Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Pengusaha perlu samak peralatan sebelum buat kek baru
Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.
Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.
Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.
Berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.
sumber: berita harian
Kesian pengusaha kuih yang dah menyediakan stok berlambak-lambak untuk raya. Agak-agak diaorg akan lupuskan stok diaorg ke?
ReplyDeleteni mslh org atasan yg awal2 bg lulus, xcek bbetol..kn da sah2 bgitu ramai umat islam da termkn bnda tuh! aisey..mcm mne da msuk dlm drh daging....uhh....mcm2 hal mcm ni skrg..
ReplyDelete@Norasikin itulah, musykil gak..bisnes beb, maunya rugi berjuta2 if lupus mcm tu jer..myb diorg leh target non-muslim customer, atau export ke negara bkn islam ke..
ReplyDeletekalau jual pun sama gak hasilnya tetap haram..benda haram mana boleh jual...ini adalah salah pihak yang bagi kelulusan sijil halal tu..kalau ada ramai pengimport mentega tu kenapa tak semak dulu senarai pengimport tu...jabatan agama islam sarawak kata macam lain...jakim kata macam lain....payah la macam nie...
ReplyDelete@inspirasicyber hahah, betul gak tu, bnda haram stil xleh jual if pengusaha tu org islam.nk wat cm ne kna lupus la kan atau cari alternatif lain kalu ada
ReplyDeletedari dulu apsal x wat kajian?? nmpk sgt dulu wat keje sambil lewa je
ReplyDeletesedekah je kt non-muslim
ReplyDeletex perlu musnah kek tu...just minta/cop non halal je kat product kek...so boleh jual ke non muslim.
ReplyDeletekes ni merupakan permasaalahn dalaman jakim.. mereka banyak makan rasuah. sbb tu brlaku kekeliruan. mereka yg pg checking tu dah di sogok..so dia org pon lulus logo halal. so hal ni bercanggah la dgn majlis islam serawak tuh...
ape pun dunia akhir zaman.. yg halal jd haram..yg haram jd halal..nie le salah satunya...
disebabkan golden churn yg xhalal, org yg wat kek lapis pakai butter lain yg halal pun kene tempias.. sebabnya title KEK LAPIS..kalau sebut golden churn je kn sng..isk... sejak masuk berita tu terus merudum walaupun pakai buttercup.. kene wat demo nih..hihihi..
ReplyDeleteOrg bodot je yg sk bt demo ni, haha
Delete