Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Tahun Ini Indonesia Ada 4 Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Berikut ialah 4 tarikh sambutan Aidilfitri yang berbeza-beza mengikut perbezaan aliran/mazhab di Indonesia: 1. ALIRAN NAQSABANDIYAH (PADANG, SUMBAR)  (29 OGOS) 2. MUHAMADDIYAH (30 OGOS ) 3. NU (PEMERINTAH) (31 OGOS ) 4. ISLAM ABOGE (1 SEPTEMBER) Sebanyak 100 jamaah Tarekat Naqshabandiyah Surau Baitul Makmur Pasar Baru, Kelurahan Cupak Tangah, Padang, Sumatera Barat, Isnin (29/8) yang lalu melaksanakan Solat Aidilfitri. Pelaksanaan Idul Fitri jamaah tarekat ini ditetapkan atas hitungan imsyak dan rukyah para ulama. Guru Besar Tarekat Naqsabandiyah Buya Syafri Malin Mudo mengatakan, dalam menentukan Hari Raya Idul Fitri, biasanya Naqsabandiyah menghitung berdasarkan almanak (kalendar) tahunan dengan menggunakan kaedah hisab yang terdapat dalam Kitab Munjid atau penanggalan berdasarkan kiraan 360 hari dari awal Aidilfitri 2010.

Kecoh Tarikh Hari Raya Aidilfitri di Indonesia

Kerajaan Indonesia mengisytiharkan bulan tidak berada di kedudukan tepat untuk mengakhiri bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri ditangguhkan sehari kepada esok. . Di Indonesia menimbulkan kekeliruan pada umat Islam di republik itu yang menjangka Aidilfitri disambut semalam (30 Ogos). Seorang suri rumah, Nur Arifah tidak menjangkakan pengisytiharan kerajaan tersebut yang diumumkan lewat Isnin dan telah bangun awal untuk memasak daging bagi keluarganya di Jakarta. "Anak saudara saya semua sudah berkumpul di rumah bapa saya untuk menyambut Aidilfitri dengan pakaian baru tetapi ia salah hari. Pasar sudah pun tutup, jadi saya tidak dapat menyediakan masakan baru. Kami mungkin kena makan mi segera pada Aidilfitri esok,'' ujarnya.

Ucapan Selamat Menyambut Aidilfitri Dari Vatican City

  Vatican City menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada umat islam di seluruh dunia. Ucapan disampaikan melalui media elektronik yang dikeluarkan Oleh Dewan Perhubungan Untuk Dialog Antaragama Kota Vatikan. Selain ucapan Selamat Menyambut Aidilfitri , juga disampaikan beberapa pesanan lain dengan tema, “Umat Kristian dan Umat Islam: Bersatu Mengatasi Keganasan Antara Penganut Agama.” Dalam pesanan elektronik itu, Ketua Dewan Perhubungan Untuk Dialog Antaragama, Kardinal Jean-Louis Tauran, mengajak seluruh penganut agama bersatu melawan kekerasan. Beliau mengingatkan tentang pentingnya rasa hormat, dialog, dan persaudaraan dalam pelbagai hal seperti pendidikan: rumah, sekolah, gereja dan masjid.

[Salam 'Idulfitri Dari Encik Billy] - Jom Baca Adab-Adab Menyambut Hari Raya ‘Idulfitri

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut. Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan. Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?

Video UFO Mendarat di Siberia

Betul ke tak klip video di bawah ni, tak tahulah...tapi jika betul sekalipun, ia bukanlah sesuatu yang pelik sebab kita memang tahu bukan hanya manusia dan binatang-binatang di bumi yang menghuni alam semesta ini... Rantau sejuk beku di Siberia pastinya bukan lokasi pendaratan paling menarik untuk makhluk asing yang mahu menerokai Bumi. Namun, satu klip video di laman perkongsian video YouTube (klip di atas) menunjukkan beberapa makhluk asing memilih lokasi tandus itu untuk mendaratkan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau piring terbang mereka.

Kesilapan Engineering Yang Paling Pelik

Bukan sekadar pelik, lawak pun ye jugak kan?

