang bangga," ujar Pearl.

Tuesday, April 24, 2012

Asrama Terkotor di Dunia







Sanggupkah anda tinggal di tempat sebegini? Jangan terkejut kerana sememangnya terdapat mereka-mereka yang 'sangat selesa' tinggal di kawasan ini.


Gambar-gambar ini merujuk kepada asrama pekerja lelaki di negara China. Bagaimana mereka mampu dan boleh bertahan tinggal di tempat seperti ini? Tak terbayang. Dahsyat sungguh!

Ciptaan Terbaru..Najis Manusia Dijadikan Sebagai Daging Steak







Steak adalah sepotong daging besar yang dimasak bersama pelbagai jenis bahan dan perisa sebelum dipanggang dan dihidangkan. Makanan ini sangat digemari terutamanya bagi peminat makanan Barat. 


Namun di tengah-tengah ancaman kekurangan bahan asas makanan, ramai pihak kini mencari bahan alternatif lain sebagai makanan. Terkini, pasa saintis di Jepun berjaya menjadikan najis manusia sebagai sumber bahan asas terbaru. Meskipun ramai orang menganggap ia menjijikkan, tetapi sumber asas terbaru ini sudah diuji dan sesuai untuk dimakan.


Monday, April 23, 2012

Sekolah Termewah di Dunia






Jangan tersilap pandang, ini bukan kompleks membeli-belah, hotel atau tempat sejenisnya, tetapi ini adalah bangunan sekolah, tempat orang belajar dan menimba ilmu. Orestad College, di Denmark, menjadi satu-satunya bangunan sekolah termewah dengan pelbagai fasiliti kelas satu.


Tidak seperti kebanyakan sekolah lain, desain bagian dalamnya dibina dengan konsep terbuka yang mementingkan konsep pencahayaan natural dari cahaya matahari, sehingga lantai bahagian atas dapat  dilihat dari bahagian-bahagian di bawahnya. Selain itu, ia turut dihubungkan dengan kemudahan internet tanpa wayar di setiap tempat, dimana setiap pelajar disini disediakan laptop secara percuma.

Sunday, April 22, 2012

Ngeri! Burger Daging Ular Popular di Jakarta, Indonesia







Sebuah restoran di Jakarta, Indonesia menyediakan menu pelik, burger ular yang dibuat daripada ular tempatan.


Cara penyediaanya mudah sahaja. Pertama sekali, kepala ular akan dipenggal, kemudian dilapah untuk menghilangkan kulit dan sisiknya. Selanjutnya, ular dibersihkan, dagingnya dicincang hingga halus dan dicampur dengan bahan perasa. Daging ular ini kemudiannya digoreng dan siap disajikan dengan roti burger.

Elak Namakan Anak Mengikut Surah al-Quran








Dipetik dari sesi soal jawab agama Harian Metro:

SAYA ingin menamakan anak saya mengikut nama dalam surah al-Quran contoh­nya seperti An-Nur, An-Nisa’ dan An-Najmi. Adakah ia sama seperti menamakan anak dengan 99 Nama Allah seperti Karim dan Latif? Apakah hukumnya berbuat demikian kerana saya ada membaca yang nama itu mempunyai maksud yang baik.


Jawapan:

ANAK adalah kurniaan Allah kepada setiap pasangan yang menjadi pe­nyambung zuriat mereka di dunia ini. Islam menyuruh ibu bapa menamakan anak dengan nama yang baik.


Saturday, April 21, 2012

Kecantikan Ratu Arab Saudi






Kita semua tahu Angelina Joli dan Aishwarya Rai dikenali sebagai wanita tercantik di dunia, itupun kerana mereka adalah selebriti. Tetapi menjadi selebriti, bukanlah bermaksud mereka paling cantik di dunia. Kecantikan, sesuatu yang subjektif...kata orang puteh, 'beauty lies in the eyes of the beholder'. Setelah melihat gambar-gambar di bawah ini, anda pasti kagum dan menyukai wajah unik Ratu Saudi Arabia, Queen Fathima Kulsum Zohar Godabari. 


