Skip to main content

Cara Membuat Air Kathira





Puas Encik Billy cari air Kathira di kawasan Paka, Terengganu ni tapi belumlah terjumpa. Disebabkan itu, mulalah google-google mencari cara membuat air yang merupakan minuman kegemaran orang Islam India Selatan ini. Ternyata renyah jugak! So belum lagi dicubanya sebab kekurangan bahan-bahan mentah. Bagi korang yang berminat, mungkin boleh cuba sendiri:



BAHAN-BAHANNYA:

Disediakan lebih awal:
  • Sirap
  • Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
  • Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.
  • 1 cbsr kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.
  • 10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit. Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.
  • 1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.
  • 1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
  • 1 cawan sirap
  • 6 cawan air
  • 1 sudu teh air mawar



CARA MEMBUATNYA: 

Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kembang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.




NOTA: 
  • Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.
  • Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina
  • Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa. 



Rupa bahan mentah sebelum diremdam
 


Ini rupa air Kathira yang asli...bewarna putih


Kebanyakan air Kathira yang dijual kini diwarnakan hijau...malah ada peniaga yang siap taruk cincau, kacang merah dan ais krim soda...

 sumber resepi: waiem


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.