Fakta Ringkas:
- 1 Liter susu tikus berharga 23 ribu euro atau bersamaan dengan 97 ribu ringgit Malaysia
- Susu ini digunakan dalam bidang perubatan untuk membasmi penyakit Malaria
Ternyata bukan senang untuk memperoleh susu tikus. Proses selama 30 minit cuma menghasilkan 0.25 cubic sentimeter susu atau satu perseribu liter. Untuk mendapatkan 1 liter susu, memerlukan sebanyak 4000 ekor tikus. Justeru tidak hairanlah harga susu ini terlalu mahal.
Susu tikus dipakai sebagai kajian para saintis. Genetik tikus diubah sehingga terhasil zat yang diperlukan untuk membasmi bakteria malaria. Kalau begitu, kenapa pula para saintis menggunakan susu tikus dan bukannya susu lembu yang jauh lebih murah?
Tikus adalah haiwan kesukaan para saintis genetik kerana DNA tikus sudah begitu banyak diketahui, jauh lebih banyak dari DNA haiwan lain. Justeru lebih mudah untuk melakukan eksperimen. Ribuan haiwan diperlukan untuk setiap kali uji kaji dan adalah lebih praktikal memelihara ribuan tikus berbanding ribuan lembu atau haiwan lain.
Untuk rekod, seekor lembu mampu menghasilkan sekitar 10 ribu liter susu dalam tempoh setahun. Ini bersamaan dengan 7 kali ganda berat badannya.
Seekor kambing pula mampu menghasilkan susu sebanyak 12 kali lebih berat berbanding berat badannya dalam setahun.
Rekod terbanyak dipegang oleh ikan paus biru. Dalam waktu satu hari sahaja ikan ini mampu menghasilkan sebanyak 600 liter susu. Susu ini penuh lemak, sehingga bayi ikan paus jika meminum susu ibunya mampu menambah berat badan sehingga 100kg sehari.
Owh,xnkla minum susu ikan paus..:D
ReplyDeleteaku nk gemok.. kena minum susu ikan paus la eh.. kt mana ada jual eh? haha..
ReplyDeletetikus bukan haiwan pengotor ke.baik minum susu lembu or kambing.terbaik dari ladang!yang penting susu ibu lagi berkhasiat.
ReplyDeleteSolihin: susu ikan paus tu kan byk kat kedai...beli jelah..ahaha, entah xtau aku kt mana jual
ReplyDeleteArisa: susu ibu bila dah besa mcm ni ssh nk cari..hehehe...susu lembu/kambing jd pilihan
ReplyDeletehahahaha....ade jugak macam ni. susu tikus..
ReplyDeleteyup2 kwn sy ade buat kajian tesis die ttg mencit (tikus kecil) dengan malaria dgn menggunakan herba cina....kepada mencit kawalan yg xdisuntik ape2 virus malaria....ade peningkatan @ perubahan terhadap penyakit tersebut....maka...susu mencit ni mmg sdg dibuat kajian lebih lanjut! huhuhu so bile tgk info ni sy phm la
ReplyDeletenadey: info yg menarik k! baru tau tikus kecil dipanggil mencit
ReplyDelete