(VIDEO) Iklan PETRONAS Raya Merdeka 2011

 Tangan boleh menjadi lambang perwatakan dan peribadi seseorang. Sebagai contoh, tangan- tangan yang bersalaman adalah simbol ampun dan maaf. Tangan-tangan yang penuh dengan parut dan calar menunjukkan kerja keras dan kekuatan. Tangan adalah simbol ideal kepada keperibadian kita. Ia bukan lagi mengenai kepentingan menyampaikan nasihat atau memberi pengajaran kepada penonton, tapi iklan tahun ini adalah satu bentuk penghargaan kepada rakyat Malaysia. Melalui interpretasi di tangan mereka, iklan ini adalah untuk meraikan nilai-nilai yang mewakili rakyat Malaysia.

Cara-Cara Membuat Telur Rebus Berwarna-Warni

Menarik jugak kalau dapat buat efek telur rebus yang berwarna-warni macam kat bawah ni...bukannya susah pun, senang jer...lagipun selamat dimakan. Teknik-teknik dibawah amat sesuai bagi mereka yang menyukai sesuatu yang berseni. Nak buat hantaran untuk majlis bertunang dan kahwin pun boleh...

Laluan Kereta Api Paling Unik Lagi Pelik di Seluruh Dunia

Setiap negara di dunia ini sebolehnya akan cuba untuk membina landasan kereta api yang selesa dan terjamin keselamatannya. Tetapi laluan-laluan kereta api di bawah ini membuatkan encik Billy terkagum dan tertanya-tanya; selamatkah mereka?

Laluan Basikal Paling Unik

Para penunggang basikal di Warrington, Cheshire, Britain terpaksa menggunakan laluan separuh bulat bagi mengelakkan mereka dilanggar. Lebih membingungkan, laluan tersebut amat pendek dan direka dengan menggunakan kapur putih. Menurut seorang pengajar kenderaan, Dave Horgan, pihak majlis perbandaran perlu memikirkan dengan teliti sebelum membuat lambang yang mengelirukan seperti laluan basikal itu.

Wanita Yang Langsung Tak Boleh Simpan Lemak

Seorang wanita, Carole French, mengalami mimpi ngeri apabila berat badannya tetap 38.10 kilogram (kg) meskipun dia makan pelbagai makanan. Ibu dua cahaya mata itu merupakan salah seorang daripada dua individu di dunia yang dikesan mengalami masalah badan mereka tidak boleh menyimpan lemak.

Sampah Elektronik Dari China

China adalah negara penghasil Sisa-Elektronik (E-Waste) kedua terbesar di dunia dengan kira-kira 1 juta tan sisa elektronik dihasilkan setahun . Selain itu , China juga merupakan pengimport terbesar sisa elektronik dari seluruh dunia . Ia mengumpul sekitar 70% sisa elektronik setahun  ( 20-25 juta tan ) .  

Comelnyee...Anak-Anak Ayam Yang Berwarna-Warni

Teringat dulu-dulu masa kecik-kecik encik Billy pernah bela anak ayam berwarna-warni macam ni...masa tu memang popular dekat kawasan kampung, tak silap ada tauke Cina jual seekor seringgit, sekarang ni dah takde rasanya. Anak-anak ayam ini sebenarnya telah diwarnakan dan akan kembali ke warna asal bila dah besar...

Ikan Keli Albino Terbesar

Ikan gergasi ini membolehkan seorang pemancing warga Britain mencatatkan rekod baru. Ikan itu, yang ditangkap oleh Chris Grimmer adalah ikan keli albino paling besar pernah ditangkap oleh seorang pemancing. Ikan sepanjang 2.44 meter itu dan seberat 88 kilogram adalah satu kilogram lebih berat daripada yang ditangkap oleh wanita buta, Shelia Penfold, tahun lalu. Chris, 35, menghabiskan masa 30 minit untuk cuba menaikkan ikan keliberkenaan selepas ia memakan umpannya. Pemancing berasal dari Sheffield itu meraikan kejayaannya mencatatkan rekod baru itu dengan mengadakan jamuan bersama rakannya di tebing Sungai Ebro, berhampiran Barcelona, Sepanyol.

Haram Bekal, Jual Colour Crystal Ball

Kerajaan hari ini mengumumkan larangan penjualan Colour Crystal Ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan. Kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam di dalam perut manusia sehingga menyebabkan usus kanak-kanak pecah. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini lapan pembedahan besar telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tertelan Colour Crystal Ball.

Ada Apa Dalam Kaa'bah?

