Gila! Entah apa yang ada di fikiran para remaja perempuan yang belum genap umur
17 tahun ini. Mereka yang masih berstatus pelajar di Gloucester High
School di Massachusetts, Amerika Syarikat,
bersepakat untuk hamil secara serentak.
Peristiwa yang mengejutkan ini bermula sebaik sahaja musim cuti panas berakhir. Ketika mereka kembali ke sekolah, ternyata diketahui 17 pelajar hamil secara serentak. Uniknya mereka tidak hanya dari satu sekolah, tetapi juga satu kelas yang sama. Di sekolah tersebut, memang setiap kali berakhir musim cuti akan diadakan ujian kehamilan.
Namun, sehingga kini masih belum diketahui siapakah ayah bagi bayi-bayi yang berada di dalam kandungan itu. Ini kerana sekiranya umur lelaki yang menghamilkan pelajar-pelajar ini telah lebih dari 20 tahun, kemungkinan bakal dikenakan hukuman penjara kerana melakukan seks dengan gadis bawah umur.
Berdasarkan siasatan pihak sekolah, ternyata para pelajar yang hamil telah sepakat untuk hamil serentak, bahkan bukan hanya 17 pelajar ini sahaja tetapi juga pelajar-pelajar yang lain juga. Yang lebih mengejutkan, pelajar di kelas itu yang tidak hamil mengaku berasa kecewa kerana gagal hamil.
sumber: http://91lapc.blogspot.com
what the.... apa nk jadi la zaman skrg ni.
ReplyDeletenegara je maju tp pemikiran sempit gile.dah mcm xde benda lain je nk bt. ingat hamil tu benda suke2..nk jaga diri sndri pun gagal, ada ati nk jaga baby...isk3...
ReplyDeletekt luar negara.. harap2 x jd kt Malaysia
ReplyDeleteYa Allah ...
ReplyDeleteapa yang mereka pikirkan??
tiada pegangan agama dan apabila seks bebas dianggap hak masing2..
ReplyDeleteTak payah nak kutuk pun. At least mereka nak jaga bayi tu. Malaysia lagi teruk. Hamil secara senyap2 , lepas tu buang anak merata-rata tempat.
ReplyDeletemmg dunia dah tunggang trbalik...nak mengandung mmg sng,nk jage ank,bsrkn dorg..igt sng ke. buat bende tu mmg la sng..pastu da dpt anak,biar mcm tu je...mintak dijauhkan drpd bende2 x bermoral mcm ni...nauzubillah
ReplyDelete