Skip to main content

Malaysia di Tempat Ke-9 Negara Paling Mesra di Dunia





Malaysia dianggap sebagai negara paling mesra di Asia dan merupakan antara 10 negara paling mesra di dunia.


Mereka yang sering melancong ke beberapa negara berkemungkinan besar kembali ke negara-negara seperti ini kerana penduduknya mesra dan bersikap terbuka, malah ada antara pelancong ini mahu menetap di negara itu dan enggan kembali ke tanah air sendiri.

Fakta Ringkas:
  • Satu kaji selidik oleh Bank HSBC mendapati Malaysia berada di tangga kesembilan dalam senarai negara paling mesra.
  • Selain kemesraan rakyat tempatan, satu lagi kriteria yang digunakan ialah bagaimana warga asing mudah bergaul dan menerima persekitaran di sesebuah negara itu.
  • Kaji selidik yang dijalankan dari April hingga Jun 2010 itu meliputi 4,000 orang di 100 negara.
  • Mereka ini ditanya soalan seperti di manakah mudah bagi mereka mendapat kenalan tempatan, adakah mudah bagi mereka mempelajari bahasa negara berkenaan dan sama ada mereka mudah menerima budaya tempatan.
  • Sebanyak 80 peratus daripada mereka yang ditemubual itu berkata, bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan mereka dan sebab itulah negara yang banyak menggunakan bahasa itu berada dalam senarai teratas.
  • Namun terdapat juga negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris berada dalam senarai 10 negara teratas itu.
 

Berikut adalah 10 Negara Paling Mesra di Dunia:
  1. Kanada
  2. Bermuda
  3. Afrika Selatan
  4. Amerika Syarikat
  5. Australia
  6. Sepanyol
  7. Perancis
  8. Britain
  9. Malaysia
  10. Jerman

sumber: utusan malaysia

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.