Sunday, October 31, 2010

Capsule Hotel di Tokyo


Sesiapa yang berkeinginan untuk travel ke Tokyo, Jepun sepatutnya merasai pengalaman tingggal di tempat penginapan yang unik ini, sekurang-kurangnya sekali!

Di hotel ini, anda akan tinggal di dalam sebuah sel kapsul dan bukannya sebuah bilik. Kapsul ini hanya berukuran 2x2x6 ft panjang.


Lagi fakta dan gambar menarik:


Bunuh Anak Kerana Ketagih Main Farmville

Inilah akibatnya bila dunia maya dianggap sebagai dunia realiti. Hingga akal tak mampu berfikir secara waras.



Ketagihan terhadap game online Farmville telah menyebabkan satu lagi kematian bayi (sebelum ini pasangan Korea yang terlalu alpa sehingga menyebabkan kematian anak mereka akibat kelaparan).


Saturday, October 30, 2010

Ilusi Optik 5 : Kuningnya Otak!


Post ini dikhaskan untuk lelaki sahaja, tetapi kalau ada pompuan yang nak join, dipersilakan...

Gambar-gambar dibawah ini akan menguji sejauh mana KUNING nya otak anda, terutamanya di kalangan para lelaki...huhu layan jelah.

Apa yang anda nampak? Ketiak atau punggung? Hee hee
Anda mesti terbayang benda lain bukan?
 Lagi gambar-gambar menarik:

Professor Termuda di Dunia

Pada usia 18 tahun lagi, dia sudah diiktiraf sebagai seorang professor.

Inilah dia, Alia Sabur professor termuda di dunia yang diiktiraf oleh Guinness Book of Record

Lagi fakta dan gambar menarik Alia Sabur:

Friday, October 29, 2010

Pantai Berwarna Merah


Red Beach Panjin China


Fakta Ringkas:
  • Diberi nama sebagai Pantai Panjin, ia terletak di Dearah Liaoning, sebuah kawasan penghasil minyak utama di China
  • Merupakan sebuah taman negara berkeluasan 600000 hektar. 
  • Sebab utama kawasan ini berwarna merah adalah kerana sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan pantai dan muara sungai Panjin. 
  • Tumbuhan ini diberi nama Tanaman Laut Blite yang mulai tumbuh pada setiap April atau Mei. Awalnya, tumbuhan ini berwarna hijau, dan berubah menjadi merah secara berperingkat. 
  • Pemandangan indah pantai berwarna merah ini hanya terjadi di kawasan lumpur yang rata di Panjin. Meskipun tumbuhan ini turut tumbuh di kawasan pesisir lainnya, tetapi tidak bertukar warna kepada merah.
Lagi gambar-gambar menarik:

Kanak-Kanak Dengan 31 Jari

 Walaupun dikategorikan sebagai cacat, namun inilah keunikan yang dimiliki oleh seorang kanak-kanak di China. Mempunyai 31 jari tangan dan kaki, malah turut mempunyai sepasang jari tangan berkembar tiga!


Lagi gambar-gambar menarik:

Wednesday, October 27, 2010

Sebab Mengapa Facebook Berwarna Biru


Bagi yang belum tahu, ini satu fakta yang menarik tentang Facebook. Kenapa Facebook berwarna biru?

Mengikut petikan sebuah majalah, The New Yorker, pengasas Facebook Mark Zuckerberg merupakan seorang yang buta warna merah dan hijau, sehingga warna yang dapat dilihatnya paling baik adalah warna Biru.


The reason Facebook is blue: Zuckerberg is colorblind
. According to The New Yorker, Zuckerberg is red-green colorblind, which means the color he can see best is blue. That also happens to be the color that dominates the Facebook website and mobile app. 

“Blue is the richest color for me,” he told the magazine. “I can see all of blue.”

Laut Paling Jernih di Dunia




Inilah laut paling jernih di dunia. Lagi jernih dari air di Pulau Sipadan.



Fakta ringkas:
  • Dinamakan sebagai Laut Weddell, kawasan ini terletak di perairan Antartika, di Kutub Selatan.
  • Berdasarkan penelitian para pengkaji dari institut Alfred Wegner pada 13 Oktober 1986, sebuah piringan bernama Secchi Diskyang telah ditenggelamkan sehingga kedalaman 262 kaki atau 79.8 meter, masih dapat dilihat jelas dari permukaan air.
  • Tahap kejernihan seperti ini hanya mampu dicapai oleh air suling asli.
.

