Peminat novel serta filem Harry Potter kini berpeluang melalui sendiri pengalaman berjalan-jalan di sekitar sekolah ilmu sihir dari filem tersebut, Hogwarts, dalam sebuah pameran yang diadakan di Discovery Times Square, New York.
|
Sebahagian daripada artifak Harry Potter |
Pameran itu yang berlangsung sehingga 5 September ini bertujuan memberi peluang kepada peminat filem yang diminati ramai itu merasai sendiri pengalaman dan melihat beratus-ratus artifak, kostum, alat-alatan dan perabot yang digunakan dalam filem yang diminati ramai itu.
Pameran itu dinamakan;
Harry Potter, The Exhibition akan membawa peminat ahli sihir remaja itu ke dunia Harry, Hermione dan Ron yang bertempur dengan penjahat, Lord Voldemort.
Antara yang best dekat pameran ini:
|
Patung Elf dan kostum pakaian Harry Potter |
|
Helga Hufflepuff's Cup |
|
Sebahagian daripada kostum dari siri Harry Potter |
|
Topeng Death Eater |
|
Loket milik Salazar Slytherin, pengasas Hogwarts |
|
"The Monster Book of Monsters,"yang diberikan oleh Hagrid kepada Harry |
Antara pengalaman menarik yang menanti:
- Melawat bilik rehat kumpulan Gryffindor dan katil watak utama iaitu Harry Potter di dalam bilik asrama yang dikongsinya bersama rakan karibnya, Ron Weasley.
- Pelawat boleh melunjur di atas kerusi bersaiz terlalu besar milik Hagrid di dalam pondok yang didiaminya bersama anjingnya, Fang sebelum menyelusuri ke Forbidden Forest yang didiami unikorn, sentora dan Thestral.
- Mereka juga boleh merasai pengalaman duduk di bawah lilin-lilin terapung di dalam Great Hall di mana pelbagai majlis, jamuan dan majlis tari menari Yule diadakan.
- Malah, pengunjung yang tidak mengetahui tentang buku-buku J.K. Rowling, fenomena penerbitan buku yang menggalakkan generasi muda membaca serta francais filem blokbuster tentangnya akan turut tertarik dengan keindahan seni yang terperinci pada 200 artifak dan peralatan dalam filem itu.
Lagi gambar-gambar menarik:
|
Perkakas jampi di sekolah sihir Hogwarts |
|
Pondok Hagrid |
|
Sebahagian daripada aktiviti di pameran itu. |
|
Forbidden Forest yang didiami unikorn, sentora dan Thestral. |
|
Koleksi buku sihir di Hogwarts |
Pameran itu mengambil masa bertahun-tahun dan turut mempamerkan barangan daripada filem terakhir,
Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 2 yang bakal ditayangkan Julai ini. Malah pameran ini turut dijangkakan akan menjelajah ke seluruh dunia bagi membolehkan peminat filem Harry Potter di seluruh dunia merasai sendiri dunia magis Harry Potter.
source: http://www.straitstimes.com, http://www2.macleans.ca, http://www.edmontonjournal.com, http://www.chicagotribune.com
best..!!!
ReplyDeletewah sangat teruja....xsabar nak cuti.. =) like2..
ReplyDeletebestnya kalau buat di Malaysia!!!
ReplyDeletetempah tiket la nampaknya. tp ayah sy bukan CEO MAS la.. hu3
ReplyDeletewhoaaaaa....
ReplyDeleteBEST BEST.
nak pegi! nak pegi!
nampak mcm pameran hantu je
ReplyDeleteI vіsited manу web siteѕ but thе auԁio quality
ReplyDeletefor audio sοngѕ pгesent аt this web ѕіte iѕ tгuly mагvelous.
Here is my homepage :: erotic massage in london center