Nama Domain di 249 Buah Negara di Dunia


1. .ac Ascension Island
2. .ad Andorra
3. .ae United Arab Emirates
4. .af Afghanistan
5. .ag Antigua and Barbuda
6. .ai Anguilla
7. .al Albania
8. .am Armenia
9. .an Netherlands Antilles
10. .ao Angola

Perkampungan Tradisional Belanda Yang Indah Di Celah2 Terusan Kecil





Giethoorn yang merupakan perkampungan di Belanda mendapat tumpuan para pelancong kerana suasananya yang cantik dan mendamaikan. Mengekalkan reka bentuk Eropah zaman pertengahan, kawasan ini memiliki kemudahan fasiliti yang cukup dan pengangkutan utama ialah sampan. Di sini semua jambatan adalah seratus peratus daripada kayu..



Friday, April 20, 2012

Benua Sampah Terbesar di Dunia Di Tengah Lautan Pasifik






Pernahkah anda membuang sampah di laut?Apa jadinya jika sampah yang dibuang ke laut tiba-tiba terkumpul menjadi sebuah pulau? Jangan terkejut kerana perkara ini memang benar-benar berlaku!


Dikenali dengan istilah Plastic Continent, ia adalah sebuah kumpulan sampah yang terdiri dari 80% bahan plastik dengan dianggarkan sebanyak 3.5 juta tan sampah plastik yang membentuk sebuah pulau di tengah lautan pasifik di antara Hawai dan California. 


11 Golongan Yang Mendapat Doa Malaikat



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Kenapa Semut Kelihatan Berhenti Sejenak Bila Bertemu Sesama Sendiri?





Mengapa semut akan berhenti seketika jika bertembung dengan semut yang  lainnya? Semut yang kelihatan “saling menyapa” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. T.C. Schneirla, seorang saintis di New York University, pernah melakukan kajian terhadap semut.

Beliau meletakkan seekor semut ke dalam tempat yang berisi makanan. Seekor semut yang lain pula diletakkan ke dalam bekas yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua semut ini diamati terutama ketika berpasangan dengan semut-semut yang lain di jalanan.

40 Biji Telur Dinasour Ditemui di Chechnya (7 gambar)





Ahli Geologi di kawasan bergolak Chechnya Rusia telah mencari apa yang mereka yakini sebagai fosil telur dinosaur yang telah diletakkan oleh salah satu reptilia pupus gergasi yang menguasai daratan lebih dari 60 juta tahun lalu.

 "Kami telah menemui sekitar 40 telur setakat ini, jumlah belum diketahui," kata Said-Emin Dzhabrailov, seorang ahli geologi di Chechnya State University. "Mungkin terdapat lebih banyak lagi (telur) di bawah tanah."


Thursday, April 19, 2012

Kurang Tidur Boleh Sebabkan Kegemukan

 
 
 
 
Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat cuba mencabar tanggapan yang menyatakan tidur yang kurang menyebabkan individu mudah kurus apabila mendakwa amalan itu sebaliknya boleh menambah berat badan seseorang.


Sejak bertahun lamanya, pakar berat badan menekankan kepentingan mengambil makanan berkalori rendah dan senaman yang secukupnya.

Namun, kajian terbaru Universiti Chicago menunjukkan faktor ketiga bagi mengawal berat badan - mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam.

Biodata Iblis


Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.

Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll

Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri : Fasik kelas pertama

Agama : Kufur

Wednesday, April 18, 2012

Kreatif, Hasil Seni Dari Bayang-Bayang



 


Penggiat seni Rashad Alakbarov dari Azerbaijan menggunakan pelbagai objek-objek harian seperti botol plastik kosong, paip logam atau cebisan plastik berwarna dan lampu cahaya untuk mencipta lukisan daripada bayang-bayang.

