Skip to main content

[Video]- Lady Gaga Jatuh Lagi...Kali Ini Jatuh Terlentang!





Baru saja rasanya en. Billy buat entri Lady Gaga terjatuh di airport baru-baru ni, semalam dia terjatuh lagi; semuanya bahana kasut tinggi yang dipakainya. Kali ini Lady Gaga terlentang di atas lantai selepas terjatuh dari piano yang terbakar dalam satu persembahan.


Cubaan penyanyi yang kerap mencetuskan kontroversi itu untuk melompat daripada alat muzik itu berakhir dengan tragedi apabila dia jatuh terlentang di atas lantai. Bagaimanapun, kejadian tidak dijangka itu tidak menjejaskan penyanyi terbabit kerana dia tetap meneruskan lagu You And I dinyanyikan. Gaga menghentakkan kekunci piano dengan kaki kirinya dan pada masa sama mengimbangi tubuhnya dengan kaki kanan di bangku.

Bangku itu kemudian terjatuh menyebabkan dia terlentang ke lantai. Mungkin penyanyi itu patut memikirkan semula untuk memakai but tumit tinggi ketika membuat persembahan selepas ini.


 
 
 
 

Kejadian itu berlaku di hadapan beribu-ribu peminatnya dalam konsert di Houston, Texas. Petugas pentas dilihat bergegas untuk membantu penyanyi itu tetapi dia tidak peduli dan meneruskan persembahannya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

 Boleh tengok klip di bawah:



source: www.hmetro.com.my, www.dailymail.co.uk

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.