Tempat terbaik untuk menjadi seorang ibu di dunia adalah Norway kerana kadar kelahiran dan kematian bayi adalah paling rendah manakala jangka hayat wanita dan tahun persekolahan adalah tinggi sementara purata cuti bersalin adalah kira-kira setahun.
Norway diiktiraf sebagai negara terbaik untuk para ibu |
Afghanistan pula berada di tempat terakhir, manakala Amerika Syarikat di tempat ke 31, menurut hasil kajian mengukur kesihatan ibu dan anak.
Laporan yang dikeluarkan setiap tahun sebelum Hari Ibu, menganalisis penunjuk kanak-kanak dan kelahiran dan maklumat lain membabitkan 164 negara.
Wanita Afghanistan mempunyai jangka hayat terendah di dunia |
- Kajian berkenaan menyifatkan Afghanistan tempat terakhir kepada seorang bakal ibu kerana jangka hayat wanita adalah pada usia 45, kadar terendah dunia dan satu bagi setiap 11 wanita mati ketika melahirkan bayi.
- Selain itu, seorang daripada lima kanak-kanak di negara itu tidak dapat hidup hingga usia 5 tahun, sebahagian besarnya berpunca daripada konflik ketenteraan sejak beberapa dekad lalu.
Jangka hayat wanita Norway mampu mencecah sehingga usia 83 tahun |
Fakta Ringkas Para Ibu di Norway:
- Secara perbandingan, wanita Norway hidup sehingga 83 tahun dan hanya satu dalam 175 wanitanya akan kehilangan anak sebelum mereka berusia lima tahun.
- Kakitangan kesihatan berkemahiran sentiasa wujud bagi setiap kelahiran di Norway, manakala 14 peratus kelahiran di Afghanistan diawasi.
- Sebanyak 82 peratus wanita di Norway menggunakan kaedah kelahiran moden berbanding kurang 16 peratus wanita Afghanistan.
sumber: berita harian
Habis Amerika bom Afghanistan..mmg ler rmi ibu n kanak2 yg mati. Cb bom Norway sama jgk. Kajian ni kdg2 bkn tepat sgt ada jerk nak manipulasi org Islam di dunia.
ReplyDeletesetuju dgn comment di atas.. mmg x boleh compared la wanita dr 2 negara ni.. ala..kalau difikir2kan...amerika tu asal jadi tangga yg ke 31, corotlajgtu..bukan ke diorangnegara termaju?? erm...
ReplyDeletekepada komen2 di atas
ReplyDeletecuba lihat dari perspektif positif
memang betul ibu dan kaum wanita tak banyak di Afghanistan sebab kena bom
tapi janganlah kita tengok sesuatu tu dalam sudut sempit
kalau info di atas ni kajian, cuba kita lihat bagaimana cara penjagaan anak2 oleh ibu2 di norway, mungkin cara pemakanan, didikan lalulintas dan lain2.
bukan saya agung2kan barat tapi sesuatu kajian tu ada tujuan nya.
tentang mati di tangan Allah. memang ibu2 Afghan di bom, habis di malaysia ni tak ada kena bom pun. ramai juga mati. mungkin cara jaga kesihatan. mungkin faktor2 lain.
look in eagle view orait.
just nak bagi pendapat so that orang tak nampak Islam ini jumud.
No hard feelings. Thanks.