Skip to main content

(GAMBAR) Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Ireland





Tersentak 2 kali Encik Billy membaca berita ini. Satunya kerana seorang rakyat Malaysia lelaki melayu dan Islam berkahwin dengan teman lelaki gaynya (orang putih), satu lagi kerana perkataan PETRONAS tu sendiri! Perkataan PETRONAS sangat dekat di hati ni kerana Encik Billy sendiri merupakan bekas pelajar tajaan Petronas. So bila keluar berita ni, memang double shock!

Berikut inilah gambar-gambar perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli bersama pasangannya di Dublin, Ireland yang mencetuskan kegemparan seluruh rakyat Malaysia pada hari ini: 








Dengan tersebarnya berita dan gambar-gambar ini, ia menjawab misteri kehilangan Ariff Alfian Rosli seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 3 hari yang lalu:


KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

  
sumber: utusan malaysia, http://www.rotikaya.com

Comments

  1. wah kembali ke jamannya nabi musa nih
    pa ni tanda2 kiyamat ya

    ReplyDelete
  2. memalukan melayu, islam dan malaysia...kesian kt family dia, mana ayah dia nk letak muka.x trgambar bagaimana perasaan ayahnya

    ReplyDelete
  3. wah..siap pakai baju melayu time wedding..
    tumpang simpati kat mak ayah dia..
    anak punya angkara mak ayah yang merana..huu

    ReplyDelete
  4. ngaji tinggi2 tp bodoh jugak

    ReplyDelete
  5. haihhh.

    die ni pandai tp jadi camni T,T

    ReplyDelete
  6. bayangkan dia tinggalkan kat mak ayah dia hutang dkt st juta, siap kawin dgn lelaki, tanpa ad rs malu n bersalah...takutnya, zmn skrng org makin berani n x tau malu, xtau apa jd ms akan dtg...

    ReplyDelete
  7. ya allah.. dapat bayangkan mcm mana luluh hati seorang ayah bila ank dia jadik mcm ni. ditmbah plak anak yg disngka hilang rupanya berkhwin dgn sesama jenis dan mmg haram disisi agama.. semoga allah kuat kan semngt ayah dan mak dia serta family dia.. aminnn.... =(

    ReplyDelete
  8. @pemikir

    Only Allah can judge him. All you people have no right to judge him at all.. Mengutuk je tau. Panggil dia bodoh la, gila lah. Korang tak tau the full story dah nak bising, Korang yang memalukan Rakyat malaysia.

    Falling in love is not a crime. Let Allah be the judge of this. He is Almighty and Forgiving.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @intanaina
      Yes , falling in love is definately not a crime . But falling in love with the same gender sound not good . Tak perlu dgr story behind that . Dia ISLAM . ISLAM tidak menghalalkan , malah melaknat orang seperti ini . You should know that . Tgk nama you pun I will say that you is ISLAM rite ? Hmm . Mmg dia sudah memalukan byk pihak . Sedih bila dgr satu persatu ISLAM murtad dan mengamalkan gaya hidup songsang . You tak rasa apa2 ke ? Let's us pray supaya dia dibukakan pintu hati utk bertaubat . Taubat nasuha . Kes murtad ni da sgt2 berat . Wallahualam .

      Delete
  9. ini lah namenye pandai tapi x cerdik

    ReplyDelete
  10. msih bole selamatkan tu, if ada yg sanggup pegi cari n bawak balik. selesaikan dgn cara baik, x payah nk masuk paper segala. kesian pada keluarga dia.

    ReplyDelete
  11. Tak baik Jaga kain ditepi orang lain.

    ReplyDelete
  12. pd pemerhatian aku, lau kt ipt, kbnyakan yg cnderung kpd gay adalah top student. mgkin tlalu bijak smpai smue bnde nk explore. lg 1 student laki skrg ni bnyk bgurau ke arah ke-gay-an. bergurau main raba2 n peluk.

    ReplyDelete
  13. aduiii kesiannya mak bapak dia.. rasa nak menangis je aku baca.. :'(

    ReplyDelete
  14. @papa haha ni peribahasa baru ker..jaga kain ditepi orang lain

    ReplyDelete
  15. yaALLAH, kesiannya kat mak ayah die...

    takut la tgk banyak bende pelik yg berlaku sekrang..manusia kini dah kembali ke zaman jahiliah...moga kita dilindungi dari kemurkaan ALLAH...
    semoga ariff sempat bertaubat sebelum ajal menjemput..

    ReplyDelete
  16. mak aih..syg nye la..bljar tggi 2 tp tp hampeh..
    kcian fmily dia tggung malu n tggung hutang.

