Skip to main content

Pelajar Wanita Satu Kelas Hamil Serentak





Gila! Entah apa yang ada di fikiran para remaja perempuan yang belum genap umur 17 tahun ini. Mereka yang masih berstatus pelajar di Gloucester High School di Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat untuk hamil secara serentak.


Peristiwa yang mengejutkan ini bermula sebaik sahaja musim cuti panas berakhir. Ketika mereka kembali ke sekolah, ternyata diketahui 17 pelajar hamil secara serentak. Uniknya mereka tidak hanya dari satu sekolah, tetapi juga satu kelas yang sama. Di sekolah tersebut, memang setiap kali berakhir musim cuti akan diadakan ujian kehamilan.

Namun, sehingga kini masih belum diketahui siapakah ayah bagi bayi-bayi yang berada di dalam kandungan itu. Ini kerana sekiranya umur lelaki yang menghamilkan pelajar-pelajar ini telah lebih dari 20 tahun, kemungkinan bakal dikenakan hukuman penjara kerana melakukan seks dengan gadis bawah umur.

Berdasarkan siasatan pihak sekolah, ternyata para pelajar yang hamil telah sepakat untuk hamil serentak, bahkan bukan hanya 17 pelajar ini sahaja tetapi juga pelajar-pelajar yang lain juga. Yang lebih mengejutkan, pelajar di kelas itu yang tidak hamil mengaku berasa kecewa kerana gagal hamil.

 sumber: http://91lapc.blogspot.com

Comments

  1. what the.... apa nk jadi la zaman skrg ni.

    ReplyDelete
  2. negara je maju tp pemikiran sempit gile.dah mcm xde benda lain je nk bt. ingat hamil tu benda suke2..nk jaga diri sndri pun gagal, ada ati nk jaga baby...isk3...

    ReplyDelete
  3. kt luar negara.. harap2 x jd kt Malaysia

    ReplyDelete
  4. tiada pegangan agama dan apabila seks bebas dianggap hak masing2..

    ReplyDelete
  5. Tak payah nak kutuk pun. At least mereka nak jaga bayi tu. Malaysia lagi teruk. Hamil secara senyap2 , lepas tu buang anak merata-rata tempat.

    ReplyDelete
  6. mmg dunia dah tunggang trbalik...nak mengandung mmg sng,nk jage ank,bsrkn dorg..igt sng ke. buat bende tu mmg la sng..pastu da dpt anak,biar mcm tu je...mintak dijauhkan drpd bende2 x bermoral mcm ni...nauzubillah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.