Friday, August 31, 2012

Inilah Restoren McD Pertama di Malaysia





Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.


Sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac percuma pada setiap minggu selama setahun!

Bila 2 Manusia Paling Kerdil di Dunia Bertemu...







Dua manusia paling kerdil di dunia dipertemukan untuk kali pertama bagi meraikan pertubuhan yang membantu mempopularkan ‘kelebihan’ mereka.

Lelaki paling rendah di dunia, Chandra Bahadur Dangi, 72, bersemuka dengan wanita paling rendah di dunia, Jyoti Amge, 18, sempena pelancaran edisi terkini buku Rekod Dunia Guinness.

Eskalator Terpendek di Dunia, Hanya di Jepun





Eskalator ini mempunyai ketinggian hanya 834 mm dan hanya terdiri dari 5 anak tangga saja. Ia terletak di Kawasaki More's Department Store di Jepun.


Thursday, August 30, 2012

Pelajar Wanita Satu Kelas Hamil Serentak





Gila! Entah apa yang ada di fikiran para remaja perempuan yang belum genap umur 17 tahun ini. Mereka yang masih berstatus pelajar di Gloucester High School di Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat untuk hamil secara serentak.


Peristiwa yang mengejutkan ini bermula sebaik sahaja musim cuti panas berakhir. Ketika mereka kembali ke sekolah, ternyata diketahui 17 pelajar hamil secara serentak. Uniknya mereka tidak hanya dari satu sekolah, tetapi juga satu kelas yang sama. Di sekolah tersebut, memang setiap kali berakhir musim cuti akan diadakan ujian kehamilan.

Wednesday, August 29, 2012

Fenomena Gangnam Style Menular di Seluruh Dunia






Namanya tiba-tiba menjadi sebutan satu dunia. Hanya kerana sebuah klip video yang dia muat turun di laman YouTube, siapa sangka video itu mengubah hidup Psy kepada seorang superstar.

Jika di Korea Selatan, kehadirannya di persada seni bagaikan tidak ‘bernyawa’ lantaran fizikalnya yang tidak kacak, berbadan gempal dan hanya jadi bahan gurauan, berlainan pula pandangannya di sebelah Barat.

Bagaikan ‘virus’ muzik 2012, lagu Gangnam Style kini menular di mana-mana sehinggakan dalam masa beberapa hari saja, jumlah tontonan video lagu berkenaan di YouTube mendadak sehingga lebih 70 juta.
 

Tuesday, August 28, 2012

Canggih, China Cipta Kereta Yang Boleh Dipandu Dengan Remote Control







BYD Auto telah mengeluarkan satu model baru sedan F3, salah satu kompak terlaris di China.Sedan itu diberi nama F3 Su Rui, dengan harga bermula dari RMB 65900 (RM32, 300) untuk kuasa asas 109 hp dengan varian 1.5 liter.

Tetapi yang paling menarik pada model ini ialah ciri Remote Driving - yang mana kereta boleh dipandu hanya dengan remote control tanpa memerlukan pemandu berada di dalam kereta.



Alat Kelamin Remaja Putus Ketika Dikhatankan






Alat kelamin seorang remaja terputus ketika  dikhatankan dalam majlis khatan beramai-ramai di Padang, Sumatra Barat. Akibatnya remaja bernama Irfan itu perlu dirawat di Rumah Sakit Umum Muhammad Djamil, Padang. Keadaan remaja berusia 10 tahun itu terus memburuk semenjak peristiwa itu. Demikian hasil pantauan pasukan SCTV.

Monday, August 27, 2012

Katak Terbesar di Dunia di Afrika, Yang Turut Dijadikan Sebagai Lauk-Pauk!





Di dunia terdapat ribuan spesies katak, masing-masing mempunyai karakter dan sifat yang tersendiri baik dari segi ukuran mahupun habitat yang mereka tinggal. Terdapat beberapa spesies katak beracun bahkan boleh mendatangkan kematian bagi manusia. Ada juga katak yang mempunyai ukuran sangat luar biasa besar, spesies ini terdapat di Afrika. Dikatakan di kawasan tersebut katak ini dimakan juga sebagai lauk.


Reaksi Samsung Setelah Kalah Kepada Apple di Mahkamah





Selepas setahun pertikaian di mahkamah membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad.


Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple.

Berikut reaksi Samsung selepas keputusan mahkamah tersebut:
 Today's verdict should not be viewed as a win for Apple, but as a loss for the American consumer. It will lead to fewer choices, less innovation, and potentially higher prices. It is unfortunate that patent law can be manipulated to give one company a monopoly over rectangles with rounded corners, or technology that is being improved every day by Samsung and other companies. Consumers have the right to choices, and they know what they are buying when they purchase Samsung products. This is not the final word in this case or in battles being waged in courts and tribunals around the world, some of which have already rejected many of Apple's claims. Samsung will continue to innovate and offer choices for the consumer.

Saturday, August 25, 2012

Kenapa Tapak Kaki dan Ketiak Tidak Tahan Geli?


Ketiak dan telapak kaki kepada hampir sebahagian besar dari kita merupakan bahagian tubuh yang paling tidak tahan geli. Kenapakah kedua-dua bahagian ini paling sensitif dan tidak tahan jika digelitik atau disentuh?


Sesetengah orang mungkin memiliki bahagian sensitif yang berbeza, kerana pada titik tersebut menghasilkan refleks geli dengan tahap yang bervariasi atau bahkan tidak sama sekali. Seseorang mungkin memiliki daerah sensitif di mana orang lain tidak merasakan apapun.

Telapak kaki dan ketiak merupakan dua bahagian dalam tubuh yang paling sensitif bagi kebanyakan orang. Hal ini kerana pada telapak kaki memiliki konsentrasi Meissner’s corpuscles yang lebih tinggi. Hujung dari saraf ini akan membuat telapak kaki memiliki kadar geli yang lebih tinggi daripada bahagian tubuh yang lain.

Friday, August 24, 2012

Kondom Pertama di Dunia Ciptaan Orang Mesir Kuno





Dari catatan sejarah, kondom telah digunakan sejak beberapa ratus tahun lalu. Sekitar tahun 1000 sebelum Masihi orang Mesir kuno menggunakan linen sebagai sarung kemaluan untuk mencegah diri mereka dari penyakit.


Tahun 1500 untuk pertama kali diperkenalkan diskripsi dan percubaan alat mencegah penyakit berupa kondom di Itali. Ketika itu Gabrielle Fallopius mengatakan menemui sarung terbuat dari bahan linen dan sarung tersebut telah diuji cuba pada 1100 orang lelaki dan kini dikenali sebagai kondom. Dari percubaan itu tidak satu pun dari mereka yang mendapat jangkitan penyakit sifilis.

Thursday, August 23, 2012

Tiger Stone, Mesin Membuat Jalan di Belanda






Block paving merupakan alternatif pengganti kepada tar. Sering digunakan pada jalan-jalan di mana lalu lintas kenderaan relatif tidak sibuk dan untuk tujuan estetik. Proses penyusunan block paving ini biasanya masih dilakukan secara manual yang memerlukan penggunaan banyak tenaga kerja, waktu dan seringkali membuat sakit pada pinggang dan lutut kepada para pekerja. 


Vanku BV, sebuah syarikat  dari Belanda mempunyai penyelesaian untuk mengatasi masalah ini dengan mencipta mesin penyusun block paving yang dinamakan Tiger Stone.

Gambar Putera Harry Tanpa Seurat Benang Cetus Kontroversi





Bukan Putera Harry namanya jika tidak jauh dari kontroversi. Bukan sekali dua putera yang merupakan salah satu pewaris takhta kerajaan diraja British itu, melakukan hal yang dapat mencoreng arang keluarga kerabat diraja itu.


Dua buah foto yang menampilkan dirinya sedang telanjang bulat bersama seorang wanita beredar di laman web berita selebriti TMZ, selasa (21/8/2012) lalu.

Seperti dikeluarkan dalam laman web tersebut, gambar itu diambil ketika Harry bersama rakannya terlibat dalam permainan billiard di bilik VIP Suite di sebuah hotel mewah di Las Vegas, AS.

Wednesday, August 22, 2012

Alat Solek Boleh Bawa Maut





Sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, penyelidik memberi amaran.


Mereka mendapati bahawa Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah dapat menghalang proses di mana otot termasuk jantung, menerima isyarat dari otak.

