Skip to main content

Ikan Keli Albino Terbesar





Ikan gergasi ini membolehkan seorang pemancing warga Britain mencatatkan rekod baru. Ikan itu, yang ditangkap oleh Chris Grimmer adalah ikan keli albino paling besar pernah ditangkap oleh seorang pemancing.


Ikan sepanjang 2.44 meter itu dan seberat 88 kilogram adalah satu kilogram lebih berat daripada yang ditangkap oleh wanita buta, Shelia Penfold, tahun lalu.

Chris, 35, menghabiskan masa 30 minit untuk cuba menaikkan ikan keliberkenaan selepas ia memakan umpannya.

Pemancing berasal dari Sheffield itu meraikan kejayaannya mencatatkan rekod baru itu dengan mengadakan jamuan bersama rakannya di tebing Sungai Ebro, berhampiran Barcelona, Sepanyol.

 

Ikan itu sungguh besar hingga menyebabkan batang pancing Chris bengkok dua apabila haiwan itu memakan umpan palet ikan halibut. Suasana menjadi riuh di tebing sungai dengan orang ramai bersorak dan bertepuk tangan ketika dia menaikkan ikan berkenaan.

Sheila Penfold dari Wandsworth, selatan London, menangkap ikan keli albino seberat 86 kilogram pada Oktober tahun lalu.


Ikan keli terbesar pernah ditangkap di dunia ialah seberat 292 kilogram, Ikan Gergasi Mekong, yang ditangkap di Thailand pada 2005.


 sumber: harian metro

Comments

  1. mak aihh...siap boleh landing sekali tu..
    walopon peminat tegar ikan keli..p x kan makan ikan keli albino ni..uhuu..besau benor..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.