Tersentak 2 kali Encik Billy membaca berita ini. Satunya kerana seorang rakyat Malaysia lelaki melayu dan Islam berkahwin dengan teman lelaki gaynya (orang putih), satu lagi kerana perkataan PETRONAS tu sendiri! Perkataan PETRONAS sangat dekat di hati ni kerana Encik Billy sendiri merupakan bekas pelajar tajaan Petronas. So bila keluar berita ni, memang double shock!
Berikut inilah gambar-gambar perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli bersama pasangannya di Dublin, Ireland yang mencetuskan kegemparan seluruh rakyat Malaysia pada hari ini:
Dengan tersebarnya berita dan gambar-gambar ini, ia menjawab misteri kehilangan Ariff Alfian Rosli seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 3 hari yang lalu:
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.
"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.
"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.
"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.
Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.
Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.
sumber: utusan malaysia, http://www.rotikaya.com
wah kembali ke jamannya nabi musa nih
ReplyDeletepa ni tanda2 kiyamat ya
memalukan melayu, islam dan malaysia...kesian kt family dia, mana ayah dia nk letak muka.x trgambar bagaimana perasaan ayahnya
ReplyDeletewah..siap pakai baju melayu time wedding..
ReplyDeletetumpang simpati kat mak ayah dia..
anak punya angkara mak ayah yang merana..huu
ngaji tinggi2 tp bodoh jugak
ReplyDeletehaihhh.
ReplyDeletedie ni pandai tp jadi camni T,T
bayangkan dia tinggalkan kat mak ayah dia hutang dkt st juta, siap kawin dgn lelaki, tanpa ad rs malu n bersalah...takutnya, zmn skrng org makin berani n x tau malu, xtau apa jd ms akan dtg...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteya allah.. dapat bayangkan mcm mana luluh hati seorang ayah bila ank dia jadik mcm ni. ditmbah plak anak yg disngka hilang rupanya berkhwin dgn sesama jenis dan mmg haram disisi agama.. semoga allah kuat kan semngt ayah dan mak dia serta family dia.. aminnn.... =(
ReplyDelete@pemikir
ReplyDeleteOnly Allah can judge him. All you people have no right to judge him at all.. Mengutuk je tau. Panggil dia bodoh la, gila lah. Korang tak tau the full story dah nak bising, Korang yang memalukan Rakyat malaysia.
Falling in love is not a crime. Let Allah be the judge of this. He is Almighty and Forgiving.
@intanaina
DeleteYes , falling in love is definately not a crime . But falling in love with the same gender sound not good . Tak perlu dgr story behind that . Dia ISLAM . ISLAM tidak menghalalkan , malah melaknat orang seperti ini . You should know that . Tgk nama you pun I will say that you is ISLAM rite ? Hmm . Mmg dia sudah memalukan byk pihak . Sedih bila dgr satu persatu ISLAM murtad dan mengamalkan gaya hidup songsang . You tak rasa apa2 ke ? Let's us pray supaya dia dibukakan pintu hati utk bertaubat . Taubat nasuha . Kes murtad ni da sgt2 berat . Wallahualam .
ini lah namenye pandai tapi x cerdik
ReplyDeletemsih bole selamatkan tu, if ada yg sanggup pegi cari n bawak balik. selesaikan dgn cara baik, x payah nk masuk paper segala. kesian pada keluarga dia.
ReplyDeleteTak baik Jaga kain ditepi orang lain.
ReplyDeletepd pemerhatian aku, lau kt ipt, kbnyakan yg cnderung kpd gay adalah top student. mgkin tlalu bijak smpai smue bnde nk explore. lg 1 student laki skrg ni bnyk bgurau ke arah ke-gay-an. bergurau main raba2 n peluk.
ReplyDeleteaduiii kesiannya mak bapak dia.. rasa nak menangis je aku baca.. :'(
ReplyDelete@papa haha ni peribahasa baru ker..jaga kain ditepi orang lain
ReplyDeleteyaALLAH, kesiannya kat mak ayah die...
ReplyDeletetakut la tgk banyak bende pelik yg berlaku sekrang..manusia kini dah kembali ke zaman jahiliah...moga kita dilindungi dari kemurkaan ALLAH...
semoga ariff sempat bertaubat sebelum ajal menjemput..
mak aih..syg nye la..bljar tggi 2 tp tp hampeh..
ReplyDeletekcian fmily dia tggung malu n tggung hutang.
bapak aku pernah cakap orang macam ni, "bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut"
ReplyDeletebila ilmu tak digunakan, maka tak dapat nak bezakan fitrah dan perkara yang salah di sisi agama. Ilmu banyak mana pun tp kalau xde iman, susah juga ~
ReplyDeletekesian family die
ReplyDeleteKasihannya mak bapa dia,Semoga arif bertaubat dan kembali ke jalan yang di redhaiNYA
ReplyDeleteSemoga diberi petunjuk & hidayah agar kembali ke jalan yg benar....Aminnn
ReplyDelete@intanaina bodoh. ko yang bodoh.
