Skip to main content

Norway, Tempat Terbaik di Dunia Untuk Menjadi Seorang Ibu




Tempat terbaik untuk menjadi seorang ibu di dunia adalah Norway kerana kadar kelahiran dan kematian bayi adalah paling rendah manakala jangka hayat wanita dan tahun persekolahan adalah tinggi sementara purata cuti bersalin adalah kira-kira setahun.

Norway diiktiraf sebagai negara terbaik untuk para ibu
Australia dan Iceland menyertai Norway di tangga teratas Indeks Ibu Tahunan ke 12 'Selamatkan kanak-kanak' yang disiarkan baru-baru ini.

Afghanistan pula berada di tempat terakhir, manakala Amerika Syarikat di tempat ke 31, menurut hasil kajian mengukur kesihatan ibu dan anak.

Laporan yang dikeluarkan setiap tahun sebelum Hari Ibu, menganalisis penunjuk kanak-kanak dan kelahiran dan maklumat lain membabitkan 164 negara.

Wanita Afghanistan mempunyai jangka hayat terendah di dunia
Fakta Ringkas Para Ibu di Afghanistan:
  • Kajian berkenaan menyifatkan Afghanistan tempat terakhir kepada seorang bakal ibu kerana jangka hayat wanita adalah pada usia 45, kadar terendah dunia dan satu bagi setiap 11 wanita mati ketika melahirkan bayi.
  • Selain itu, seorang daripada lima kanak-kanak di negara itu tidak dapat hidup hingga usia 5 tahun, sebahagian besarnya berpunca daripada konflik ketenteraan sejak beberapa dekad lalu. 

Jangka hayat wanita Norway mampu mencecah sehingga usia 83 tahun

Fakta Ringkas Para Ibu di Norway: 
  • Secara perbandingan, wanita Norway hidup sehingga 83 tahun dan hanya satu dalam 175 wanitanya akan kehilangan anak sebelum mereka berusia lima tahun.  
  • Kakitangan kesihatan berkemahiran sentiasa wujud bagi setiap kelahiran di Norway, manakala 14 peratus kelahiran di Afghanistan diawasi. 
  • Sebanyak 82 peratus wanita di Norway menggunakan kaedah kelahiran moden berbanding kurang 16 peratus wanita Afghanistan.

sumber: berita harian

Comments

  1. Habis Amerika bom Afghanistan..mmg ler rmi ibu n kanak2 yg mati. Cb bom Norway sama jgk. Kajian ni kdg2 bkn tepat sgt ada jerk nak manipulasi org Islam di dunia.

    ReplyDelete
  2. setuju dgn comment di atas.. mmg x boleh compared la wanita dr 2 negara ni.. ala..kalau difikir2kan...amerika tu asal jadi tangga yg ke 31, corotlajgtu..bukan ke diorangnegara termaju?? erm...

    ReplyDelete
  3. kepada komen2 di atas
    cuba lihat dari perspektif positif
    memang betul ibu dan kaum wanita tak banyak di Afghanistan sebab kena bom
    tapi janganlah kita tengok sesuatu tu dalam sudut sempit
    kalau info di atas ni kajian, cuba kita lihat bagaimana cara penjagaan anak2 oleh ibu2 di norway, mungkin cara pemakanan, didikan lalulintas dan lain2.
    bukan saya agung2kan barat tapi sesuatu kajian tu ada tujuan nya.
    tentang mati di tangan Allah. memang ibu2 Afghan di bom, habis di malaysia ni tak ada kena bom pun. ramai juga mati. mungkin cara jaga kesihatan. mungkin faktor2 lain.
    look in eagle view orait.
    just nak bagi pendapat so that orang tak nampak Islam ini jumud.
    No hard feelings. Thanks.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.