Skip to main content

Melabur Dalam ASB/ASN Hukumnya Haram - Jabatan Mufti Selangor





Memang diketahui bahawa syarikat yang menguruskan pelaburan ASB/ASN iaitu syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) terlibat dalam pelbagai bisnes pelaburan termasuk antaranya pelaburan dalam bisnes yang meragukan status halalnya sebagai contoh dalam syarikat arak. 


Dan disebabkan sudah terlalu ramai orang Islam Malaysia yang melabur dalam skim ini, maka para ahli agama sebelum ini memutuskan hukum melabur dalam ASB/ASN adalah HARUS. Konon demi menjaga kemaslahatan.

Tetapi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H yang lalu telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
Sila lihat dokumen di bawah:

 


Encik Billy tak berapa arif dalam bab-bab hukum agama ni, so nak minta pendapat sesapa yang arif tentang perkara ni:
  1. Bila dah haram hukumnya, adakah bermakna kita kena hentikan pelaburan/pinjaman ASB yang berurusan dengan Maybank, RHB bank dan sebagainya terutama sekali yang dah sign kontrak untuk tempoh tertentu seperti 5 atau 10 tahun?
  2. Jika kita ingin menamatkan pelaburan dan mahu mengeluarkan kesemua wang pelaburan kita, apakah pula hukum wang itu? Ini kerana ramai saudara-mara serta warga tua di kampung saya melabur dalam skim ini. 
  3. Apa pula hukumnya mengeluarkan zakat daripada wang pelaburan ASB/ASN. Adakah zakat itu tidak sah?

So, sekarang nak melabur kat mana? Setelah meneliti dan men'google', rupanya banyak jer skim pelaburan lain yang HALAL statusnya dan menepati kehendak syariah kerana mempunyai panel syariah tersendiri. Antaranya:
  1. Pelaburan Dinar EMAS (Genneva Gold)
  2. Dana2 di CIMB Wealth Advisors-Unit trust cimb islamic
  3. Public Mutual
  4. dan banyak lagi...tapi yg di atas nilah yg terkenal dan dipercayai...
 sumber: http://www.islamituindah.my/

Comments

  1. bank islam pun dah ada skim pelaburan berlandaskan islam kan kalau tak silap.

    ReplyDelete
  2. Ni lh msalah kita..bg hukum tp x bg cara pnyelesaian..last2 org2 biase cm kita ni yg konfius smpai btikam lidah..erm mintak mufti n majlis fatwa bg jln pnyelesaian utk pelabur.

    ReplyDelete
  3. @sizuka[Izzati] thanks izzati...sy akan google nanti..

    ReplyDelete
  4. @Anonymous stuju...skang ni, org cm sy ni dah dlm dilema..

    ReplyDelete
  5. apa hukumnya org yg keje kerajaan? sumber cukai kerajaan tu dari pelbagai sumber.. arak pun kena cukai.. sport toto pun kena cukai.. cikgu dan ustaz kat sekolah yg terima gaji dari kerajaan tu agaknyer halal ke tak?
    tolong jawab siapa yg arif.. kalu tak tau x yah nak pandai2 nak jawab

    ReplyDelete
  6. Saya stuju dgn nordin? Minta pendapat pada yang arif bab ugama neh... banyak benda yang berkaitan. ini bab duit ringgit bab makan minum halal x halal tu pun satu hal lagi....sy percaya ada khilaf2 tertentu yang membolehkan ia.

    ReplyDelete
  7. org kampung sy pun byk yg melabur dalam ASB ni...termasuk la sy..

    ReplyDelete
  8. pernah jgak terfikir hal ini..
    sekarang mcm mana nk buat..
    perlukah bawak keluar duit tu..

    ReplyDelete
  9. mufti ni pon mengarut ja...
    saya amat hairan mengapa harus setiap negeri menggubal fatwa sendiri, sesangkan agama tu 1 sahaja bukan 14..
    negeri ni kata mcm ni
    negeri tu kata mcm tu plak.

    apa pandangan anda?

    ReplyDelete
  10. ada la sebabnya mufti keluarkan perkara ini, soal halal haram itu perlu dipandang serius, macam contoh keadaan negara kita ni la, hal ini kurang dijaga. sedih, tapi setiap hasil dari haram tu, sampai kebawah2 akan tanggung kesannya.

    ReplyDelete
  11. aku pon kompius gak..lepas je mufti selangor kate haram,ade plak kate xharam..

    tgk sini http://www.suzie284.com/2011/06/hukum-asb-tidak-haram-harus-fatwa.html

    ReplyDelete
  12. xyah masuk buat simpanan ape2 la..kad kredit pon xyah..loan rumah..loan keta..

    ReplyDelete
  13. klau labur kat MKT mesti x haram pnya hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.