Dalam ujian ke atas tikus, mereka mengakui satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan dan memberi amaran ada bukti kukuh ia mungkin menjejaskan kesihatan manusia.

Namun pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras triclosan dalam produk adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding di mana manusia akan terdedah.

Monday, August 20, 2012

Pemenang Ratu Cantik Miss World 2012 Dari China





Seorang guru muzik dari negara China, muncul juara pertandingan Miss World 2012 yang diadakan di Ordos, bandar perlombongan di gurun Gobi, China semalam. 


Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Miss Wales, Sophie Moulds dan Miss Australia, Jessica Kahawaty. Seramai 116 peserta menyertai pertandingan tahunan ini.

Siaran langsung pertandingan akhir edisi ke-62 ini dikatakan ditonton oleh satu billion orang menerusi televisyen. Pemenang dipilih daripada 7 peserta yang layak ke peringkat akhir iaitu China, Jamaica, Sudan Selatan, India, Australia, Brazil dan Wales. Bersama 7 peserta akhir ini turut mengiringi mereka pada separuh akhir terdiri daripada wakil Mexico, England, Sepanyol, Filipina, Amerika Syarikat, Belanda, Indonesia dan Kenya.

(GAMBAR) Cara Orang Bangladesh Pulang Ke Kampung Menyambut Raya








Friday, August 17, 2012

Devil`s Swimming Pool : Kolam Renang Paling Menyeramkan Di Zimbabwe





Sesuai namanya Devil`s Swimming Pool, kolam renang ini dikatakan sebagai yang paling berbahaya di dunia. Devil`s bukanlah buatan manusia tapi merupakan kolam air semulajadi di air terjun terbesar yang terletak di perbatasan Zimbabwe dengan Zambia.


Deretan batu semulajadi  yang terletak di bibir jurang dan ceruk di hujung air terjun dapat dijadikan tempat berenang ketika air sedang cetek dan tidak deras.

Biasanya antara September hingga Disember, para perenang bahkan dapat berenang ke dasar jurang dari hujung air terjun itu tanpa perlu takut terseret deras airnya.

Kesan Buruk Makan Kuning Telur Sama Seperti Merokok






Meskipun kuning telur kaya dengan nutrisi, tetapi memakan kuning telur secara kerap boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. 


Para pakar kesihatan menemui bahawa mengambil kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis, penyakit arteri koroner, seperti halnya merokok.

Dr. David Spence dari Western University , Kanada, dan pasukannya meneliti lebih dari 1200 pesakit di London Health Sciences Centre’s University Hospital. Mereka menemukan bahawa mengambil telur secara teratur, dua per tiga sama buruknya dengan merokok. Dengan kata lain, baik merokok mahupun memakan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis.

Thursday, August 16, 2012

Cara Kenali Lelaki Gay





Check it out...


Pasangan Lelaki Sewa Bilik, Lakukan Seks Songsang di Bulan Ramadan






Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Dua remaja lelaki bernafsu songsang dicekup dalam keadaan bogel berpelukan atas katil di sebuah tempat penginapan, dekat Pantai Sura, petang semalam.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Wow, Villa Mewah Di Atas Bumbung Pasaraya







Di sesebuah bandar raya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, tanah boleh menjadi komoditi yang terlalu sukar diperoleh.


Namun, bagi penghuni vila luar biasa di bandar Zhuzhou di Hunan, tanah tidak lagi menjadi halangan kepada mereka. Disebabkan tiada kawasan lapang sesuai untuk dibangunkan rumah mewah yang lengkap dengan kawasan lapang, pemaju membina kediaman unik itu di atas bumbung sebuah pusat beli-belah.

Dikenali sebagai Plaza Antarabangsa Jiutian, bangunan itu menempatkan satu daripada pasar borong kasut paling terkenal di wilayah itu. Pemaju kemudian merancang dan membina secara teliti empat vila di atas bangunan lapan tingkat itu sehinggakan tidak ramai yang menyedari kewujudannya.

Tuesday, August 14, 2012

Sanggup Tukar Jantina Untuk Jadi Seperti Britney Spears






Seorang lelaki yang terlalu meminati Britney Spears sanggup menjalani pembedahan menukar jantina bagi membolehkan impiannya kelihatan seperti penyanyi itu benar-benar menjadi kenyataan.


