Skip to main content

Keindahan Perkampungan Popeye di Malta





Perkampungan Popeye yang terletak di Malta ini sebenarnya adalah tinggalan daripada lokasi set penggambaran filem fiksyen Popeye lakonan Robin Williams pada tahun 1980 yang diterbitkan oleh Walt Disney dan Paramount Pictures.




Fakta ringkas Popeye Village:
  • Pasukan produksi telah memilih Anchor Bay yang terletak di sudut utara-barat pulau Mediterranean Malta, dua batu dari kampung Mellieħa, sebagai lokasi untuk kampung fiksyen Popeye.
  • Pembinaan set filem itu bermula pada bulan Jun 1979. Seramai 165 krew pembinaan telah bekerja lebih tujuh bulan untuk membina kampung seperti yang digambarkan oleh pencipta komik, E.C. Segar. 
  • Sembilan belas bangunan kayu yang telah dibina dari beratus-ratus kayu balak dan beberapa ribu papan kayu yang diimport dari Belanda, manakala kepimgan kayu untuk pembinaan puncak bumbung diimport dari Kanada. 
  • Dua ribu gelen cat telah digunakan. Di samping itu, pemecah ombak 200-250 kaki telah dibina di sekeliling Anchor Bay untuk melindungi set dari laut lepas.


Hari ini set filem ini telah dibuka kepada orang awam sebagai muzium terbuka dan kompleks hiburan keluarga. Selain dari kampung itu sendiri, terdapat perjalanan bot di sekitar Anchor Bay, pertunjukan audio-visual yang merangkumi klip dari filem yang sebenar dan pembinaan set ini, trampolin air, golf mini, dan permainan lain dan pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan.


Lagi gambar-gambar menarik:









source: http://www.amusingplanet.com/

Comments

  1. perkampungan yang sangat indah,dan bebas dari sampah

    ReplyDelete
  2. subhanalloh,perkampungan yang sangat indah

    ReplyDelete
  3. perkampungan sangat bagus, mantab sekali gan, kalau liburanke sana

    ReplyDelete
  4. mantap sangat bagus sekali jdi ingin nak kunjung kesana

    ReplyDelete
  5. atau makanan pokoknya bayam kali

    ReplyDelete
  6. kampungnya sanagt indah sekali, ingin deh berlibur kesana kayaknya seru

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.