Sunday, November 27, 2011

Hotel Yang Diperbuat Keseluruhannya Daripada Garam





Sekali pandang, anda mungkin boleh dimaafkan kerana menyangka gambar ini adalah rumah peranginan di tepi pantai. Dengan lantainya kelihatan pasir bertaburan, manakala dindingnya diperbuat daripada batu-bata.


Bagaimanapun, bangunan itu bukan seperti anggapan kebanyakan orang, sebaliknya ia adalah hotel istimewa diperbuat daripada garam. Setiap tetamu yang berpeluang menginap di hotel itu pasti terpesona dengan keunikan binaannya.


Fakta Ringkas Hotel de Sal:
  • Dibina di Colchani, Bolivia, Hotel de Sal itu menggunakan garam hampir sepenuhnya, selain perabot juga menggunakan bahan sama.
  • Biasanya, pelancong menghabiskan masa selama beberapa hari di Hotel de Sal bagi membolehkan mereka benar-benar menikmati keistimewaan bangunan luar biasa itu.
  • Ketika ini, Hotel de Sal menjadi tarikan utama pelancong di Bolivia dan mereka biasanya tidak melepaskan peluang ke situ sebelum menyambung perjalanan ke destinasi lain.
  • Untuk bayaran £84 (RM416) satu malam, pengunjung boleh menyewa bilik dan merehatkan badan di atas katil diperbuat daripada garam. Tidak cukup dengan itu, keesokan hari mereka juga bakal menikmati hidangan sarapan di atas perabot menggunakan garam.













Fakta Ringkas Tasik garam Salar de Uyuni:
  • Hotel de Sal terletak berhampiran tasik garam Salar de Uyuni yang terbentuk hasil perubahan beberapa tasik prasejarah.
  • Selain mempunyai ketebalan beberapa meter, tasik itu juga amat rata, selain kandungan litium amat kaya dalam kolamnya.
  • Walaupun dikunjungi ramai pelancong sejak sekian lama, litium yang ada hanya di lapisan bawah garam di kawasan itu hanya popular kira-kira lima tahun lalu.
  • Litium di Salar de Uyuni membekalkan separuh daripada keperluan dunia dan digunakan di dalam industri pembuatan bateri telefon bimbit dan komputer. Ia juga penting untuk menghasilkan kereta elektrik.

 sumber: http://www.hmetro.com.my, http://www.crookedbrains.net/, http://www.dailymail.co.uk/

Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

Related Posts with Thumbnails