Kara Hays setakat ini membelanjakan lebih STG60,000 (RM 295,000) untuk mengubah jantina serta menanam implan buah dada. Dia sebelum ini dikenali dengan nama Kody.

Hasil pembedahan dijalaninya, Kara kini memiliki rambut panjang perang yang hampir menyerupai penyanyi pop era 1990-an itu.

Kata Kara, apabila dia nekad menukar jantina dia bebas memilih imej yang ingin ditonjolkan pada dirinya.

Tidur Secara Meniarap Tingkatkan Potensi Mimpi Tentang Seks?






Tidur dengan menindih perut anda boleh meningkatkan mimpi tentang seks, kata satu kajian terbaru. Berdasarkan kajian yang meninjau 670 pelajar di Hong Kong, mereka mengumpul data mengenai postur tidur dan kandungan mimpi dan mendapati bahawa tidur meniarap menghasilkan mimpi lebih erotik berbanding tidur terlentang.  

Monday, August 13, 2012

Jambatan Ini Mirip Saat Nabi Musa Membelah Laut Merah





Lembaga arkitek RO&AD  di Belanda membangunkan sebuah jambatan yang diinspirasi dari kisah Nabi Musa membelah Laut Merah. Jambatan yang berada di tengah air tersebut membelah sebuah kali di Halsteren, Belanda.


Binaan bernama Jambatan Musa itu dibangunkan sebagai akses menuju sebuah hutan abad ke-17 di Halsteren. JAmbatan itu merupakan sebahagian dari The West Brabant Water Line yang terdiri dari serangkaian benteng pertahanan di Halsteren.

Sunday, August 12, 2012

Fail! Gambar-Gambar Menyakitkan Sekitar Olimpik London 2012








Saturday, August 11, 2012

Melawat Muzium Mee Segera di Jepun






Memperingati 40 tahun penghasilan mee segera pertama di dunia oleh perusahaan syarikat makanan Nissin, sebuah muzium mee segera didirikan di Yokohama, sebelah selatan Tokyo, Jepun. Di muzium yang diberi nama 'Cup Noodles Museum' ini, pengunjung dapat melihat sejumlah koleksi mee segera dari waktu ke waktu. Selain itu pengunjung juga dapat menikmati sensasi 'Cup Noodles Park', sebuah pameran interaktif tentang proses pembuatan mie.

 Seorang pengunjung melihat koleksi mee segera yang dipamerkan di Cup Noodles Museum di Yokohama, Jepun.

Inilah Akibatnya Bila Anjing Menyerang Landak





Apa yang terjadi jika seekor anjing berani melawan seekor landak? Siapakah yang akan menang?


Seekor anjing bulldog bernama Bella Mae menyerang seekor landak liar yang sedang minum di halaman rumah pemiliknya. Kesannya Bella Mae harus menerima serangan duri-duri landak diseluruh muka, kaki hingga ke lidahnya. Tidak kurang sekitar 500 duri landak akhirnya harus dicabut dari tubuh Bella Mae.

Inikah Juruterbang Tercantik di Dunia?





Daripada seorang pramugari, kini menjadi juruterbang terkenal di China...kisah inspirasi buat wanita-wanita di luar sana.

Wanita bernama Wang Zhiqian ini terlihat sangat indah dan lembut, dengan mata lebar, bulu mata lebat dan pipi putih gebu. ”Sebagai juruterbang, tidak kira walau apa jenis jantina anda, anda harus mempunyai keberanian dan sikap berhati-hati. Tidak ada pengecualian bagi saya, “katanya dalam sebuah wawancara.

Lelaki Russia Ini Mengaku Dia Seorang Nabi






Pihak berkuasa Russia membongkar satu kumpulan ajaran sesat berhenti berhubung dengan dunia luar selepas hidup di ruang bawah tanah sejak 10 tahun lalu.


Pendakwa berkata, 27 daripadanya ialah kanak-kanak yang hidup dalam bilik tanpa alat pemanas dan bergelap. Mereka sudah dibebaskan dan ibu bapa mereka akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.

