Skip to main content

Tempat Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w



Segala puja dan puji hanya bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang telah mengutus hamba dan rasul-Nya : Muhammad; sebagai pembawa rahmatan lil a'lamin.

Hari ini, 15 February 2011, iaitu bersamaan dengan 12 Rabi Al-Awwal 1432 H, merupakan besday buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Juga merupakan tarikh di mana kita kehilangan baginda. Marilah bersama-sama kita mengucapkan selawat dan salam atas junjungan kita : Nabi Muhammad dan keluarganya, serta para sahabatnya yang setia dan mengikuti jejaknya.

Okey, hari ini Encik Billy nak bawa anda semua melawat tempat kelahiran baginda nabi melalui gambar-gambar di bawah. Juga sedikit info pasal tempat ni turut ada kat bawah.


Gambar (dalam bulatan) ini menunjukkan lokasi rumah kelahiran Nabi sebelum sebuah perpustakaan dibina di situ.

Gambar di atas menunjukkan lakaran asal rumah kelahiran baginda Nabi, rumah kepada Abdul Muttalib dan Abdullah ibn Abdul Mutalib, seperti yang dipetik dari buku The Hijazi Travels tulisan al-Batununi (1327 H.E)
 
 Lagi gambar lakaran asal rumah kelahiran Baginda Nabi. 
.
.
.
Kini rumah kelahiran itu sudah menjadi sebuah perpustakaan seperti gambar di bawah.
Gambar interior perpustakaan

 
 
 

Info Ringkas:
  • Rumah kelahiran baginda Nabi di Mekah ini dimiliki oleh Shaykh Abbas Kattan yang membina sebuah perpustakaan di sekeliling lokasi untuk melindungi struktur asal rumah itu daripada dimusnahkan oleh puak Wahabi, yang mana merancang untuk memusnahkan tempat ini pada tahun 1951.

Dan sekarang ini pun masih ada usaha-usaha daripada puak Wahabi ini untuk memusnahkan rumah kelahiran baginda Nabi ini. Sebab apa? Tak pasti, tapi boleh klik kat sini dan sini. Antara lain, mereka (kerajaan Arab Saudi) mencadangkan pelan pembangunan baru di kawasan itu.
 Lukisan asal perpustakaan yang dicadangkan dibina yang mana bakal menghapuskan sama sekali struktur asal rumah.

Ini pula lukisan perpustakaan di tingkat dua bangunan yang dicadangkan.


Sekarang apa jadi? Wallahualam...


Comments

  1. maaf. saya ingt kan nama billy ni non muslim.
    anyway SELAmat myambut maulidur rasul....

    ReplyDelete
  2. klu sebut rasulullah, msti trigt pengorbanan nabi yg sgt hebat... msti terharu, klu dpt pegi tgk tmpt kelahiran nabi, sbb rse cam back to the time nabi ada..
    serius nangis la klu pegi

    ReplyDelete
  3. jahat la nak musnahkan rumah Rasulullah pulak.

    ReplyDelete
  4. @Miss Nurun owh, itu nama timangan saya saja..salam maulidur rasul

    ReplyDelete
  5. @atieshariffuddin mudah-mudahan setiap hari kita mengingati Allah dan baginda Nabi, bukan hny pd hari2 trtentu sj..

    ReplyDelete
  6. @Zabedah Wahab entah, x pahamla sebab apa diorg nk musnahkan tempat kelahiran tu.apa faedah dan kepentingannya kpd mereka pun x tau la

    ReplyDelete
  7. wahabi memang nak lenyapkan tempat2 kebesaran Islam. sebab belakang dia yahudi. kat malaysiapun dah menular kuat wahabi ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.