Skip to main content

Gempa Bumi 8.9 Ritchter di Aceh: 27 Negara Keluar Amaran Tsunami, Malaysia Mungkin Terlibat





Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dipercayai berpusat 33 kilometer di bawah laut pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Aceh dikesan berlaku, sebentar tadi.


Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku tsunami. Amaran itu meliputi seluruh kawasan melibatkan Lautan Hindi.

Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi ini.

Antara negara tersebut ialah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Africa Selatan dan Singapura dan beberapa negara kepulauan di Lautan Hindi.

Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat yang membuat dokumentasi gempa bumi seluruh dunia memberikan amaran pantas bahawa gempa pada magnitud berkenaan mampu menghasilkan kemusnahan akibat tsunami melibatkan seluruh basin Lautan Hindi.
 

Sekiranya berlaku tsunami, dianggarkan ia akan sampai ke kawasan pantai dalam masa satu jam selepas gempa terjadi.

Untuk Malaysia, anggaran jika berlaku tsunami, ia akan tiba di kawasan Pulau Pinang dalam pukul 9.11 malam dan Port Diclson pukul 2.10 pagi. (Harus diingat, ini hanya waktu ramalan dan hanya jika berlaku tsunami, belum sah lagi)

Setakat ini belum ada sebarang laporan melibatkan kehilangan nyawa atau kemusnahan yang diperoleh.

Jarak pusat gempa bumi di Aceh itu dengan Kuala Lumpur adalah sejauh 963 kilometer.

Sementara itu, laman Twitter mula gempar dengan pengguna tweet menyatakan mengenai gegaran yang mereka rasai sebentar tadi.

Ada yang menyatakan gegaran dirasai sehingga di Pulau Pinang.

Berikut beberapa keping gambar yang memperlihatkan kegemparan penduduk Malaysia di seluruh negara yang turut merasai gegaran berkenaan.





Gambar sekitar Acheh, beberapa minit selepas gempa berlaku..






 dipetik dari: http://mynewshub.my/, http://www.utusan.com.my, mstar, dailymail.co.uk

Comments

  1. alamak...hujung bulan ni nak bercuti ke bali..boleh ker pergi ni..sob3..

    ReplyDelete
  2. traumatik terjadi setelah adanya tsunami di indonesia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.