Friday, August 10, 2012

Istana Unik Ini Dibuat Dari Susunan Rambut Manusia




Pakar seni dari Miami, Agustina Woodgate telah menggunakan gumpalan rambut manusia untuk membuat 3000 bata, yang kemudiannya diguna untuk membangunkan 2 istana fantasi untuknya dalam siri I Want to Be a Princess.


Agustina Woodgate dikenali kerana pilihan karya seninya dari bahan yang luar biasa, seperti bahan kitar semula dan bahagian dari bangkai binatang.


Ngeri! Aliran Sesat, Membunuh Dan Berpesta Daging Manusia





Sukar menafikan bahawa gambar-gambar di bawah ini hanyalah rekaan atau fotoshop semata-mata, walaupun Encik Billy berharap ia bukan gambar yang asli. Kerana jika gambar-gambar ini benar dan memang sebuah kenyataan bererti manusia sedang menghadapi tragedi yang sangat memilukan, di mana manusia menyembelih, melapah dan memasak daging manusia seperti melakukannya terhadap binatang dan setelah itu mereka memakannya bersama-sama dalam suasana berpesta.

Namun begitu, mengikut sumber kejadian ini terjadi di Thailand. Sumber tersebut menyatakan bahawa ia adalah sebuah ritual sesat pemuja Iblis yang terjadi di negara tersebut.


Pelik, Wanita Ini 'Diperangkap' Memori Silam 20 Tahun






Perkara terakhir yang diingati Kay Delaney ialah menidurkan dua anaknya - masing-masing berusia enam dan dua tahun.


Dua dekad berlalu dan kedua-dua anaknya membesar serta menamatkan pengajian di universiti, tetapi Kay tidak dapat mengingat satu pun apa yang berlaku sepanjang tempoh itu.

Selepas terjatuh dan kepalanya terhantuk, memori selama lebih 20 tahun dalam ingatan Kay terpadam langsung, menyebabkan dia gagal menyedari apa yang berlaku kini.

Thursday, August 9, 2012

Bandar di China Yang Menyerupai Austria...Sayangnya Lengang dan Kosong





China sememangnya diakui sangat hebat dalam teknologi copy paste, sehinggakan tiada suatu yang mustahil pun yang tidak mampu ditiru mereka. Begitu juga dengan projek mega di bawah ini, yang dikatakan cuba meniru suasana dan konsep di Austria...sayangnya, menjadi projek gajah putih yang sia-sia.


 Gambar di atas adalah suasana di Austria...bandingkan dengan gambar-gambar di bawah ini, suasana di China

Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Ghaib





Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.


Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.

Wednesday, August 8, 2012

Jalan Raya Terlebar di Dunia





Jalan Raya yang dikenali sebagai '9 de Julio Avenue' (atau Avenida 9 de Julio, dalam bahasa setempat) di pusat bandaraya Buenos Aires, Argentina ini, bukan hanya jalan raya biasa. Terdapat 9 jalur laluan yang lebar, dengan median taman antara arus lalu lintas yang berlawanan, menjadikan ia jalan raya terluas di dunia. 
 

Senarai Lokasi Pemasangan Kamera Perangkap Had Laju/ Speedtrap di Jalan Raya Malaysia






Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:


PLUS North Bound (ke Utara)
    * Di bawah jambatan di kira-kira 456km, Sg Buloh simpang.
    * Di bawah jambatan di kira-kira 459km, Bukit Lanjan interchange.
    * Di bawah restoran jejantas di Sg Buloh.
    * Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
    * Di bawah jambatan di 296.5km, persimpangan Bangi.
    * Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
    * Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.


Tuesday, August 7, 2012

Fakta Ilmiah Kenapa 1 Malam Lailatul Qadar Lebih Mulia Dari 1000 Bulan







Artikel tentang Lailatul Qadar ini bersumberkan dari buku tulisan Rajendra Kartawiria, Quranic Quotient Centre. Sebahagian isi buku ini kemudiannya dipublikasikan di internet oleh Aulia Muttaqin dan beberapa sumber lain.

Manfaatkan malam Ramadhan untuk memperluas ilmu dan membangun keyakinan, Mengapa Ramadhan?

Dalam Islam kita mengenali kewujudan 4 bulan suci, iaitu Dzulka’idah, Dzulhijjah, Muharram dan Rejab. Ramadhan yang bererti panas tidak termasuk sebagai bulan suci. Mengapa Ramadhan dipilih untuk puasa sebulan penuh?

Monday, August 6, 2012

Grotta Palazzese, Restoren Awesome Dalam Gua





Di selatan Itali, ada sebuah restoran dinamakan Grotta Palazzese. Tiada apa yang menarik jika nak dibandingkan dengan restoran lain di seluruh dunia. Cuma ianya dibina di dalam gua, hanya 74 kaki dari paras laut dan memberikan pemandangan dan pengalaman unik kepada setiap pelanggan yang hadir yang disapa dengan angin pantai malam yang sejuk dan nyaman. Namun, restoran ini hanya dibuka kepada umum pada Mei hingga Okober setiap tahun.



Malaysia Di Tempat ke-10 Negara Paling Malas di Dunia







Satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

Sunday, August 5, 2012

(GAMBAR) Manusia Bersayap Ditemui, Menggemparkan Dunia Maya






Tidak lama dulu, dunia maya di Guangzhou (China) digemparkan dengan tersebarnya gambar manusia bersayap yang ditemui di daerah tersebut. Menurut berita yang tersebar, manusia bersayap itu sudah dalam keadaan tidak bernyawa ketika ditemui. Cerita tentang foto tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi tentang penemuan jasad misteri ini yang digambarkan sebagai wanita tua dengan pakaian serba putih dengan sayap yang sudah tidak berbulu. Tanggapan paling banyak mengatakan manusia bersayap tersebut adalah malaikat yang jatuh dari langit.
 

Perkara yang mengejutkan ini menyebabkan 2 orang mahasiswa menyelidiki kebenaran gambar yang menjadi bualan para pengguna Internet. Dari kajian yang dilakukan, mereka membuat kesimpulan bahawa gambar-gambar ini dibuat dengan menggunakan teknik manipulasi foto (photoshop) tahap tertinggi. Kesalahan dalam gambar-gambar ini adalah sayap wanita tua yang disebut-sebut sebagai malaikat yang jatuh dari langit ini ternyata hanya “SAYAP AYAM”

Saturday, August 4, 2012

Bas Air Yang Futuristik di Jepun


 

Bas air futuristik yang didesain oleh Reydzi Matsumoto direka seperti pesawat ruang angkasa yang akan digunakan kawasan pelancongan sekitar Asakusa, Odaiba dan beberapa tempat pelancongan yang lain.

 Kapal tersebut dinamakan “Himiko” untuk menghormati ratu pertama legendari Jepun kuno. Ia berdimensi 33 meter x 8 meter. Bus sungai ini akan melakukan  perjalanan rutin di sepanjang Sungai Sumida dari Asakusa ke pulau Odaiba.

Friday, August 3, 2012

Apakah Onani Membatalkan Puasa?






Onani atau masturbasi adalah rangsangan fizikal yang dilakukan terhadap alat kelamin untuk menghasilkan perasaan nikmat dan air mani ketika itu dikeluarkan secara paksa dengan cara disentuh atau digosok-gosok.

Bagaimana jika perbuatan onani ini dilakukan ketika berpuasa?
Apakah puasa akan batal?

Menurut majoriti ulama, onani atau masturbasi merupakan perkara yang puasa. Hal ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Allah Ta’ala berfirman,

يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَأَكْلَهُ وَشُرْبَهُ مِنْ أَجْلِى
“Orang yang berpuasa itu meninggalkan syahwat, makan dan minumnya.” (HR. Bukhari no. 7492). Dan onani adalah sebahagian dari syahwat.

Thursday, August 2, 2012

Beginilah Rupa Manusia Jika Diciptakan Tanpa KULIT





Sepatutnya kita mesti bersyukur terhadap semua kurnian Tuhan yang telah diberikannya kepada kita, termasuk pembungkus darah daging kita yang berupa kulit, cuba bayangkan bagaimana kehidupan kita ,jika kita di ciptakan tanpa kulit...

Wednesday, August 1, 2012

(GAMBAR) Suasana Ramadhan Rakyat Palestin





Walau serba kekurangan dan hidup dalam penindasan regim zionis, masyarakat Palestin tetap menyambut Ramadhan dengan penuh kemeriahan...

 

Related Posts with Thumbnails