Skip to main content

Kanak-Kanak 4 Tahun Sepintar Stephen Hawking





Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun warga British diterima sebagai individu yang mempunyai kecerdasan akal (IQ) yang hanya kurang satu markah berbanding pakar fizik dunia, Stephen Hawking kata Persatuan Kecerdasan Akal (IQ) Tinggi (Mensa).


Ketua Eksekutif Mensa British John Stevenage, berkata organisasi itu bangga mengalu-alukan Heidi Hankins dari Winchester, England, ke ranking itu selepas beliau mendapat markah 159 dalam ujian IQ dan meletakkannya hanya satu markah di belakang IQ Hawking iaitu 160 markah.

Ujian yang diambil kanak-kanak terbabit khusus dibuat untuk kanak-kanak seusia dengannya dan mengandungi campuran soalan yang berupa penyelesaian masalah dan permainan perkataan.

Bapa kanak-kanak itu, Matthew Hankins, 46, berkata dia dan isterinya sejak awal sudah mengetahui yang anak mereka istimewa.

“Kami selalu fikir Heidi bijak kerana dari kecil dia sudah pandai membaca. Saya ingin tahu mengenai IQ anak kami dan hasilnya adalah luar jangkaan.

“Saya membelikannya satu set buku bacaan kanak-kanak Oxford ketika dia berusia dua tahun dan Heidi membaca keseluruhan set yang mengandungi 30 buku dalam masa sejam.

“Sebenarnya apa yang dilakukan Heidi ini adalah yang boleh dilakukan kanak-kanak berusia tujuh tahun.

“Heidi cuba bercakap sejak mula lahir dan pada usia setahun dia fasih bercakap dan banyak perkataan diketahuinya,” katanya.

Matthew yang juga pensyarah kesihatan awam di Universiti Southampton, berharap anaknya boleh melompat kelas setahun untuk membolehkan kanak-kanak itu selari dengan cabaran.

Mensa adalah persatuan IQ tinggi tertua dan terbesar dunia. Ia adalah organisasi bukan kerajaan dan terbuka kepada mereka yang mendapat markah 98 peratus atau lebih tinggi daripada standard ditetapkan dengan IQ dipantau atau ujian kecerdasan lain yang diluluskan.
 
 sumber: berita harian

Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.