Skip to main content

10 Bandaraya Terburuk di Dunia Untuk Bekerja





Sekiranya anda berhasrat untuk berhijrah dan memulakan pekerjaan, elakkan daripada bermastautin di bandaraya-bandaraya di bawah ini. Berdasarkan kajian oleh sebuah majalah di US, berikut merupakan 10 bandaraya terburuk di dunia untuk bekerja.

10. Santo Domingo – Republik Dominika 
Bandaraya Santo Domingo menjadi kota terburuk untuk mencari kerja di kawasan barat Hemisfera. Beberapa penyebab Santo Domingo ini menjadi buruk adalah serang kapalan lanun kapal, ribut taufan, kondisi jalan yang buruk, kadar jenayah yang tinggi dan tentunya masalah kesihatan. J



9. Cairo – Mesir
Apa yang menjadi masalah terbesar bagi para pekerja untuk tinggal di Cairo? Hal itu adalah pencemaran udara serta kondisi sanitasi yang buruk.Tak cukup dengan itu, masalah keganasan dan tunjuk perasaan yang sehingga kini masih berlarutan menjadi salah satu faktor yang harus anda fikirkan jika berhasrat untuk bekerja di sini.



8. Guangzhou – China
Kota besar di kawasan selatan China, tepatnya di daerah Guangdong ini memang menjadi salah satu kota industri terbesar di dunia. Sehingga tidak menghairankan jika tahap pencemaran di Guangzhou cukup buruk. Guangzhou seringkali diselimuti oleh asap kilang, sehingga ia digelar 'bandaraya bom'.



7. Ho Chi Minh City – Vietnam
Menjadi ibukota Vietnam dan terletak di negara tropika, mungkin membayangkan bekerja di kota Ho Chi Minh cukup menyenangkan. Namun sebaliknya, dengan keadaan sanitasi yang buruk sehingga mudah terdedah kepada penyakit, iklim di Ho Chi Minh memang buruk. Selain itu kemudahan kesihatan dan infrastuktur yang tak memadai membuatkan Ho Chi Minh kurang sesuai untuk menjadi lokasi bekerja.



6. Bogota – Colombia
Bogota memang menjadi kota dengan tahap pencemaran udara paling buruk dan sangat serius. Seakan tak cukup, kondisi politik negara itu yang tidak stabil di mana sering terjadi persengketaan antara sindiket dadah dan polis tempatan, menjadikan Bogota tidak sesuai untuk bekerja.



5. Nairobi – Kenya
Sebagai ibukota negara Kenya, kondisi iklim Nairobi cukup buruk. Meskipun menjadi salah satu kota termaju di Afrika, namun tahap jenayah di Nairobi sangat tinggi bahkan berbahaya.



4. Mumbai – India
Bandaraya yang merupakan pusat ekonomi utama di India ini memang memiliki museum, senibina bangunan, sehingga restoran terbaik. Namun anda pergi ke kawasan pinggir Mumbai, anda akan dapati keadaan lalu lintas yang sangat buruk, kumuh, sehingga masalah keselesaan membuat setiap pekerja akan berfikir berulang kali untuk menjalani kehidupan di Mumbai.



3. Almaty – Kazakhstan
Salah satu masalah utama ibukota Kazakhstan ini adalah lokasinya yang terpencil. Sehinggakan keadaan ini berpengaruh terhadap masalah perumahan, kemudahan pendidikan dan kesihatan, infrastuktur sehingga jauhnya lokasi hiburan menjadikan Almaty tidak sesuai untuk bekerja. Belum lagi buruknya pencemaran udara, kondisi sanitasi dan penyakit menjadi penyebab kota ini dihindari para pencari kerja.



2. Jakarta – Indonesia
Meskipun dalam krisis global Indonesia boleh bertahan, namun keadaan alam sekitar Jakarta dengan sanitasi buruk dan pencemaran udara, serta buruknya masalah lalulintas menjadi penyebab utama Jakarta menduduki tempat kedua terburuk dalam senarai ini . Kurangnya kemudahan kesihatan yang meluas, keadaan politik dan ekonomi yang kurang stabil, serta tahap jenayah yang relatif tinggi, harus membuatkan para pencari kerja berfikir banyak kali untuk bekerja di bandaraya ini.



1. Lagos – Nigeria
Sebagai kota terbesar di negara terbesar kawasan Afrika, Lagos memang memiliki banyak masalah seperti pencemaran, kebersihan, kemudahan kesihatan dan pendidikan sehingga infrastuktur. Menjadi kota dengan tahap risiko tertinggi untuk bekerja, masalah jenayah menjadi perkara yang cukup berbahaya di Lagos selain kondisi politik dan ekonomi yang tidak stabil.


 sumber: bagusseven.blogspot.com


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.