Skip to main content

Melihat Pesawat Penumpang Pertama Buatan CHINA, Bakal Beri Saingan Kepada Boeing dan Airbus





China melancarkan pesawat penumpang yang pertama kali dibina dan direka oleh negara ini pada 2 November lalu dan bakal menjadi pesaing hebat kepada syarikat Boeing dan Airbus. 


The Commercial Aircraft Corporation of China Ltd (Comac), yang merupakan syarikat pengeluar penerbangan milik negara, melancarkan pesawat C919 pertama di kilangnya di Shanghai.

China - ekonomi kedua terbesar di dunia - kini mencari prestij tersendiri dalam sektor penerbangan berhasrat untuk mencabar pasaran gergasi asing Airbus dan Boeing dalam sektor pesawat komersial.

Jet berbadan kecil satu lorong itu direka untuk menampung 168 penumpang, dan mempunyai rangkaian penerbangan sejauh 2,532 batu (4,075 kilometer), yang bermakna pesawat boleh terbang tanpa henti dari Shanghai ke Kuala Lumpur atau dari New York City ke Los Angeles.


Kemunculan sulung pesawat ini dianggap oleh media China sebagai satu kejayaan dalam sejarah industri penerbangan awam di negara ini dan juga permulaan lembaran baru dalam pembuatan peralatan berteknologi tinggi di China.

Harga sebenar pesawat ini masih belum didedahkan, tetapi laporan oleh China National Radio pada Jun meramalkan bahawa C919 berkemungkinan berharga £ 32000000 (AS $ 50 juta), iaitu 30 peratus lebih murah daripada Boeing 737 atau Airbus 320.

Setakat ini, pesawat C919 ini sudah menerima sebanyak 517 tempahan daripada 21 syarikat penerbangan di seluruh dunia.


Lagi gambar-gambar menarik:













sumber: dailymail.co.uk, telegraph.co.uk, www.news.cn


Comments

  1. negara yang akan menguasai pasar ekonomi dunia

    ReplyDelete
  2. china adalah negara super singkat majunya

    ReplyDelete
  3. memang china itu negara sangat hebat sekalih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.