Segala puja dan puji hanya bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang telah mengutus hamba dan rasul-Nya : Muhammad; sebagai pembawa rahmatan lil a'lamin.
Hari ini, 15 February 2011, iaitu bersamaan dengan 12 Rabi Al-Awwal 1432 H, merupakan besday buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Juga merupakan tarikh di mana kita kehilangan baginda. Marilah bersama-sama kita mengucapkan selawat dan salam atas junjungan kita : Nabi Muhammad dan keluarganya, serta para sahabatnya yang setia dan mengikuti jejaknya.
Okey, hari ini Encik Billy nak bawa anda semua melawat tempat kelahiran baginda nabi melalui gambar-gambar di bawah. Juga sedikit info pasal tempat ni turut ada kat bawah.
Gambar (dalam bulatan) ini menunjukkan lokasi rumah kelahiran Nabi sebelum sebuah perpustakaan dibina di situ. |
Lagi gambar lakaran asal rumah kelahiran Baginda Nabi.
.
.
.
Kini rumah kelahiran itu sudah menjadi sebuah perpustakaan seperti gambar di bawah.
Gambar interior perpustakaan
Info Ringkas:
- Rumah kelahiran baginda Nabi di Mekah ini dimiliki oleh Shaykh Abbas Kattan yang membina sebuah perpustakaan di sekeliling lokasi untuk melindungi struktur asal rumah itu daripada dimusnahkan oleh puak Wahabi, yang mana merancang untuk memusnahkan tempat ini pada tahun 1951.
Dan sekarang ini pun masih ada usaha-usaha daripada puak Wahabi ini untuk memusnahkan rumah kelahiran baginda Nabi ini. Sebab apa? Tak pasti, tapi boleh klik kat sini dan sini. Antara lain, mereka (kerajaan Arab Saudi) mencadangkan pelan pembangunan baru di kawasan itu.
Lukisan asal perpustakaan yang dicadangkan dibina yang mana bakal menghapuskan sama sekali struktur asal rumah.
Ini pula lukisan perpustakaan di tingkat dua bangunan yang dicadangkan.
Sekarang apa jadi? Wallahualam...
[sumber]
SALAM MAULIDUR RASUL
ReplyDelete(^_^)
maaf. saya ingt kan nama billy ni non muslim.
ReplyDeleteanyway SELAmat myambut maulidur rasul....
klu sebut rasulullah, msti trigt pengorbanan nabi yg sgt hebat... msti terharu, klu dpt pegi tgk tmpt kelahiran nabi, sbb rse cam back to the time nabi ada..
ReplyDeleteserius nangis la klu pegi
jahat la nak musnahkan rumah Rasulullah pulak.
ReplyDelete@Tulip salam maulidur rasul jugak :)
ReplyDelete@Miss Nurun owh, itu nama timangan saya saja..salam maulidur rasul
ReplyDelete@atieshariffuddin mudah-mudahan setiap hari kita mengingati Allah dan baginda Nabi, bukan hny pd hari2 trtentu sj..
ReplyDelete@Zabedah Wahab entah, x pahamla sebab apa diorg nk musnahkan tempat kelahiran tu.apa faedah dan kepentingannya kpd mereka pun x tau la
ReplyDeletewahabi memang nak lenyapkan tempat2 kebesaran Islam. sebab belakang dia yahudi. kat malaysiapun dah menular kuat wahabi ni
ReplyDelete