Tuesday, October 26, 2010

Sotong Ajaib Paul Meninggal Dunia

Berita sedih okay! Sediakan tisu bebanyak.

Berita sedih tentang sotong kesayangan ramai ini bersumberkan Utusan Malaysia.



Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.


“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.

Saya menangis teresak-esak! (v_v)
.

Ular Berkepala Lima

Ouh..kagum, sungguh kagum!. First time rasanya saya tengok ular berkepala lima. Sebelum ni paling banyak pun tengok ular berkepala dua sj. Jika betul ia berkepala lima, maka ia mesti mempunyai 5 mulut dan 10 biji mata!


Tapi tertanya-tanya juga; biar betul ada ular berkepala lima? Siapa boleh bagitau saya kalau2 gambar-gambar ular ni betul (ori) atau just fake. Sebab benda2 macam ni kadang-kadang boley je dibuat guna photoshop.


Anyone?


sumber gambar: anonymous (received by email)

Persahabatan Aneh Di Antara Kucing dan Tikus

Mungkin sukar bagi anda untuk mempercayai bahawa terdapat kucing dan tikus yang boleh hidup sekali. Apatah lagi kucing dan tikus ini adalah 'kawan rapat' masing-masing. Malah tidak keterlaluan, mereka kelihatan seperti pasangan yang sedang bercinta!


The New iPhone 5 Preview

I believe that technology can go this far...


video


Bersediakah anda?

Hahaha....
.

Sunday, October 24, 2010

Kembar Siam Ajaib

Kelahiran kembar siam adalah fenomena yang jarang-jarang sekali berlaku. Dalam kebanyakan kes, kembar-kembar siam ini dipisahkan sejak kecil lagi bagi mengelakkan komplikasi ketika membesar kelak.

Namun gambar-gambar di bawah ini membuktikan terdapat beberapa kembar siam ajaib yang boleh hidup secara normal tanpa melakukan pembedahan pemisahan. Jom kita usha...



Lagi gambar-gambar dan fakta menarik:

Kembar Siam Di kalangan Haiwan



Sesungguhnya setiap ciptaan Tuhan itu mempunyai Hikmahnya yang tersendiri. Dan ini sebahagiaan daripada tanda-tanda kebesaranNya

 





Video Kahwin Gempak

  1. Video perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin, anak tauke NAZA tu. Suka konsep fairytale wedding yg digunakan. Nampak macam perkahwinan di kayangan..

  video

       2. Video perkahwinan Dr. Sheikh Muzaphar dan Dr. Harlina. Jujurnya video perkahwinan Nadia nampak lebih gempak. Tapi lebih suka video ni sebab nampak lebih kesederhanaannya.

video


Saturday, October 23, 2010

Keajaiban Alat-Alat Make-Up


Patutlah ada seorang rakan pernah memberitahu saya; buat bisnes dalam bidang kecantikan memang tak akan pernah rugi. Sebab marketnya memang dah ada. Semua perempuan nak kelihatan cantik! Baik yang kerja besar, kerja kecik, yang tak lawa, yang dah lawa sekalipun tetap nak kelihatan cantik.

Ada ke yang nak kelihatan hodoh? Takde kan...

Dan bila tengok gambar-gambar kat bawah ni, no wonderlah...!

 
 

Lagi gambar-gambar menarik:

Acara Tarik Tali Gergasi


Satu pertandingan tarik tali di Jepun dengan menggunakan tali gergasi sepanjang 200 meter dan seberat 43 tan berlangsung di Pulau Okinawa baru-baru ini.


Burger McD Tak Busuk Selama 6 Bulan


Burger daging dan kentang goreng McDonald's didapati tidak busuk selama enam bulan selepas ia dibiarkan berada di atas pinggan di dalam apartmen seorang wanita, Sally Davies di New York.


Susu Termahal Di Dunia, Susu Tikus

 

Fakta Ringkas:
  • 1 Liter susu tikus berharga 23 ribu euro atau bersamaan dengan  97 ribu ringgit Malaysia
  • Susu ini digunakan dalam bidang perubatan untuk membasmi penyakit Malaria
Persoalannya sekarang, mengapa harga susu ini terlalu mahal? Sedap sangatkah rasa susu ni?


