Sunday, February 20, 2011

Kebaikan Meminum Air Soya



Antara menu wajib yang Encik Billy akan beli bila pergi pasar malam adalah air soya (selain spring potato dan ayam goreng). Sebab apa air soya? Sebab dia sedaplah...lagipun air soya pasar malam lagi mantap dari air soya botol atau tin. Selain tu air soya ni lebih berkhasiat daripada minum air-air lain. Apa khasiatnya?...bleh jer usha info-info kat bawah ni...


Khasiat air soya:

• Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.

• Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.

•Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.

•Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.

•Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

•Protien soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

•Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.

•Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.

•Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.


sumber: YPNet

Entri-Entri Berkaitan.....

10 comments:

  1. tp xbgus tok lelaki kan?
    heeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. ada yg ckp soya tak bagus utk kesihatan..
    antaranya bleh sbb kanser serviks..
    yg mana 1 btol ni..?
    mohon penjelasan..
    harap maaf, terima kasih..

    ReplyDelete
  3. @ijam ismail owh yeke cik ijam? pernah dgar gak dulu2..kononnya antr faktor lelaki jd lembut kn? huhu ntahla btol ke tak

    ReplyDelete
  4. @Solihin Zubir sebenarnya,anything if kita amik scr berlebihan boleh mendatangkan bahaya pd kesihatan. sbg contoh, air soya kalau diambil sebanyak 2 gelas sehari selama sebulan dikatakan boleh mengganggu sistem haid wanita.itu baru air soya...skrg cuba bayangkan kalau kita minum coke 2 gelas sehari selama sebulan..bukankah itu lg bahaya?

    ReplyDelete
  5. air soya memang sodap!! lagi2 klau tyme buke puase...perghhh!!
    tapi...
    http://zonbebas.com/soya-boleh-mengurangkan-bilangan-sperma/

    ReplyDelete
  6. @Mohd Khirul Amri Bin Hasan hahah, baru gak terbaca. soya bole kurangkan kualiti sperma..waa, scary!

    ReplyDelete
  7. soya jg mengenyangkan sy...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails