Seorang ahli seni dari Britain, Simon Beck menghasilkan karya seni yang menakjubkan pada hamparan salji di pergunungan Alps yang terletak di Perancis, salah satu tempat kegemarannya untuk menghabiskan masa musim sejuknya. Keseluruhan karya seni itu memakan masa sekitar 11 jam dengan setiap hasil seni yang dihasilkan adalah seluas 100m x 100m, iaitu sekitar saiz 2 padang bola. Ia dihasilkan dengan hanya menggunakan sepasang kasut salji khas.