Tuesday, April 17, 2012

Cool..Vending Machine Jual Cupcake 24 Jam




Biasanya vending machine sangat identatik dengan barangan seperti air tin dan air kotak, namun kini mesin khas untuk menjual cupcake telah diperkenalkan.

Inovasi kreatif ini diperkenalkan oleh syarikat bakeri ternama di Los Angeles, Springkles. Cara mesin ini berfungsi mirip seperti mengambil wang di mesin ATM. Pembeli hanya perlu memilih jenis cupcake yang dingini di sebuah skrin khas. Setelah memasukkan sejumlah wang , cupcake yang dipilih akan keluar melalui bahagian bawah mesin.

Kitler, Kucing Malang Yang Bermisai Seperti Adolf Hitler





Hanya kerana tanda dan bentuk bulu hitam di wajahnya menyerupai kumis diktator Jerman, Adolf Hitler, seekor kucing kecil mengalami masalah untuk mencari penjaganya. Perkara ini juga membuatkan kucing ini diberi nama "Kitler', yang merupakan gabungan dari kitten dan Hitler.



Kucing berusia enam bulan ini sebelumnya ditemui di tepi jalan dan dibawa ke rumah perlindungan haiwan Wood Green, Cambridgeshire, UK, dan sehingga kini belum ada sesiapa yang sudi membelanya.

Monday, April 16, 2012

Melawat Muzium Doraemon di Tokyo

 
 
 
 

Bagi anda penggemar watak kartun Doraemon, boleh bernostalgia. Kini sebuah muzium Doraemon didirikan di pinggir bandaraya Tokyo.


Muzium itu juga turut menampilkan pencipta dan pengarang watak Doraemon iaitu Fujiko F. Fujio. Baik Fujiko dan Doraemon merupakan inspirasi bagi siri animasi yang diminati di seluruh dunia ini.

Strawberry Berwarna Biru





Strawberri berwarna biru? Ya, anda mungkin terfikir ianya mustahil, tetapi Syarikat GM membuktikan sebaliknya. Saintis di syarikat tersebut dilaporkan telah berjaya menghasilkan strawberi biru yang telah direka untuk menahan suhu beku.  


Para saintis telah menemui sejenis gen khas dari ikan  Arctic Flounder yang menghasilkan bahan antibeku sendiri supaya ia dapat melindungi dirinya daripada air beku. 

Roller Coaster Untuk Pasangan Bogel


Di Essex, England sejumlah 102 orang lelaki dan wanita (51 pasangan) nekad bertelanjang bulat dalam usaha mereka untuk memecahkan rekod menaiki roller coaster secara berbogel.

Kesemua 102 orang lelaki dan wanita yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur ini tidak melakukan hubungan intim. Mereka datang di taman tema Adventure Island, di Southend naik rollercoaster, ingin mengukir sejarah dan masuk world record.


Sunday, April 15, 2012

Pengsan! 5 Beg Tangan Termahal di Dunia





Seperti yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes, berikut adalah 5 beg tangan termahal di dunia. Buat wanita-wanita diluar sana, adakah anda berasa seperti akan terpengsan melihat harga-harga tas tangan di bawah ini?

1. 1001 Night Diamond Purse

Aksesori fashion ini dikatakan sebagai beg tangan termahal di dunia. Ia diperbuat daripada emas 18 karat dan dihiasi 4517 butir berlian dan dijual dengan harga 2.35 juta poundsterling atau sekitar RM 14.1 juta. Berlian yang menghiasi tas tangan ini terdiri daripada 105 berlian berwarna kuning, 56 berwarna merah jambu dan 4356 berlian putih. Berat kesuluruhan berlian itu ialah 381.92 karat.

Fesyen Kostum Daripada Kaca dan Cermin






Kreatif betul...keseluruhan kostum termasuk baju, seluar dan topi di bawah ini dibuat keseluruhannya daripada kaca yang juga berfungsi sebagai cermin. Bila kostum ini digayakan, ia seolah-olah sebuah persalinan lutsinar yang menakjubkan. Ia direka oleh seorang pereka di Griffith Observatory di pusat bandaraya Los Angeles.


Saturday, April 14, 2012

Pesawat Peribadi Milik Orang-Orang Kaya di Dunia






1. Donald Trump (Boeing 727-23)

Pada awalnya diuruskan oleh American Airlines,jet vintage 1968 ini diubahsuai dengan kerusi kulit pucat dan berlapis emas, dihiasi lukisan minyak, dan lampu kristal Waterford. Logo TRUMP di badan pesawat mempunyai panjang 30 kaki, tinggi 4 kaki , dan dibuat dari emas 23 karat.
 


Kanak-Kanak 4 Tahun Sepintar Stephen Hawking





Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun warga British diterima sebagai individu yang mempunyai kecerdasan akal (IQ) yang hanya kurang satu markah berbanding pakar fizik dunia, Stephen Hawking kata Persatuan Kecerdasan Akal (IQ) Tinggi (Mensa).


Ketua Eksekutif Mensa British John Stevenage, berkata organisasi itu bangga mengalu-alukan Heidi Hankins dari Winchester, England, ke ranking itu selepas beliau mendapat markah 159 dalam ujian IQ dan meletakkannya hanya satu markah di belakang IQ Hawking iaitu 160 markah.

10 Cara Memantapkan Air Mani Lelaki





AIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma. Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:


1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.

Wow, Pelangi Berwarna Putih





Ini merupakan kejadian yang jarang berlaku dan amat mengagumkan, di mana sebuah pelangi berwarna putih menghiasi langit di Kutub Utara. Fenomena yang amat aneh ini dikenali sebagai lengkungan kabus, dan berjaya dirakam oleh Sam Dobson dalam ekspedisi terbarunya ke Kutub Utara.


Friday, April 13, 2012

Kaitan Solat Dengan Warna





Gempak, Seni Duit Kertas






Menarik jugak hasil seni di bawah ni...boleh dijadikan idea untuk gubah hantaran kawin :))

Venus Palermo, Gadis Anak Patung Yang Popular di Internet





Sambil bergaya di hadapan kamera komputer, dengan bibir seperti kudup mawar dan kulit wajah yang licin, Venus Palermo bercerita di hadapan berjuta peminatnya.


Venus bukanlah bintang pop atau model. Dia yang berusia 15 tahun, berasal dari London dan berpakaian seperti patung.

Thursday, April 12, 2012

(GAMBAR) Artis-Artis Lelaki Malaysia Yang Pernah Menjadi Mak Nyah





Okey...sila muntah dengan gambar-gambar di bawah ini :p


Inilah Nakurnjak, Alat Pemanas Zakar





Seorang wanita bernama Radmilla Kus, 55 tahun merupakan seorang tukang tenun. Dia mendapat idea untuk membuat pemanas zakar atau dipanggil Nakurnjak apabila mendapati para petani yang terpaksa bekerja dalam suasana musim sejuk akan mengalami kesejukkan pada bahagian zakar mereka.



Fenomena Burger Bakar Kaw Kaw di Wangsa Maju





Sanggupkah anda beratur selama kira-kira tiga jam hanya untuk menikmati burger di sebuah gerai di tepi jalan? Dan adakah anda juga pernah membeli sebiji burger pada harga yang mencecah sehingga RM150?


Namun pengalaman itulah yang dialami ribuan penggemar burger bakar yang mengunjungi sebuah gerai burger yang beroperasi di tepi jalan di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini.