Friday, October 22, 2010

Bra (Baju Dalam Wanita) Tertua Di Dunia

 Alat penahan dada atau bra ini didesain sejak dahulu kala lagi untuk memperkukuh dan memperelok belahan dada wanita sebagaimana bra moden pada masa kini.

Fakta Ringkas:
  • Berusia lebih dari 200 tahun, dihasilkan sekitar tahun 1800
  • Ditemui berada dalam simpanan Museum Science di London
  • Bra ini terkenal pada tahun 1990 dengan jolokan 'Hello Boys' dan diperagakan oleh model Eva Herzigova

Traffic Jam Terburuk di Seluruh Dunia

1. Malaysia



2. Tokyo, Japan


3. Moscow



4. Sao Paulo, Brazil


[Gambar]- Rumah Nabi Muhammad SAW


Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun. 

http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/reruntuhan-rumah-khadijah_o.jpg

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & isteri, Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
.

Penggunaan Kata 'Akum' Untuk Memberi Salam



Ilmu utk dikongsi bersama :

Berdasarkan radio IKIM (91.50 FM), Ustaz Zawawi bercerita tentang sunnah Rasulallah S.A.W.

Antaranya tentang bab memberi SALAM. 

Baginda memberi salam dgn lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Memberi salam – “Assalamualaikum

Menjawab salam – “waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh

Apabila berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata (Contoh) “Kirim salam assalamualaikum pada  ZIZAH ye”.  Bukannya : “Kirim salam kat  ZIZAH ye”

Dan bukannya “Kirim salam maut” – statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Untuk renungan bersama :

  • Maksud “Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot”
  • Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
  • Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi terhadap orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.
  • Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘Hamba-hamba  Binatang Dan  Orang-Orang Sesat ‘.

  • Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataanAs Salam” iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya yang dapat di kongsi bersama..

Thursday, October 21, 2010

4 Filem Wajib Tonton 2011

Filem-filem Malaysia sekarang ni makin canggih. Memang sesuai dgn taste Billy  yang suka cite ala2 sains fiksyen  dan banyak CGI. Berikut adalah filem2 yang Billy rasa wajib Billy tonton pada tahun depan. 


1. Filem Hikayat Merong Mahawangsa

video
     
Filem yang sangat ditunggu-tunggu. Berkisar tentang kesultanan tertua di Malaysia, lebih tua daripada kesultanan Melaka. Menariknya filem ni, ia menggabungkan bukan sahaja tamadun Melayu, malah tamadun empayar Rom dan China. Tengok trailer nampak cam gempak. Harap2 cerita pun gempak juga.

Syarikat produksi: KRU Films
Arahan: Yusri Ab Halim
 Bahasa: English(70%), Melayu (30%)
Pelakon: Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrikorman, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida


2. Filem Mantera

video
    
Juga antara filem yang paling ditunggu-tunggu. Cerita ni ala-ala filem Transformer dan filem Ironman tetapi versi Melayu. Menggunakan teknologi CGI canggih, filem ini merupakan kerjasama antara produksi Malaysia dan produksi Rusia. Memang teruja nak tengok filem ni. 

Syarikat produksi: Flare Studios Sdn.Bhd Spacetoon International
Arahan: Mohd Aliyar Ali Kuthy
Bahasa: Melayu, English
Pelakon: Syah Indrawan (Tomok) Shiqin Kamal Faezah Elai Wael Al Masri Dasha Kamaliya Jayson Lee Yit Zhing Yank Kassim Release date: 2010


3. Filem HAQ

video
Ini bukan cite the Hulk. Nama saja macam cite the Hulk tapi cite ni berkisar pasal kuasa superhero yang dianugerahkan kepada dua orang adik beradik. Salah seorang drp mereka berubah menjadi jahat, maka terjadilah pergaduhan antara kuasa jahat dan kuasa baik. Cite ni macam cerita Dragon Ball pun ada jugak.

