Malaysia dianggap sebagai negara paling mesra di Asia dan merupakan antara 10 negara paling mesra di dunia.
Mereka yang sering melancong ke beberapa negara berkemungkinan besar kembali ke negara-negara seperti ini kerana penduduknya mesra dan bersikap terbuka, malah ada antara pelancong ini mahu menetap di negara itu dan enggan kembali ke tanah air sendiri.
Fakta Ringkas:
- Satu kaji selidik oleh Bank HSBC mendapati Malaysia berada di tangga kesembilan dalam senarai negara paling mesra.
- Selain kemesraan rakyat tempatan, satu lagi kriteria yang digunakan ialah bagaimana warga asing mudah bergaul dan menerima persekitaran di sesebuah negara itu.
- Kaji selidik yang dijalankan dari April hingga Jun 2010 itu meliputi 4,000 orang di 100 negara.
- Mereka ini ditanya soalan seperti di manakah mudah bagi mereka mendapat kenalan tempatan, adakah mudah bagi mereka mempelajari bahasa negara berkenaan dan sama ada mereka mudah menerima budaya tempatan.
- Sebanyak 80 peratus daripada mereka yang ditemubual itu berkata, bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan mereka dan sebab itulah negara yang banyak menggunakan bahasa itu berada dalam senarai teratas.
- Namun terdapat juga negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris berada dalam senarai 10 negara teratas itu.
Berikut adalah 10 Negara Paling Mesra di Dunia:
- Kanada
- Bermuda
- Afrika Selatan
- Amerika Syarikat
- Australia
- Sepanyol
- Perancis
- Britain
- Malaysia
- Jerman
sumber: utusan malaysia
waaaaaaaaahhhh..tahniah malaysia!
ReplyDeletebangga bangga . :D
ReplyDeletemungkin jg kerana tlalu mesra, bnyk warga asing masuk tnpa permit/pasport..
ReplyDeletehehe..
wahhh... kembang hdung spuluh inci bila jd rkyat malaysia..
ReplyDeleteproud :)
ReplyDeletekeamanan faktor penunjang datangkan wisatawan
ReplyDelete