Wednesday, April 11, 2012

Gambar Menakjubkan Bila Air Dari Dua Sungai Berbeza Bertemu





Dalam gambar yang menakjubkan ini, kita dapat melihat pertemuan di antara sungai Rhone dan Arve di Geneva, Switzerland. Sungai di sebelah kiri adalah Sungai Rhone, yang mengalir dari Tasik Lehman. Sungai di sebelah kanan pula adalah Sungai Arve, yang menerima air dari glasier di lembah Chamonix (terutamanya dari Mer de polos) sebelum mengalir utara-barat ke Rhone di sebelah barat Geneva, di mana tahap kelodak air sungai Rhone yang lebih tinggi  mewujudkan satu perbezaan yang ketara di antara kedua-dua sungai ini.


Gempa Bumi 8.9 Ritchter di Aceh: 27 Negara Keluar Amaran Tsunami, Malaysia Mungkin Terlibat





Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dipercayai berpusat 33 kilometer di bawah laut pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Aceh dikesan berlaku, sebentar tadi.


Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku tsunami. Amaran itu meliputi seluruh kawasan melibatkan Lautan Hindi.

Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi ini.

Bandaraya Paling Ganas di Dunia






Bandar San Pedro Sula  yang terletak di Honduras, negara rantau Amerika Tengah ini merupakan bandar raya paling ganas di dunia.


Hampir setiap hari, penduduknya disajikan dengan adegan kumpulan penjenayah bertempur menggunakan raifal AK-47 dan grenad, pembunuh menyerang pada siang hari dan anggota polis meminta wang suapan.

Di Honduras, negara yang memiliki populasi lapan juta orang, satu kes pembunuhan dilaporkan pada setiap 74 minit.

Menangani Stress Cara Islam






Dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.




Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.

Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.

Tuesday, April 10, 2012

Fakta-Fakta Golongan Mak Nyah di Malaysia


1.Mak Nyah adalah berbeza dengan Khunsa kerana Khunsa adalah individu yang mempunyai dua alat kelamin manakala Mak Nyah adalah individu yang dilahirkan sebagai seorang lelaki tetapi mempunyai perasaan keperempuanan.

2.Kajian mendapati bahawa 98.63% Mak Nyah adalah lelaki tulen yang dilahirkan sebagai seorang lelaki manakala 1.37% dilahirkan sebagai khunsa.

Inilah 7 Pedang Milik Nabi Muhammad s.a.w






Ini adalah pedang-pedang yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya untuk berdakwah menyebarkan agama islam dan berperang di jalan Allah melawan kaum kafir. Jumlah keseluruhan pedang yang pernah digunakan adalah 7 pedang.

 
1. Pedang Al Ma’thur


Juga dikenali sebagai ‘Ma’thur Al-Fijar’ adalah pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda menerima wahyu yang pertama di Mekah. Pedang ini diberi oleh ayahnya, dan dibawa waktu hijrah dari Mekah ke Medinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib.


Monday, April 9, 2012

Tasik-Tasik Berbentuk Paling Unik di Dunia





Tasik berbentuk Pistol - Schulensmeer, Belgium


Tasik berbentuk huruf A 

Cara Pengemis di China Membuat Luka Palsu






Bahan-bahan yang diperlukan:

1)Gam

2)Ink Merah

3)Pembersih Telinga

4)Span Cuci Pinggan

5)Pencucuk Gigi



sapukan gam pada kulit dan biarkan kering


              

Sunday, April 8, 2012

Ais Krim Termahal di Dunia





Sebuah hotel di Mexico membuat ais krim paling mahal di dunia.Ais Krim batang tersebut dijual dengan harga USD1,000 atau kira-kira RM 3000 setiap satu.


Yang membuatkan ais krim ini jauh lebih mahal dari ais lainnya adalah bahan asas untuk membuat ais tersebut.

Ais itu dibuat dari tequila atau minuman keras khas Mexico yang dijual pada harga 900 poundsterling atau kira-kira RM 5500 sebotol. Popsicle Tequila Premium Clase Azul Ultra ini, juga disertai serpihan emas seberat 24 karat.

Related Posts with Thumbnails