Syarikat produksi: KasehDia Pictures dan Black Box Pictures
Arahan: Fairuz Loy dan C.L Hor
Bahasa: Melayu
Pelakon: Zul Huzaimi, Nanu Baharudin, Adi Putra, Raja Farah dan Fatimah Abu Bakar 


4. Filem Libas

video

Ini macam cite soccer kid, tapi berkisar tentang permainan tradisi, Takraw. Agak menarik untuk ditonton tapi efek CGI yg digunakan agak berlebihan pula...harap2 real movie nanti best le. 

Terbitan: MDAG Marketing Sdn Bhd
Arahan: Jurey Latif 
Bahasa: Melayu, Siam
Pelakon: Rosyam Nor, Scha dan Zek Zamri 

 

Wednesday, October 20, 2010

Kemaluan Wanita Dimasuki Ular Sawa Jumbo


 Tragis, memang tragis. Lucu pun ada.

Walau setiap hari sudah biasa bermain dengan ular yang menemani wanita ini dalam setiap pertunjukannya, penari ular ini tiba-tiba terkejut dan menjerit histeria saat haiwan yang membantunya untuk mencari nafkah tersebut tiba-tiba menyusup masuk kebahagian kemaluannya.

Hahaha! (tergelak besar)

Makanan Tradisi Terpanjang di Dunia

Echilada sepanjang 70 meter
 Penduduk di Iztapalapa di sini memasak makanan tradisional Mexico, Enchilada sepanjang 70 meter dalam usaha mereka untuk mencatat rekod dunia.

Tuesday, October 19, 2010

Gambar-Gambar Paling Menyedihkan

 Sedih. Mata rasa pedih. Air mata bagai nak mengalir bila tengok gambar-gambar di bawah ni...where is exactly the sense of humanity in all of us?

Starving boy in Africa. Lihatlah tangan budak ni. Hanya kulit yang membaluti tulang. Tak ada isi langsung..sukar dibayangkan penderitaan yang dihadapi oleh mereka di sana.
Palestine Father Saving Son : Muhammand al-Durrah, 12 tahun ditembak mati oleh askar Israel. Bapa budak ni, yang cuba melindungi anaknya turut ditembak sama. Video dirakam live oleh dua org France cameraman. Rasa nak nangis bila tengok gambar ni.

Seorang kanak2 Sudan yg sedang kelaparan, diperhatikan oleh seekor burung helang pemangsa. Tiada siapa yg tahu apa yg terjadi kpd kanak2 ini. Jurugambarnya, Kevin Carter yg memenangi hadiah Pulitzer Prize akhirnya membunuh diri 3 bulan selepas dia merakamkan gambar ini.

Katak Terkecil di Dunia Ditemui di Hutan Malaysia



Seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya menemui spesies katak yang dipercayai terkecil di dunia berukuran antara 10.6 milimeter (mm) hingga 12.88mm ketika ekspedisinya di Taman Negara Kubah, Matang.


Monday, October 18, 2010

' I Love You' in Different Languages



je t'aime in France

Ek is lief vir jou in Afrikaans

i love you in Albanian

aku cinta kamu in Malaysia

i love you in dutch


seni seviyorum in Turkish
 
Jag älskar dig in Swedish

te quiero in Spanish

я тебя люблю in Russian

eu te amo in Portuguese


당신을 사랑합니다
dangsin-eul salanghabnida in Korean
ataupun Saranghaeyo!


わたしは、あなたを愛しています
Watashi wa, anata o aishite i masu in Japanese


मैं तुमसे प्यार करता हूँ
Maiṁ tumasē pyāra karatā hūm̐ in Hindi
 

我愛你
Wo ai nie in Chinese (Tradisional)



But all in all me must first......
--> peringatan tulus dari saya...encik Billy (0_0)

Evolusi Produk-Produk Syarikat Apple Inc.

"Teknologi canggih pada hari ini memungkinkan perkakas-perkakas yang dahulunya bersaiz besar, kini semakin kecil, ringan dengan prestasi yang dipertingkatkan. Tetapi di Apple Inc, inovasi kami semakin 'membesar'. Inilah teknologi masa depan." Ucap Steve Jobs, CEO syarikat Apple Inc.

Hehehe...

Petikan kata-kata Steve Jobs di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tiada yang benar melainkan bohong belaka. Heheh.

Sumber: http://bloghensem.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails