Sekiranya anda berhasrat untuk berhijrah dan memulakan pekerjaan, elakkan daripada bermastautin di bandaraya-bandaraya di bawah ini. Berdasarkan kajian oleh sebuah majalah di US, berikut merupakan 10 bandaraya terburuk di dunia untuk bekerja.
10. Santo Domingo – Republik Dominika
Bandaraya Santo Domingo menjadi kota terburuk untuk mencari kerja di kawasan
barat Hemisfera. Beberapa penyebab Santo Domingo ini menjadi buruk
adalah serang kapalan lanun kapal, ribut taufan, kondisi jalan yang buruk, kadar jenayah yang tinggi dan
tentunya masalah kesihatan. J
9. Cairo – Mesir
Apa yang menjadi masalah terbesar bagi para pekerja untuk tinggal di Cairo? Hal itu adalah pencemaran udara serta kondisi sanitasi yang buruk.Tak
cukup dengan itu, masalah keganasan dan tunjuk perasaan yang sehingga kini masih berlarutan menjadi salah satu faktor yang harus anda fikirkan jika berhasrat untuk
bekerja di sini.
8. Guangzhou – China
Kota besar di kawasan selatan China, tepatnya di daerah Guangdong ini
memang menjadi salah satu kota industri terbesar di dunia. Sehingga tidak menghairankan jika tahap pencemaran di Guangzhou cukup buruk. Guangzhou seringkali diselimuti oleh asap kilang, sehingga ia digelar 'bandaraya bom'.
7. Ho Chi Minh City – Vietnam
Menjadi ibukota Vietnam dan terletak di negara tropika, mungkin
membayangkan bekerja di kota Ho Chi Minh cukup menyenangkan. Namun sebaliknya, dengan keadaan sanitasi yang buruk sehingga mudah terdedah kepada
penyakit, iklim di Ho Chi Minh memang buruk. Selain itu kemudahan
kesihatan dan infrastuktur yang tak memadai membuatkan Ho Chi Minh kurang sesuai untuk menjadi lokasi bekerja.
6. Bogota – Colombia
Bogota memang
menjadi kota dengan tahap pencemaran udara paling buruk dan sangat serius.
Seakan tak cukup, kondisi politik negara itu yang tidak stabil di mana sering terjadi persengketaan antara sindiket dadah dan polis tempatan, menjadikan Bogota tidak sesuai untuk bekerja.
5. Nairobi – Kenya
Sebagai ibukota negara Kenya, kondisi iklim Nairobi
cukup buruk. Meskipun menjadi salah satu kota termaju di Afrika, namun tahap jenayah di Nairobi sangat tinggi bahkan berbahaya.
4. Mumbai – India
Bandaraya yang merupakan pusat ekonomi utama di India ini memang memiliki museum, senibina bangunan, sehingga restoran terbaik. Namun anda pergi ke kawasan pinggir Mumbai, anda akan dapati keadaan lalu
lintas yang sangat buruk, kumuh, sehingga masalah keselesaan membuat setiap pekerja akan berfikir berulang kali untuk menjalani kehidupan
di Mumbai.
3. Almaty – Kazakhstan
Salah satu masalah utama ibukota Kazakhstan ini adalah lokasinya yang
terpencil. Sehinggakan keadaan ini berpengaruh terhadap masalah perumahan, kemudahan pendidikan dan kesihatan, infrastuktur sehingga jauhnya lokasi
hiburan menjadikan Almaty tidak sesuai untuk bekerja. Belum lagi buruknya pencemaran udara, kondisi sanitasi dan penyakit menjadi penyebab kota ini
dihindari para pencari kerja.
2. Jakarta – Indonesia
Meskipun dalam krisis global
Indonesia boleh bertahan, namun keadaan alam sekitar Jakarta dengan
sanitasi buruk dan pencemaran udara, serta buruknya masalah lalulintas menjadi penyebab utama Jakarta menduduki tempat kedua terburuk dalam senarai ini .
Kurangnya kemudahan kesihatan yang meluas, keadaan politik dan ekonomi yang kurang stabil, serta tahap jenayah yang relatif tinggi, harus membuatkan para pencari kerja berfikir banyak kali untuk bekerja di bandaraya ini.
1. Lagos – Nigeria
Sebagai kota terbesar di negara terbesar kawasan Afrika, Lagos memang
memiliki banyak masalah seperti pencemaran, kebersihan, kemudahan kesihatan
dan pendidikan sehingga infrastuktur. Menjadi kota dengan tahap risiko
tertinggi untuk bekerja, masalah jenayah menjadi perkara yang cukup
berbahaya di Lagos selain kondisi politik dan ekonomi yang tidak stabil.
sumber: bagusseven.blogspot.com
buruknya gmna ga di sebutin
ReplyDeletewin betul gmbr zirafah tu background bgunan tinggi
ReplyDelete