Skip to main content

Peluang Merasai Sendiri Pengalaman Ala-ala 'Harry Potter'





Peminat novel serta filem Harry Potter kini berpeluang melalui sendiri pengalaman berjalan-jalan di sekitar sekolah ilmu sihir dari filem tersebut, Hogwarts, dalam sebuah pameran yang diadakan di Discovery Times Square, New York. 

Sebahagian daripada artifak Harry Potter

Pameran itu yang berlangsung sehingga 5 September ini bertujuan memberi peluang kepada peminat filem yang diminati ramai itu merasai sendiri pengalaman dan melihat beratus-ratus artifak, kostum, alat-alatan dan perabot yang digunakan dalam filem yang diminati ramai itu.

Pameran itu dinamakan; Harry Potter, The Exhibition akan membawa peminat ahli sihir remaja itu ke dunia Harry, Hermione dan Ron yang bertempur dengan penjahat, Lord Voldemort.
 


Antara yang best dekat pameran ini:

Patung Elf dan kostum pakaian Harry Potter

Helga Hufflepuff's Cup

Sebahagian daripada kostum dari siri Harry Potter

Topeng Death Eater

Loket milik Salazar Slytherin, pengasas Hogwarts

"The Monster Book of Monsters,"yang diberikan oleh Hagrid kepada Harry

 Antara pengalaman menarik yang menanti:
  • Melawat bilik rehat kumpulan Gryffindor dan katil watak utama iaitu Harry Potter di dalam bilik asrama yang dikongsinya bersama rakan karibnya, Ron Weasley.
  • Pelawat boleh melunjur di atas kerusi bersaiz terlalu besar milik Hagrid di dalam pondok yang didiaminya bersama anjingnya, Fang sebelum menyelusuri ke Forbidden Forest yang didiami unikorn, sentora dan Thestral.
  • Mereka juga boleh merasai pengalaman duduk di bawah lilin-lilin terapung di dalam Great Hall di mana pelbagai majlis, jamuan dan majlis tari menari Yule diadakan.
  • Malah, pengunjung yang tidak mengetahui tentang buku-buku J.K. Rowling, fenomena penerbitan buku yang menggalakkan generasi muda membaca serta francais filem blokbuster tentangnya akan turut tertarik dengan keindahan seni yang terperinci pada 200 artifak dan peralatan dalam filem itu.


Lagi gambar-gambar menarik:

Perkakas jampi di sekolah sihir Hogwarts
 
Pondok Hagrid

Sebahagian daripada aktiviti di pameran itu.

Forbidden Forest yang didiami unikorn, sentora dan Thestral.

Koleksi buku sihir di Hogwarts






Pameran itu mengambil masa bertahun-tahun dan turut mempamerkan barangan daripada filem terakhir, Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 2 yang bakal ditayangkan Julai ini. Malah pameran ini turut dijangkakan akan menjelajah ke seluruh dunia bagi membolehkan peminat filem Harry Potter di seluruh dunia merasai sendiri dunia magis Harry Potter.

source: http://www.straitstimes.com, http://www2.macleans.ca, http://www.edmontonjournal.com, http://www.chicagotribune.com

Comments

  1. wah sangat teruja....xsabar nak cuti.. =) like2..

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau buat di Malaysia!!!

    ReplyDelete
  3. tempah tiket la nampaknya. tp ayah sy bukan CEO MAS la.. hu3

    ReplyDelete
  4. whoaaaaa....
    BEST BEST.
    nak pegi! nak pegi!

    ReplyDelete
  5. I vіsited manу web siteѕ but thе auԁio quality
    for audio sοngѕ pгesent аt this web ѕіte iѕ tгuly mагvelous.


    Here is my homepage :: erotic massage in london center

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.