    ReplyDelete
  17. bapak aku pernah cakap orang macam ni, "bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut"

    ReplyDelete
  18. bila ilmu tak digunakan, maka tak dapat nak bezakan fitrah dan perkara yang salah di sisi agama. Ilmu banyak mana pun tp kalau xde iman, susah juga ~

    ReplyDelete
  19. Kasihannya mak bapa dia,Semoga arif bertaubat dan kembali ke jalan yang di redhaiNYA

    ReplyDelete
  20. Semoga diberi petunjuk & hidayah agar kembali ke jalan yg benar....Aminnn

    ReplyDelete
  21. @intanaina bodoh. ko yang bodoh.

    terang2 Allah Taala larang kes2 berunsur umat nabi luth.

    tak payah pikir lama2 pun da terang2 salah.

    jangan jadi liberal sampai langgar batas2 agama, kita ada agama, ada panduan sunnah dan quran.

    lagi sekali, jangan jadi bodoh.

    ReplyDelete
  22. @<a href="#c7549546134117154988" zaman skang da xleh pakai sangat da ungkapan ni.

    zaman skang kita kena jaga tepi kain orang2 terdekat dengan kita macam jiran dan sanak saudara. lagi bagus kalau kita amek tawu pasal masyarakat sekeliling umumnya.

    zaman skang penjenayah sangat licik dan dapat memanipulasikan teknologi yg ada untuk buat jenayah.

    jagalah tepi kain orang secara terkawal.

    ReplyDelete
  23. @intanaina

    falling in love mmg tak salah cik kak oi..yg salahnye jatuh cinta dgn kaum sejenis, tak mcukup ke iktibar kisah kaum Nabi Luth dalam Al-Quran..

    Tak sesuai la cik kak memback up org yg berperangai dgn perangai yang dilaknat Allah..

    ReplyDelete
  24. Pancung!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  25. wtf dye wt cm 2....cian nye la kt family dye...blajo tinggi2...otak ade....akai x de...tuiii..

    ReplyDelete
  26. oiii....mesti la dia bodo.....nk leave kat almighty???fallin in love is not a crime....falling in love with the same fucking sex is sin....jgn jadi bodo sgt ko pon

    ReplyDelete
  27. Kalo dia dah kawen dgn bf die, ape status agamanye ye... Adakah D kira murtad sebab dari gambar nmpk mcm pasangan die x convert to islam...

    ReplyDelete
  28. nk convert ape kejadah nye..da cara dye pn da x d terima agama islam.nabi x mengaku umat..

    ReplyDelete
  29. itulah...pe nk jd la...semoga die di tunjuk kan ke jln yg bnr dan smpt bertaubat

    ReplyDelete
  30. Salam sejahtera,

    Ini lah jadinya kalau tiada iman yang kukuh. Terlalu mengikut nafsu. Yang menjadi mangsa adalah keluarga jua. Ramai juga yang memiliki intelektual yang tinggi tapi tidak tahu baik buruk perbuatan. Ini adalah perbuatan menghina agama dan maruah negara. Apa yang cuba kamu buktikan?! Memalukan golongan terpelajar. Tidak kah kamu fikir akan luluhnya hati ibu bapa kamu yang saban hari mendoakan kejayaan kamu? Fikir2 kanlah kesilapan yang telah kamu lakukan ini bukan lah ajaran agama islam, malahan agama lain juga mengutuk perkahwinan ini. Kembalilah ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  31. Salam sejahtera,

    Ini lah jadinya kalau tiada iman yang kukuh. Terlalu mengikut nafsu. Yang menjadi mangsa adalah keluarga jua. Ramai juga yang memiliki intelektual yang tinggi tapi tidak tahu baik buruk perbuatan. Ini adalah perbuatan menghina agama dan maruah negara. Apa yang cuba kamu buktikan?! Memalukan golongan terpelajar. Tidak kah kamu fikir akan luluhnya hati ibu bapa kamu yang saban hari mendoakan kejayaan kamu? Fikir2 kanlah kesilapan yang telah kamu lakukan ini bukan lah ajaran agama islam, malahan agama lain juga mengutuk perkahwinan ini. Kembalilah ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  32. @intanaina Allah dah ckp... jgn bercinta dgn kaum sejenis le miss.. Astagfirullah....

    ReplyDelete
  33. ia tiada kaitan dgn isu politik, pakcik. ini isu agama. jd, kaitkan lah ia dgn agama.isu bangsa pun ye.tp kalu masuk lubang kubur...bangsa tidak berguna lg, pakcik. yg berguna cuma agama. yg ditanya nnt bukan hal adat, tp ibadat.

    sekian. dr utara malaysia, aku berdoa moga Encik Ariff Alfian bin Rosli bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.Amin.

    ReplyDelete
  34. Kita doakan dia balik ke pangkal jalan....Selagi panjang umurnya, selagi itu akan diberi petunjuk inshaallah.

    ReplyDelete
  35. Dah nak masuk akhir zaman... tanda-tanda nak kiamat..

    ReplyDelete
  36. semoga dia sadar dengan tindakannya yang menyalahi kodrat dan melanggar syariat agama,

    ReplyDelete
  37. orang spt inilah yg dicari oleh kafir laknat untuk menjatuhkan islam.......

    ReplyDelete
  38. bnyak lagi negara islam yg menawarkan pngajian yg bgus.. sdgkan yg beriman pom mdah trjebak.. nauzbllahmnalzlm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.