Skip to main content

Nenek 72 Tahun Bercinta Dengan Cucu Sendiri Umur 26 Tahun




Seorang nenek berusia 72 tahun, Pearl Carter, dikhabarkan bercinta dengan cucu kandungnya sendiri yang berusia 26 tahun, Phil Bailey. Kedua-duanya juga dikatakan bakal mempunyai bayi sendiri melalui khidmat seorang ibu tumpang.


Pearl akan membayar US$ 54 ribu (RM 162 ribu) kepada wanita yang akan mengandungkan anaknya dengan Bailey. "Saya tidak peduli dengan pendapat orang. Saya mencintai Phil dan dia juga mencintai saya. Tidak lama lagi saya akan mengendong anak saya dan Phil akan menjadi ayah yang bangga," ujar Pearl.

Phil adalah anak dari anak perempuan Pearl, Lynette Bailey. Lynette merupakan anak kandung Pearl ketika dia masih berusia 18 tahun. Disebabkan ketika dia itu masih muda dan tinggal bersama keluarga Katolik yang kuat agamanya di Indiana, akhirnya Pearl menyerahkan Lynette ke rumah kebajikan. Jadi hubungan kedua-dua beranak ini terputus.

Phil tinggal dengan Lynette sejak dilahirkan sehinggalah Lynette meninggal dunia.Phil kemudiannya mencari neneknya, Pearl. Setelah bertemu, Phil dan Pearl menjalin hubungan cinta.

Pearl mengatakan, "Saya memanggil Phil ke kamar tidur saya. Mendudukkannya di kerusi dan saya bertumpu kepadanya dan menciumnya. Pada awalnya saya menduga dia akan menolak. Tetapi ternyata dia membalas ciuman saya."

Phil mengatakan, "Saya ingin menciumnya di situ pada ketika itu. Perasaan saya luar biasa."
 
"Saya mencintai Pearl sepenuh hati saya. Saya memang tertarik dengan wanita yang lebih tua. Dan saya rasa Pearl cantik. Kini, saya akan menjadi seorang ayah. Saya tidak sabar lagi menanti hal itu. Kami memang selalu ditertawakan dan dicemuh ketika pergi ke luar dan bercumbu di tempat awam. Tetapi kami tidak peduli. Anda tidak boleh menentukan kepada siapa anda bakal jatuh cinta," tambah Phil.

Setahun yang lalu, Phil mengatakan kepada Pearl bahawa dia inginkan seorang anak. Pearl juga mengaku ingin memiliki anak. Akan tetapi, keinginan untuk memiliki anak dari benih mereka berdua tidak mungkin terlaksana kerana Pearl sudah menopause.

Pasangan tersebut akhirnya memutuskan untuk menggunakan duit persaraan Pearl untuk mencari wanita yang bersedia mengandung dan mendermakan ovumnya. Mereka memasang iklan untuk mencari wanita tersebut dan akhirnya bertemu dengan seorang wanita, Roxanne Campbell, 30 tahun.

"Awalnya saya terkejut," ujar Campbell mengenai hubungan kandung Phil dan Carter. "Tetapi mereka pasangan yang cerdas dan saya melihat mereka saling mencintai. Saya juga sedar bayinya akan dicintai juga. 

sumber: http://www.exelroze.info

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”