Skip to main content

Cara Membezakan Telur Tiruan dan Telur Asli




Walaupun dah banyak orang share pasal benda ni, rasanya tak salah untuk Encik Billy share lagi sekali tentang benda ni. Lagi banyak orang share lagi bagus, lebih berkesan peringatan dan kesedaran kepada orang ramai.


 Sekali pandang gambar kat bawah ni, dapatkah korang kenal pasti yang mana satu ori, mana satu fake?
p/s: yang sebelah kiri adalah fake

Berikut adalah laporan yang dikeluarkan daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP):

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae-bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.


Cara mengenal telur ayam tiruan:
  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
  • Telur ayam tiruan jika digoreng akan menghasilkan gelembung-gelembung udara yang lebih banyak daripada telur ayam tulen.

Selain daripada itu,rasanya adalah lebih sedap berbanding telur tulen,manakala kulitnya lebih mudah pecah berbanding dengan yang tulen.Ciri-ciri lain adalah:-
  • Lebih besar dari yang tulen 
  • Tidak berbau
  • Berkilat 
  • Kasar
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.

sumber: utusan malaysia, http://ezany-kun.co, http://wowberita.co, http://www.2dayblogger.com

Comments

  1. telur palsu ni dah lame ke br lg? macam pnh jadi kt aku je..huhu

    ReplyDelete
  2. @CikGusi BingbOo dah lama.kt mesia penah ada dulu satu kes taun 2008

    ReplyDelete
  3. nak untung cepat...org ramai jadi mangsa....makan bahan kimia....rasa2 mcm aku pernah termakan je telur palsu ni....ohtidak...huhu...

    ReplyDelete
  4. takot laa nak pegi beli telur skg.... takut terbeli yang tiruan.. huhuhu.. =(

    ReplyDelete
  5. ni yang kena bela ayam sendiri nih.. huhuhu..

    ReplyDelete
  6. macam penah jd kat aku jugak...huhu telur kuning terus bercampur dgn telur putih ...huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.