Biasanya vending machine sangat identatik dengan barangan seperti air tin dan air kotak, namun kini mesin khas untuk menjual cupcake telah diperkenalkan.
Inovasi kreatif ini diperkenalkan oleh syarikat bakeri ternama di Los Angeles, Springkles. Cara mesin ini berfungsi mirip seperti mengambil wang di mesin ATM. Pembeli hanya perlu memilih jenis cupcake yang dingini di sebuah skrin khas. Setelah memasukkan sejumlah wang , cupcake yang dipilih akan keluar melalui bahagian bawah mesin.
Cupcake itu dijual pada harga 4 dollar sebiji (RM 12 sebiji). Tersedia dengan 8 pilihan rasa, dua perisa diantaranya adalah cupcake khas Beverly Hills, rasa gula kayu manis dan coklat kelapa. Mesin dengan warna merah muda ini mampu menyimpan 600 cupcake.
Ketika ini ia tersedia di bandaraya besar di Amerika seperti Chicago, Dallas, Houston, New York, Paulo Alto dan Washington DC.
sumber: http://googrape.blogspot.com
kenapa kat China takde?! :(
ReplyDelete