Skip to main content

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah



Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.


Dengan pemandangan indah menghadap Gunung Keriang dan persekitaran menyamankan dikelilingi sawah padi yang luas terbentang, rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan di kawasan itu untuk tatapan dan perkongsian di laman media sosial.

Blue Lagoon ini dikatakan kawasan sebuah projek tebatan banjir yang merupakan salah satu projek kerajaan persekutuan. Dipercayai ini adalah tanah korek untuk dijadikan sungai buatan bagi mengelakkan banjir berlaku setiap tahun.



Bagaimanapun, menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah, Perlis dan Pulau Pinang  (JMGKPP), air sungai biru ini didapati memiliki nilai PH rendah, iaitu 3.0.

Jadi, ia bermakna kandungan air ini berasid dan tidak selamat diminum jika berpandukan kepada standard Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Berdasarkan standard WHO, nilai PH air yang selamat untuk diminum adalah antara PH6.5 hingga PH8.5. 


Lagi gambar-gambar menarik:








sumber: ohmedia, sinarharian, bernama, ohbulan


Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.