Skip to main content

Kartun-Kartun Menghina Islam Oleh Majalah Tabloid Charlie Hebdo





Minggu lepas (7 Januari 2015), dunia dikejutkan oleh kejadian serangan di pejabat akhbar tabloid mingguan Charlie Hedbo, di Paris, Perancis. Kejadian itu telah meragut nyawa sebanyak 12 orang, termasuk 4 daripadanya adalah kartunis Charlie Hedbo. Kejadian serangan ini dikatakan berlaku sebagai tindak balas terhadap penghinaan/perlecehan yang dilakukan oleh majalah ini terhadap Islam.



Latar belakang Charlie Hebdo:

Charlie Hebdo adalah sebuah majalah/tabloid mingguan yang diterbitkan di Perancis, isi majalah ini menjual kontroversi dengan alasan kebebasan berekspresi tanpa mengindahkan norma jurnalistik yang mestinya dijunjung tinggi.

Majalah ini sering memuatkan kartun-kartun provokatif yang membangkitkan kemarahan banyak pihak untuk meningkatkan prestasi penjualannya. Islam, rupanya menjadi 'bahan jualan' tersendiri bagi majalah ini, oleh sebab itu Charlie Hebdo sering memuat karikatur Nabi Muhammad dengan pelbagai penghinaan yang dilakukannya.

Hasilnya, seperti yang diperoleh pada tahun 2006, disebabkan kartun pelecehan terhadap Nabi Muhammad, majalah ini mampu menaikkan rating Charlie Hebdo hingga terjual lebih dari setengah juta naskhah, padahal kebiasaannya hanya 55 ribu naskhah yang mampu dijual pada setiap minggu.

Tahun 2011, majalah ini kembali melakukan pelecehan terhadap Islam dan diulangi lagi dengan yang terbaru pada tahun 2013 yang lalu dengan menerbitkan sebuah tabloid setebal 64 halaman yang  berisi karikatur tentang kehidupan Nabi Muhammad. Dalam edisi ini ketua redaksinya, Stephane Charbonnier, yang turut maut dalam tragedi berdarah pada 7 Januari 2015 yang lalau mengatakan:

“Jika anda ingin merasa terhina, maka anda akan merasa terpukul ketika membuka dan membaca edisi ini.” berdasarkan ucapan pemimpin redaksinya, tentu anda dapat membayangkan apakah isi dari tabloid tersebut?







sumber: berita harian, http://www.realifactpost.com


Comments

  1. using ur site decoration and concepts, I made my site www.Abhilashatechnology.com, Thanks for good article.

    ReplyDelete
  2. penyembelihan kafir ada aturannya sesuai prosedur dengan tingkat keslahannya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.