Walaupun dah banyak orang share pasal benda ni, rasanya tak salah untuk Encik Billy share lagi sekali tentang benda ni. Lagi banyak orang share lagi bagus, lebih berkesan peringatan dan kesedaran kepada orang ramai.
Sekali pandang gambar kat bawah ni, dapatkah korang kenal pasti yang mana satu ori, mana satu fake?
p/s: yang sebelah kiri adalah fake |
Berikut adalah laporan yang dikeluarkan daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP):
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Cara mengenal telur ayam tiruan:
- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
- Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
- Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
- Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
- Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
- Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
- Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
- Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
- Telur ayam tiruan jika digoreng akan menghasilkan gelembung-gelembung udara yang lebih banyak daripada telur ayam tulen.
Selain daripada itu,rasanya adalah lebih sedap berbanding telur tulen,manakala kulitnya lebih mudah pecah berbanding dengan yang tulen.Ciri-ciri lain adalah:-
- Lebih besar dari yang tulen
- Tidak berbau
- Berkilat
- Kasar
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.
sumber: utusan malaysia, http://ezany-kun.co, http://wowberita.co, http://www.2dayblogger.com
Presiden CAP.
sumber: utusan malaysia, http://ezany-kun.co, http://wowberita.co, http://www.2dayblogger.com
telur palsu ni dah lame ke br lg? macam pnh jadi kt aku je..huhu
ReplyDelete@CikGusi BingbOo dah lama.kt mesia penah ada dulu satu kes taun 2008
ReplyDeletenak untung cepat...org ramai jadi mangsa....makan bahan kimia....rasa2 mcm aku pernah termakan je telur palsu ni....ohtidak...huhu...
ReplyDeletetakot laa nak pegi beli telur skg.... takut terbeli yang tiruan.. huhuhu.. =(
ReplyDeleteni yang kena bela ayam sendiri nih.. huhuhu..
ReplyDeletewuu. takut...
ReplyDeletemenarik info nie..
ReplyDeletebagus2..
macam penah jd kat aku jugak...huhu telur kuning terus bercampur dgn telur putih ...huhuhu
ReplyDelete