ReplyDeleteterang2 Allah Taala larang kes2 berunsur umat nabi luth.
tak payah pikir lama2 pun da terang2 salah.
jangan jadi liberal sampai langgar batas2 agama, kita ada agama, ada panduan sunnah dan quran.
lagi sekali, jangan jadi bodoh.
@<a href="#c7549546134117154988" zaman skang da xleh pakai sangat da ungkapan ni.
ReplyDeletezaman skang kita kena jaga tepi kain orang2 terdekat dengan kita macam jiran dan sanak saudara. lagi bagus kalau kita amek tawu pasal masyarakat sekeliling umumnya.
zaman skang penjenayah sangat licik dan dapat memanipulasikan teknologi yg ada untuk buat jenayah.
jagalah tepi kain orang secara terkawal.
@intanaina
ReplyDeletefalling in love mmg tak salah cik kak oi..yg salahnye jatuh cinta dgn kaum sejenis, tak mcukup ke iktibar kisah kaum Nabi Luth dalam Al-Quran..
Tak sesuai la cik kak memback up org yg berperangai dgn perangai yang dilaknat Allah..
Pancung!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletewtf dye wt cm 2....cian nye la kt family dye...blajo tinggi2...otak ade....akai x de...tuiii..
ReplyDeleteoiii....mesti la dia bodo.....nk leave kat almighty???fallin in love is not a crime....falling in love with the same fucking sex is sin....jgn jadi bodo sgt ko pon
ReplyDeleteastaga.apa nak jadi nih?
ReplyDeleteKalo dia dah kawen dgn bf die, ape status agamanye ye... Adakah D kira murtad sebab dari gambar nmpk mcm pasangan die x convert to islam...
ReplyDeletenk convert ape kejadah nye..da cara dye pn da x d terima agama islam.nabi x mengaku umat..
ReplyDeleteitulah...pe nk jd la...semoga die di tunjuk kan ke jln yg bnr dan smpt bertaubat
ReplyDeleteSalam sejahtera,
ReplyDeleteIni lah jadinya kalau tiada iman yang kukuh. Terlalu mengikut nafsu. Yang menjadi mangsa adalah keluarga jua. Ramai juga yang memiliki intelektual yang tinggi tapi tidak tahu baik buruk perbuatan. Ini adalah perbuatan menghina agama dan maruah negara. Apa yang cuba kamu buktikan?! Memalukan golongan terpelajar. Tidak kah kamu fikir akan luluhnya hati ibu bapa kamu yang saban hari mendoakan kejayaan kamu? Fikir2 kanlah kesilapan yang telah kamu lakukan ini bukan lah ajaran agama islam, malahan agama lain juga mengutuk perkahwinan ini. Kembalilah ke pangkal jalan.
Salam sejahtera,
ReplyDeleteIni lah jadinya kalau tiada iman yang kukuh. Terlalu mengikut nafsu. Yang menjadi mangsa adalah keluarga jua. Ramai juga yang memiliki intelektual yang tinggi tapi tidak tahu baik buruk perbuatan. Ini adalah perbuatan menghina agama dan maruah negara. Apa yang cuba kamu buktikan?! Memalukan golongan terpelajar. Tidak kah kamu fikir akan luluhnya hati ibu bapa kamu yang saban hari mendoakan kejayaan kamu? Fikir2 kanlah kesilapan yang telah kamu lakukan ini bukan lah ajaran agama islam, malahan agama lain juga mengutuk perkahwinan ini. Kembalilah ke pangkal jalan.
@intanaina Allah dah ckp... jgn bercinta dgn kaum sejenis le miss.. Astagfirullah....
ReplyDeletekesiannya UMNO....
ReplyDeleteia tiada kaitan dgn isu politik, pakcik. ini isu agama. jd, kaitkan lah ia dgn agama.isu bangsa pun ye.tp kalu masuk lubang kubur...bangsa tidak berguna lg, pakcik. yg berguna cuma agama. yg ditanya nnt bukan hal adat, tp ibadat.
ReplyDeletesekian. dr utara malaysia, aku berdoa moga Encik Ariff Alfian bin Rosli bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.Amin.
Kita doakan dia balik ke pangkal jalan....Selagi panjang umurnya, selagi itu akan diberi petunjuk inshaallah.
ReplyDeleteDah nak masuk akhir zaman... tanda-tanda nak kiamat..
ReplyDeletesemoga dia sadar dengan tindakannya yang menyalahi kodrat dan melanggar syariat agama,
ReplyDeleteorang spt inilah yg dicari oleh kafir laknat untuk menjatuhkan islam.......
ReplyDeletebnyak lagi negara islam yg menawarkan pngajian yg bgus.. sdgkan yg beriman pom mdah trjebak.. nauzbllahmnalzlm
ReplyDeletelebron james shoes
ReplyDeleteoff white outlet
supreme new york
jordan shoes
curry 7
golden goose sneakers
kyrie 5 shoes
nike lebron 16
supreme clothing
michael jordan shoes