Skip to main content

Mentega Golden Churn Creamy Butter (Untuk Kek Lapis Sarawak) SAH ada DNA BABI





Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.



Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.




Pengusaha perlu samak peralatan sebelum buat kek baru
 
Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.


Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.
 

Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.

Berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.

sumber: berita harian

Comments

  1. Kesian pengusaha kuih yang dah menyediakan stok berlambak-lambak untuk raya. Agak-agak diaorg akan lupuskan stok diaorg ke?

    ReplyDelete
  2. ni mslh org atasan yg awal2 bg lulus, xcek bbetol..kn da sah2 bgitu ramai umat islam da termkn bnda tuh! aisey..mcm mne da msuk dlm drh daging....uhh....mcm2 hal mcm ni skrg..

    ReplyDelete
  3. @Norasikin itulah, musykil gak..bisnes beb, maunya rugi berjuta2 if lupus mcm tu jer..myb diorg leh target non-muslim customer, atau export ke negara bkn islam ke..

    ReplyDelete
  4. kalau jual pun sama gak hasilnya tetap haram..benda haram mana boleh jual...ini adalah salah pihak yang bagi kelulusan sijil halal tu..kalau ada ramai pengimport mentega tu kenapa tak semak dulu senarai pengimport tu...jabatan agama islam sarawak kata macam lain...jakim kata macam lain....payah la macam nie...

    ReplyDelete
  5. @inspirasicyber hahah, betul gak tu, bnda haram stil xleh jual if pengusaha tu org islam.nk wat cm ne kna lupus la kan atau cari alternatif lain kalu ada

    ReplyDelete
  6. dari dulu apsal x wat kajian?? nmpk sgt dulu wat keje sambil lewa je

    ReplyDelete
  7. sedekah je kt non-muslim

    ReplyDelete
  8. x perlu musnah kek tu...just minta/cop non halal je kat product kek...so boleh jual ke non muslim.

    kes ni merupakan permasaalahn dalaman jakim.. mereka banyak makan rasuah. sbb tu brlaku kekeliruan. mereka yg pg checking tu dah di sogok..so dia org pon lulus logo halal. so hal ni bercanggah la dgn majlis islam serawak tuh...

    ape pun dunia akhir zaman.. yg halal jd haram..yg haram jd halal..nie le salah satunya...

    ReplyDelete
  9. disebabkan golden churn yg xhalal, org yg wat kek lapis pakai butter lain yg halal pun kene tempias.. sebabnya title KEK LAPIS..kalau sebut golden churn je kn sng..isk... sejak masuk berita tu terus merudum walaupun pakai buttercup.. kene wat demo nih..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org bodot je yg sk bt demo ni, haha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.