Skip to main content

Wajah IBLIS Laut Yang Ditemui di Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik





Spesies ikan ‘the Black Seadevil’ atau iblis laut merupakan hidupan laut yang hidup di laut dalam di Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik.


Namun penemuannya yang sangat jarang dilaporkan menimbulkan keraguan terhadap kewujudan spesies ini.

Menerusi sebuah laporan berita SFGate, Institut Kajian Akuaria Teluk Monterey (MBARI) melaporkan menemui spesies ini yang sepanjang lapan sentimeter  pada November lalu.

Malah, kumpulan penyelidik institusi berkenaan turut merakamkan video berdurasi lebih 10 saat untuk mendedahkan hidupan tersebut kepada orang ramai.

Sementara itu, Ketua kumpulan penyelidik, Bruce Robinson berkata, penemuan tersebut dilakukan pada kedalaman 1,900 kaki daripada permukaan laut.

“Ia merupakan kali pertama pihak kami berjaya merakamkan hidupan tersebut di habitatnya, spesies ini adalah antara yang paling jarang ditemui  di semua kawasan laut dalam,” katanya.




Iblis laut pada kebiasaannya hidup di laut dalam dan tidak pernah mendedahkan dirinya di permukaan laut seperti hidupan laut yang lain.

Ikan ini dikatakan mempunyai daya penglihatan sangat tajam dan boleh memakan mangsa yang lebih besar daripada saiz badannya berikutan tahap fleksibiliti yang tinggi pada bahagian perut.

Iblis laut ini dikatakan tergolong antara lima spesies dalam keluarga Melanocetus. Untuk rekod, Iblis laut ini pernah menjadi watak di dalam filem animasi Finding Nemo yang ditayangkan pada tahun 2003.



sumber: sinarharian



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.