Skip to main content

[Video]- Kesian Gilee, Lelaki Ini Tergamam Kekasihnya Tolak Lamaran di Tempat Awam





Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di Los Angeles baru-baru ini.


Kejadian itu (lihat video di bawah)  menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.

Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.

Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".


Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam. Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa.

 sumber: kosmo, youtube

Comments

  1. kesiannyeee! malu gila kot depan org ramai

    ReplyDelete
  2. aduhai..kalau aku tu mahu hantuk kepala kat diding sebelah tu...

    ReplyDelete
  3. kalau fai rasanye takkan kuar umah lagi dah..
    maluuuu

    ReplyDelete
  4. perempuan tu terkejut kot..xpom malu org semua duk tengok..

    ReplyDelete
  5. @bunga
    maybe dye terkejut kot...btl gk ckp bunga tue...

    ReplyDelete
  6. OH MY GOD!! hahaha itu je lah y boleh diperkatakan! ahhaha =D hadoi tulah lein kali kompemkan awl2 dlu b4 propose ek "^^

    ReplyDelete
  7. sweet duh.. kalau aku dah jawap, i do

    ReplyDelete
  8. Ala pompuan tu tak kata pun dia tolak lamaran tu..
    Dia just pergi sbb ungkin terkejut n tak terkata..
    Harap2 lah lepas tue, perempuan tu terima..
    Sama2 kita doakan.. Itu lebih baik.. hehe =)

    ReplyDelete
  9. kejutan yang memalukan...ciannya....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.