Memang diketahui bahawa syarikat yang menguruskan pelaburan ASB/ASN iaitu syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) terlibat dalam pelbagai bisnes pelaburan termasuk antaranya pelaburan dalam bisnes yang meragukan status halalnya sebagai contoh dalam syarikat arak.
Dan disebabkan sudah terlalu ramai orang Islam Malaysia yang melabur dalam skim ini, maka para ahli agama sebelum ini memutuskan hukum melabur dalam ASB/ASN adalah HARUS. Konon demi menjaga kemaslahatan.
Tetapi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H yang lalu telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Sila lihat dokumen di bawah:
Encik Billy tak berapa arif dalam bab-bab hukum agama ni, so nak minta pendapat sesapa yang arif tentang perkara ni:
- Bila dah haram hukumnya, adakah bermakna kita kena hentikan pelaburan/pinjaman ASB yang berurusan dengan Maybank, RHB bank dan sebagainya terutama sekali yang dah sign kontrak untuk tempoh tertentu seperti 5 atau 10 tahun?
- Jika kita ingin menamatkan pelaburan dan mahu mengeluarkan kesemua wang pelaburan kita, apakah pula hukum wang itu? Ini kerana ramai saudara-mara serta warga tua di kampung saya melabur dalam skim ini.
- Apa pula hukumnya mengeluarkan zakat daripada wang pelaburan ASB/ASN. Adakah zakat itu tidak sah?
So, sekarang nak melabur kat mana? Setelah meneliti dan men'google', rupanya banyak jer skim pelaburan lain yang HALAL statusnya dan menepati kehendak syariah kerana mempunyai panel syariah tersendiri. Antaranya:
- Pelaburan Dinar EMAS (Genneva Gold)
- Dana2 di CIMB Wealth Advisors-Unit trust cimb islamic
- Public Mutual
- dan banyak lagi...tapi yg di atas nilah yg terkenal dan dipercayai...
bank islam pun dah ada skim pelaburan berlandaskan islam kan kalau tak silap.
ReplyDeleteNi lh msalah kita..bg hukum tp x bg cara pnyelesaian..last2 org2 biase cm kita ni yg konfius smpai btikam lidah..erm mintak mufti n majlis fatwa bg jln pnyelesaian utk pelabur.
ReplyDelete@sizuka[Izzati] thanks izzati...sy akan google nanti..
ReplyDelete@Anonymous stuju...skang ni, org cm sy ni dah dlm dilema..
ReplyDeleteapa hukumnya org yg keje kerajaan? sumber cukai kerajaan tu dari pelbagai sumber.. arak pun kena cukai.. sport toto pun kena cukai.. cikgu dan ustaz kat sekolah yg terima gaji dari kerajaan tu agaknyer halal ke tak?
ReplyDeletetolong jawab siapa yg arif.. kalu tak tau x yah nak pandai2 nak jawab
Saya stuju dgn nordin? Minta pendapat pada yang arif bab ugama neh... banyak benda yang berkaitan. ini bab duit ringgit bab makan minum halal x halal tu pun satu hal lagi....sy percaya ada khilaf2 tertentu yang membolehkan ia.
ReplyDeleteduit saye banyak dalam ASB...cm ne tu
ReplyDeleteHATI-HATI DENGAN SCAMMERS
FOLLOWER KE-100
DOWNLOAD GARY NEVILLE TESTIMONIAL MATCH
TEMURAMAH BERSAMA PENGASAS BLOG
PREMIER LEAGUE TEAM OF THE DECADE
org kampung sy pun byk yg melabur dalam ASB ni...termasuk la sy..
ReplyDeletepernah jgak terfikir hal ini..
ReplyDeletesekarang mcm mana nk buat..
perlukah bawak keluar duit tu..
mufti ni pon mengarut ja...
ReplyDeletesaya amat hairan mengapa harus setiap negeri menggubal fatwa sendiri, sesangkan agama tu 1 sahaja bukan 14..
negeri ni kata mcm ni
negeri tu kata mcm tu plak.
apa pandangan anda?
ada la sebabnya mufti keluarkan perkara ini, soal halal haram itu perlu dipandang serius, macam contoh keadaan negara kita ni la, hal ini kurang dijaga. sedih, tapi setiap hasil dari haram tu, sampai kebawah2 akan tanggung kesannya.
ReplyDeleteaku pon kompius gak..lepas je mufti selangor kate haram,ade plak kate xharam..
ReplyDeletetgk sini http://www.suzie284.com/2011/06/hukum-asb-tidak-haram-harus-fatwa.html
xyah masuk buat simpanan ape2 la..kad kredit pon xyah..loan rumah..loan keta..
ReplyDeleteklau labur kat MKT mesti x haram pnya hahahaha
ReplyDelete