Skip to main content

Susu Termahal Di Dunia, Susu Tikus

 

Fakta Ringkas:
  • 1 Liter susu tikus berharga 23 ribu euro atau bersamaan dengan  97 ribu ringgit Malaysia
  • Susu ini digunakan dalam bidang perubatan untuk membasmi penyakit Malaria
Persoalannya sekarang, mengapa harga susu ini terlalu mahal? Sedap sangatkah rasa susu ni?


Ternyata bukan senang untuk memperoleh susu tikus. Proses selama 30 minit cuma menghasilkan 0.25 cubic sentimeter susu atau satu perseribu liter. Untuk mendapatkan 1 liter susu, memerlukan sebanyak 4000 ekor tikus. Justeru tidak hairanlah harga susu ini terlalu mahal.

Susu tikus dipakai sebagai kajian para saintis. Genetik tikus diubah sehingga terhasil zat yang diperlukan untuk membasmi bakteria malaria. Kalau begitu, kenapa pula para saintis menggunakan susu tikus dan bukannya susu lembu yang jauh lebih murah?

Tikus adalah haiwan kesukaan para saintis genetik kerana DNA tikus sudah begitu banyak diketahui, jauh lebih banyak dari DNA haiwan lain. Justeru lebih mudah untuk melakukan eksperimen. Ribuan haiwan diperlukan untuk setiap kali uji kaji dan adalah lebih praktikal memelihara ribuan tikus berbanding ribuan lembu atau haiwan lain.


Untuk rekod, seekor lembu mampu menghasilkan sekitar 10 ribu liter susu dalam tempoh setahun. Ini bersamaan dengan 7 kali ganda berat badannya.

A climate change criminal yesterday

Seekor kambing pula mampu menghasilkan susu sebanyak 12 kali lebih berat berbanding berat badannya dalam setahun.



Rekod terbanyak dipegang oleh ikan paus biru. Dalam waktu satu hari sahaja ikan ini mampu menghasilkan sebanyak 600 liter susu. Susu ini penuh lemak, sehingga bayi ikan paus jika meminum susu ibunya mampu menambah berat badan sehingga 100kg sehari.



Comments

  1. Owh,xnkla minum susu ikan paus..:D

    ReplyDelete
  2. aku nk gemok.. kena minum susu ikan paus la eh.. kt mana ada jual eh? haha..

    ReplyDelete
  3. tikus bukan haiwan pengotor ke.baik minum susu lembu or kambing.terbaik dari ladang!yang penting susu ibu lagi berkhasiat.

    ReplyDelete
  4. Solihin: susu ikan paus tu kan byk kat kedai...beli jelah..ahaha, entah xtau aku kt mana jual

    ReplyDelete
  5. Arisa: susu ibu bila dah besa mcm ni ssh nk cari..hehehe...susu lembu/kambing jd pilihan

    ReplyDelete
  6. hahahaha....ade jugak macam ni. susu tikus..

    ReplyDelete
  7. yup2 kwn sy ade buat kajian tesis die ttg mencit (tikus kecil) dengan malaria dgn menggunakan herba cina....kepada mencit kawalan yg xdisuntik ape2 virus malaria....ade peningkatan @ perubahan terhadap penyakit tersebut....maka...susu mencit ni mmg sdg dibuat kajian lebih lanjut! huhuhu so bile tgk info ni sy phm la

    ReplyDelete
  8. nadey: info yg menarik k! baru tau tikus kecil dipanggil mencit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.