Rasanya ramai yang tak tahu (termasuklah Encik Billy sendiri) tentang apa yang ada di dalam Kaa'bah? Hanya orang-orang tertentu saja yang dibenarkan masuk ke dalam Kaa'bah. Pintu Kaa'bah sendiri hanya dibuka 2 kali setahun iaitu sebelum Ramadhan dan sebelum musim Haji. Jadi tak ramai yang tahu tentang isi bangunan yang menjadi kiblat umat Islam di seluruh dunia ini. Pemegang kunci Kaa'bah, Syeikh Abdul Qadir mengatakan lantai Kaabah dibuat dari granit berwarna putih dan sebahagian dindingnya juga dilapisi granit. Di dalamnya terdapat sebuah hijab berwarna Hijau, emas, Perhiasan, dan pintu Taubat. Pintu ini dibuat daripada emas.  

Tindik Permata Dalam Mata Jadi Trend

Tindik Mata - adalah proses implantasi permata kecil di permukaan mata . Ia adalah perhiasan yang direka khas dengan diameter kira - kira hanya 3.5 mm . Prosedur untuk implantasi   di mata ini mengambil masa kira - kira lima belas minit dan memerlukan kos antara $ 600 - $ 1200 (RM 1800 - 3600) .

20 Lagu Raya Paling Popular di Malaysia

Kini pelbagai lagu Raya Aidilfitri berkumandang dalam semua stesen radio. Bukan sahaja radio berbahasa Melayu, kita juga pernah mendengar ada stesen radio berbahasa Inggeris tidak ketinggalan untuk turut menyiarkan lagu raya. Ia tidaklah satu kejanggalan. Di stesen radio berbahasa Inggeris terdapat juruhebah atau petugasnya orang Melayu atau sekurang-kurangnya beragama Islam yang sama-sama menjalani ibadat puasa. Ini untuk mengambil mood atau menggambarkan suasana menjelang raya. Tambahan pula, Hari Raya Aidilfitri adalah antara perayaan utama negara kita. Semua bangsa dan kaum di negara ini, sudah faham sangat.

Canggih...Belon Untuk Bawa Pelancong Lihat Bumi di Angkasa Lepas

Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013. Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi. Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut selama lima jam. Para pelancong akan menikmati pemandangan Bumi. Kapsul tersebut direka supaya mereka boleh memakai baju-T semasa berada di dalamnya.

Diet Harian Yang Perlu Diambil Untuk Menjadi Manusia Tergemuk di Dunia

Susanne Eman Casa Grande , berasal dari Arizona - kini se berat 720 paun - berharap untuk menjadi wanita paling gemuk sepanjang zaman dan mengatasi rekod wanita tergemuk sebelum ini yang memiliki berat 1600 pound .      

Macam-Macamlah Mr. Bean oiii...!!!

Tamak sungguh Mr. Bean ni...semua dia nak jadi!

5 Tandatangan Termahal di Dunia

1. Tandatangan William Shakespeare Banyak yang percaya bahawa tandatangan milik William Shakespeare adalah tandatangan yang termahal di dunia. Hanya ada 6 tandatangan beliau yang asli dan setiap satu dikatakan bernilai sekitar $ 5 juta (RM 15 juta). 2. Tandatangan Presiden AS Abraham Lincoln Surat yang ditandatangani Presiden AS Abraham Lincoln pada 8 Januari 1863 yang menyatakan sokongan beliau terhadap proklamasi emansipasi dilelong dengan harga $ 748,000 (RM 2, 244000) pada tahun 1991.

Mengagumkan...Penemuan Luar Biasa di New Guinea

Seekor katak bertaring, ular buta dan dolfin berkepala bulat adalah antara lebih daripada 1,000 spesies baru yang ditemui baru-baru ini di kepulauan Melanesia di New Guinea. Turut ditemui ialah yu sungai dan berdozen-dozen rama-rama.   Laporan terbaru kumpulan alam sekitar Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) mengenai habitat semula jadi pulau itu menyatakan saintis membuat penemuan menakjubkan itu pada kadar dua spesies seminggu dari 1998 hingga 2008. “Laporan ini menunjukkan New Guinea mempunyai hutan dan sungai yang antara lain berbiodiversiti paling kaya di dunia,” kata wakil program Barat Melanesia WWF, Neil Stronach.

