Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di Los Angeles baru-baru ini.
Kejadian itu (lihat video di bawah) menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.
Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.
Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".
Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam. Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa.
sumber: kosmo, youtube
kesiannyeee! malu gila kot depan org ramai
ReplyDeleteT_T
ReplyDeletekesiann !!
gilakk ah !
aduhai..kalau aku tu mahu hantuk kepala kat diding sebelah tu...
ReplyDeletekalau fai rasanye takkan kuar umah lagi dah..
ReplyDeletemaluuuu
perempuan tu terkejut kot..xpom malu org semua duk tengok..
ReplyDelete@bunga
ReplyDeletemaybe dye terkejut kot...btl gk ckp bunga tue...
OH MY GOD!! hahaha itu je lah y boleh diperkatakan! ahhaha =D hadoi tulah lein kali kompemkan awl2 dlu b4 propose ek "^^
ReplyDeletesweet duh.. kalau aku dah jawap, i do
ReplyDeleteAla pompuan tu tak kata pun dia tolak lamaran tu..
ReplyDeleteDia just pergi sbb ungkin terkejut n tak terkata..
Harap2 lah lepas tue, perempuan tu terima..
Sama2 kita doakan.. Itu lebih baik.. hehe =)
kejutan yang memalukan...ciannya....
ReplyDeletekesian aieeee
ReplyDelete