Skip to main content

Pelakon Harry Potter Akhirnya Terima Kenyataan Bahawa Dirinya 'Pendek'


Bintang Harry Potter, Daniel Radcliffe akhirnya menerima hakikat bahawa dirinya memang pendek. Walaupun pada awalnya ia merupakan isu sentitf bagi beliau, namun kini dia lebih terbuka, malah lebih senang membuat jenaka berkaitan ketinggiannya daripada sakit hati dan berasa pahit.

 

Pelakon berusia 22 tahun yang mempunyai ketinggian 5 kaki dan 5 inci itu (165 cm), mengakui beliau pernah berasa bimbang jika rakan sihirnya Emma Watson dan Rupert Grint akan menjadi lebih tinggi daripadanya di skrin.

Dan walaupun mereka akhirnya lebih tinggi daripadanya, Radcliffe menegaskan dia berasa selesa dengan  ketinggian yang dimilikinya.

Dia berkata, "Saya secara khususnya tidak bimbang kerana selagi mana Emma (Watson) dan Rupert (Grint) tidak membesar terlalu cepat, saya akan kelihatan ok (di skrin). Kami semua kelihatan secara relatif sama ( sama tinggi). Semua akan menjadi okay.
 


"Saya cuma bimbang secara peribadi kerana saya ingin menjadi lebih tinggi sedikit daripada saya sekarang ini. Itu sebaik-baiknya, tetapi saya kini menerimanya."

"Pada dasarnya, saya membuat kesimpulan sendiri bahawa anda boleh sama ada benar-benar terasa pahit tentang ini (ketinggian) atau anda boleh membuat jenaka yang lucu. Apabila saya bertemu dengan orang ramai dan mereka semua berkata, ''God you're so much shorter than I expected!' dan saya selalu berkata, 'No! I'm actually slightly further away than you think', yang mana mengelirukan mereka. "
 

So, Harry Potter fans, mungkinkah Daniel Radcliffe sesuai dimasukkan dalam ranking ini--------> 20 Lelaki Rendah Paling Seksi di Dunia ??

Comments

  1. ooooo..pendek ke dia ni???? baru tahu..hahahh...

    ReplyDelete
  2. tak lah pendek sgt kot..org asia lg ramai pendek2 hehehe

    ReplyDelete
  3. hahah.. suruh dia mai malaysia la. boleh la merasa jadi tinggi

    ReplyDelete
  4. tp bg mat salleh mcm die ni 165 mmg sgt pendek..165 ni biase standard lelaki asia...patut la kene condamned je kat sane...huuhu

    ReplyDelete
  5. haish... nsib bek la sya perempuan, pendek tggi ke sya akn nmpak normal jka sya seorg perempuan..hihihi~ tp,, bersyukur la daniel R , koz x kerdil cm org terencat... hehe~

    ReplyDelete
  6. alamak dia sama tggi dgn aku la..165cm...

    ReplyDelete
  7. yg pnting die lbih tggi dr sy..hehe

    ReplyDelete
  8. whatever it is, you are a good actor! <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.