Inilah Pemegang Kunci Kaa'bah, Juga Pelbagai Jenis Kunci Kaa'bah Sepanjang Zaman

Mungkin inilah jawatan yang diimpikan kebanyakan umat Islam, iaitu sebagai pemegang kunci Kaabah. Ianya adalah posisi yang diberikan secara langsung oleh Nabi Muhammad setelah menguasai Makkah ketika itu. Setelah menghancurkan semua berhala dalam Kaabah dan bangunan itu dimandikan, Nabi Muhammad lantas menyerahkan kunci-kunci pintu Kaabah kepada Usman bin Taha dan Muthalib, sepupu Othman. "Kunci ini akan tetap anda pegang hingga hari kiamat," kata Nabi.

Keindahan Ladang Tulip di Belanda Yang Berwarna-Warni

Dari jauh, ia kelihatan seperti sebuah kotak krayon gergasi yang digunakan oleh kanak-kanak gergasi untuk mewarna. Namun ia hanyalah sebuah pemandangan biasa yang hanya berlaku pada setiap bulan Mei di Belanda.

Senarai Gaji Presiden dan Pemimpin Dunia Pada 2011

Berikut ialah senarai gaji pemimpin negara di dunia pada  2011 yang dihimpun dari www.presidensby.info , Financial Times , Washington Post dan BBC : Berapa pula gaji Perdana Menteri Malaysia?  Mengikut sumber, pendapatan Datuk Seri Najib adalah sekitar RM 30,000 sebulan atau RM 360,000 ($120, 000) setahun. Itu sudah tentu belum termasuk pelbagai elaun lain bukan? sumber: http://fakta-dan-unik.blogspot.com/, http://wahw33d.blogspot.com

Info Grafik: Liku-Liku Kejayaan Rakyat Libya Menumbangkan Regim Muammar Gaddafi

Game over! Kini, selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli. Pertahanan Gaddafi hancur manakala pemerintahan kuku besinya selama 42 tahun juga berakhir, namun di mana pemimpin Libya itu kini bersembunyi masih tidak dapat dipastikan. Berikut liku-liku kejayaan pemberontak menumbangkan Regim Gaddafi:

10 Bandaraya Paling Bersih di Dunia

Berikut ialah ranking 10 teratas bandaraya paling bersih di dunia pada 2011 yang dikeluarkan oleh firma perunding Mercer: 1. Calgary (Canada)

Laptop Canggih Masa Depan

Sila bersedia...dalam 2 hingga 3 tahun lagi laptop-laptop berikut bakal menjengah pasaran:

Gambar Mr. Bean, Isteri dan Anak-Anaknya

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Mr.Bean mempunyai keluarga yang menjadi idaman kebanyakan keluarga lain. Mempunyai isteri yang jelita , anak- anak yang kacak dan cantik , kehidupan serba lengkap dalam suasana yang harmoni . Hal ini sangat kontra dengan apa yang ditunjukkan Mr. Bean di dalam filem - filem dimana beliau tampil seperti orang bodoh dan melucukan . Berikut ialah profil keluarga Mr.Bean :

Awas Dengan Buah Kurma Tiruan di Pasaran

Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis. Perbezaan kurma tiruan (kiri) dan kurma asli yang kelihatan segar Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah. Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Inilah Dennis Hwang, Pembuat Logo-Logo Google Yang Unik

Google adalah enjin carian terbesar dan paling popular setelah Yahoo! Google bukan hanya membuat inovasi teknologi terkini dengan pengenalan produk-produk tersendiri , malah hal berkenaan logo Google itu sendiri pun diberi perhatian khusus. Anda pasti perasan yang logo Google sentiasa berubah mengikut hari-hari atau perayaan-perayaan tertentu seperti perayaan Krismas dan tahun baru. Tetapi tahukah anda , siapakah di sebalik penciptaan logo - logo Google yang unik itu? Inilah dia, Dennis Hwang ( Hwang Jeong - Riau), orang yang diberi amanah oleh pihak Google untuk mencipta logo-logo Google yang unik dan menarik .  

Kajian Dapati Wanita Bersolek Untuk Pikat Kaum Sejenis

Satu kajian mendapati pendapat bahawa wanita menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin semata-mata untuk menarik perhatian golongan lelaki adalah tidak benar, sebaliknya mereka berdandan untuk menarik perhatian rakan sama jantina. Satu kajian terhadap 2,000 orang oleh jenama penjagaan kulit Simple mendapati dua pertiga berpakaian cantik untuk mendapatkan pujian daripada wanita lain manakala enam daripada 10 orang berusia antara 18 hingga 30 tahun, berkata mereka lebih banyak memikirkan mengenai rakan wanita apabila memilih apa yang hendak dipakai. Lebih satu pertiga berkata pujian sebenar yang diperoleh adalah daripada rakan wanita yang mereka kenali dan bukan daripada golongan lelaki. “Ada satu tanggapan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian jantina bertentangan tetapi kajian ini mendedahkan bahawa ia bukanlah perkara sebenar,” kata Daily Mail yang memetik seorang jurucakap Simple.

Gambar-Gambar Menyedihkan Krisis Somalia

Ketika kita di Malaysia mampu makan sekenyang-kenyangnya (malah sehingga ke tahap membazir), masih ada lagi jutaan insan diseluruh dunia yang terpaksa berperang dengan kelaparan dan kesakitan, mencari sesuap makanan dan seteguk air untuk meneruskan kehidupan.  Krisis taun dan kemarau yang melanda Somalia, merupakan krisis kemanusiaan terbesar di dunia yang pernah dihadapi setakat ini. Daripada populasi sekitar 7.5 juta orang, kira-kira 3.2 juta warga Somalia berada dalam keadaan darurat. 30 ribu kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia dalam 3 bulan terakhir tahun ini, dengan sekitar 640, 000 kanak-kanak lain menghadapi kekurangan gizi yang parah.

20 Fakta Menarik Tentang Gajah

Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat. Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit (ada yang kata 27). Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu. Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan. Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter (kita nak minum 8 gelas pon dah mencungap haha).

Google Plus Kini Sudah Ada 25 Juta Pengguna

Rangkaian sosial terbaru, Google Plus keluaran syarikat Google Inc, telah menarik 25 juta pengguna Internet, sekali gus menjadikan ia laman web paling pantas meraih bilangan pengguna sedemikian ramai. Menurut data yang dikeluarkan firma penjejak, comScore semalam, Google Plus yang dilancarkan lewat Jun lalu, mempunyai 25 juta pengunjung unik setakat 24 Julai lalu dan jumlah tersebut terus meningkat dalam kiraan jumlah kasar sejuta pengunjung setiap hari.

Sabun Mandi Yang Kreatif Tak Hengat !!

Kalaulah sabun-sabun di bawah ni boleh dimakan, kan best? :D Sabun berbentuk biskut oreo

Jam Tangan Untuk Orang Buta

Kini, untuk mengetahui waktu bukan lagi masalah bagi mereka yang cacat penglihatan

Kumpulan Forteen, Kumpulan Pop Vokal Terbaru Malaysia

Kumpulan Forteen yang dianggotai empat jejaka kacak iaitu Ariz, Izzue, One dan Ameer ini diilhamkan oleh KRU   untuk mengimbau semula kehangatan kumpulan vokal lelaki yang pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia pada era 1990-an.

Gambar Orang Tersenyum Mati Syahid

        Alangkah agungnya seorang yang syahid… Di akhirat dia memperoleh kebesaran luar biasa. Dia tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia. Manusia menangis, sedangkan syahid tersenyum… Kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga mengukir senyum di bibir sang syahid, seperti yang kita lihat para Syuhada Gaza berikut ini:

INFO GRAFIK: Sejarah Evolusi Social Networking

Dress Seksi Bertemakan 'Facebook Profile'

Seorang pereka fesyen Romania , Lana Dumitru mencipta pakaian bertemakan Facebook yang agak mendedahkan yang membolehkan anda untuk menunjukkan profil facebook anda . Projek ini adalah sebahagian daripada koleksi projek tahun akhir Lana Dumitru di universitinya dengan tema evolusi wanita 'f rom the initial stage of nudity up to her upgraded virtual level of being’

Justin Bieber Dijadikan Nama Jalan

Sebuah bandar di Forney, Texas telah dinamakan Justin Bieber Way oleh seorang kanak-kanak bernama Caroline Gonzalez. Kanak-kanak berusia 11 tahun itu telah diberi peluang untuk memerintah bandar tersebut selepas terpilih dalam satu acara menjadi Datuk Bandar sehari kepada seluruh penduduknya.

Cool dan Awesome...Hotel Daripada Tiub Konkrit

  Tubo Hotel adalah satu - satunya hotel seumpamanya yang direka khas dari tiub konkrit yang dikitar semula yang disusun d alam bentuk piramid .